Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang Page Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang

Jom Layari Pusat Pautan Rasmi JIMPP di https://linktr.ee/jimp**aupinang
(klik juga pautan ini di bio kami)

“INTEGRITI, PROFESIONAL, MESRA”

© Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat | Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang

PEMANTAUAN DITERUSKAN, PEMATUHAN DIPASTIKAN !!!OPS SAPU / OPS SELERA BAHAGIAN PENGUATKUASA JIM PULAU PINANG TARIKH: 1/09...
02/09/2026

PEMANTAUAN DITERUSKAN, PEMATUHAN DIPASTIKAN !!!

OPS SAPU / OPS SELERA

BAHAGIAN PENGUATKUASA JIM PULAU PINANG

TARIKH: 1/09/2026 (SELASA)
LOKASI:

1. B-6-8 PANGSAPURI ALIM SAH, WALLEY LEBUH CHULIA,
10200 GEORGETOWN, PULAU PINANG.

2. A-5-3, PANGSAPURI ALIMSAH WALLEY, 417 LEBUH CHULIA,
10200 GEORGETOWN, PULAU PINANG.

3. B-6-9, PANGSAPURI ALIM SHAH WALEY, LEBUH CHULIA,
10200 PULAU PINANG.

4. 25-3-8, TKT PAYA TERUBONG 3, TMN TERUBONG JAYA,
11060 PULAU PINANG.

5. JT CAFE GROUP SDN BHD, 67-A, JALAN TRENGGANU,
10460 GEORGETOWN, PULAU PINANG.








Jika anda mempunyai maklumat berkaitan PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI), laporkan segera ADUAN PATI kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang (JIMPP) melalui saluran berikut:

Telefon: 04-3973011
E-mel: [email protected]
SISPAA: https:/imi.spab.gov.my

Identiti anda DIRAHSIAKANr

01/09/2026

🇲🇾 LANGKAH TEGAS, SEMANGAT PATRIOTIK

Sorotan Kawad Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang (JIMPP) yang telah mendapat liputan Media RTM sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Penampilan penuh disiplin dan bersemangat ini mencerminkan komitmen serta jati diri warga Imigresen dalam menggalas amanah, mempertahankan kedaulatan negara dan terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Imigresen Perkasa, Malaysia Madani.
🇲🇾 Demi Malaysia, kami terus melangkah.



DERAPAN IMIGRESEN GEGARKAN PADANG KOTA LAMA!GEORGE TOWN, 31 Ogos 2026 – Derapan kaki, kibaran Jalur Gemilang dan deruman...
31/08/2026

DERAPAN IMIGRESEN GEGARKAN PADANG KOTA LAMA!

GEORGE TOWN, 31 Ogos 2026 – Derapan kaki, kibaran Jalur Gemilang dan deruman aset logistik menghidupkan suasana Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 di Padang Kota Lama, hari ini.

Turut mencuri perhatian ialah penyertaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang (JIMPP) yang tampil penuh berdisiplin bersama aset logistik jabatan dalam perarakan berkenaan.

Bukan sekadar menceriakan sambutan, penyertaan warga JIMPP bersama aset logistik turut menjadi simbol kekuatan, kesiapsiagaan dan keupayaan operasi jabatan dalam menggalas amanah menjaga kedaulatan serta keselamatan negara.

Setiap derapan langkah kontinjen JIMPP membawa mesej jelas, warga Imigresen sentiasa bersedia berdiri teguh bersama rakyat, bukan sahaja dalam melaksanakan tugas di pintu masuk negara, malah dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air.

Kehadiran kontinjen JIMPP bersama aset logistik di tengah-tengah lautan rakyat yang memenuhi Padang Kota Lama turut menyerlahkan semangat disiplin dan profesionalisme warga jabatan.

🇲🇾 69 tahun merdeka.
🇲🇾 69 tahun berdaulat.
🇲🇾 Dan amanah menjaga kedaulatan akan terus dipikul.

Derap langkah kami demi Malaysia.
Amanah kami demi kedaulatan negara.

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69!






🇲🇾 69 TAHUN MERDEKA | NEGARA SEJAHTERA, MALAYSIA MADANI69 tahun meniti perjalanan sebagai sebuah bangsa yang merdeka, be...
30/08/2026

🇲🇾 69 TAHUN MERDEKA | NEGARA SEJAHTERA, MALAYSIA MADANI

69 tahun meniti perjalanan sebagai sebuah bangsa yang merdeka, berdaulat dan bermaruah. Setiap detik sejarah menjadi asas untuk kita terus melangkah dengan penuh keyakinan, memperkukuh perpaduan serta menjunjung amanah dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ayuh kita semarakkan semangat patriotisme, teguhkan jati diri dan bersama-sama membina Malaysia yang lebih makmur, progresif dan sejahtera.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69.
Malaysia Madani • Imigresen Perkasa • Negara Berdaulat

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!




🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini merupakan hasil perjuangan, pengorbanan dan tek...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini merupakan hasil perjuangan, pengorbanan dan tekad generasi terdahulu dalam membina sebuah negara yang berdaulat, aman dan sejahtera.

Semangat kemerdekaan perlu terus disemarakkan dengan memperkukuh perpaduan, memelihara keharmonian serta bersama-sama memainkan peranan dalam membina Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.

Sebagai warga Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang, marilah kita terus melaksanakan amanah dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi demi memperkukuh keselamatan serta kedaulatan negara.

Imigresen Perkasa, Negara Sejahtera.
Malaysia MADANI, jiwa merdeka, negara berdaulat.





PEMANTAUAN DITERUSKAN, PEMATUHAN DIPASTIKAN !!!OPS BERSAMABAHAGIAN PENGUATKUASA JIM PULAU PINANG TARIKH: 27/08/2026 (KHA...
28/08/2026

PEMANTAUAN DITERUSKAN, PEMATUHAN DIPASTIKAN !!!

OPS BERSAMA

BAHAGIAN PENGUATKUASA JIM PULAU PINANG

TARIKH: 27/08/2026 (KHAMIS)
LOKASI:

1. TAPAK PEMBINAAN DI LOT 20059, MUKIM 6, JALAN DUA, TAMAN BERTAM RIA, 13200 KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.








Jika anda mempunyai maklumat berkaitan PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI), laporkan segera ADUAN PATI kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang (JIMPP) melalui saluran berikut:

Telefon: 04-3973011
E-mel: [email protected]
SISPAA: https:/imi.spab.gov.my

Identiti anda DIRAHSIAKANr

JIMPP ‘TURUN PADANG’, SEMARAK MAULIDUR RASUL! 🇲🇾✨JAWI, 25 Ogos – Langkah tersusun, penampilan kemas dan semangat berkoba...
25/08/2026

JIMPP ‘TURUN PADANG’, SEMARAK MAULIDUR RASUL! 🇲🇾✨

JAWI, 25 Ogos – Langkah tersusun, penampilan kemas dan semangat berkobar-kobar!

Itu antara yang mencuri perhatian apabila Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang (JIMPP) tampil menyertai barisan kontinjen sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang 1448H/2026M yang berlangsung hari ini.

Bukan sekadar memenuhi barisan kontinjen, penyertaan warga JIMPP membuktikan semangat kebersamaan dan komitmen warga Imigresen dalam menyemarakkan program keagamaan serta kemasyarakatan di negeri ini.

Dengan disiplin dan kekemasan yang menjadi identiti warga penguat kuasa, kontinjen JIMPP tampil penuh yakin bersama-sama kontinjen agensi lain, menghidupkan suasana sambutan yang sarat dengan mesej ukhuwah, perpaduan dan penghayatan sirah Rasulullah SAW.

Lebih daripada sekadar sebuah acara rasmi, sambutan ini menjadi medan menyatukan warga perkhidmatan awam dan masyarakat dalam menghayati nilai murni yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Tema “Madani Dihayati, Ummah Diberkati” p**a menjadi peringatan bahawa nilai ihsan, amanah, disiplin dan kebersamaan perlu terus diterjemahkan dalam kehidupan serta pelaksanaan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Bagi JIMPP, penyertaan ini membawa satu mesej jelas, warga Imigresen bukan hanya berada di barisan hadapan dalam tugas penguatkuasaan, malah sentiasa bersama masyarakat dalam membina komuniti yang harmoni dan bersatu.






🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M 🌙Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang mengucapkan Selamat Men...
24/08/2026

🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M 🌙

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah, perjuangan dan akhlak mulia Baginda Nabi Muhammad SAW serta menjadikan sunnah dan teladan Baginda sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini terus menyemarakkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta memperkukuhkan nilai kasih sayang, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu contoh teladan yang baik bagi kamu.”
(Surah Al-Ahzab: 21)

Salam Maulidur Rasul 1448H.





🌙 PENUTUPAN KAUNTER IMIGRESEN SEMPENA MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M🌙Dimaklumkan bahawa semua kaunter Imigresen di Pulau P...
24/08/2026

🌙 PENUTUPAN KAUNTER IMIGRESEN SEMPENA MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M🌙

Dimaklumkan bahawa semua kaunter Imigresen di Pulau Pinang, termasuk Pejabat Imigresen Negeri Pulau Pinang, UTC Komtar dan UTC Penang Sentral, akan ditutup pada 25 Ogos 2026 (Selasa) sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H.

📍 Pejabat Imigresen Negeri Pulau Pinang
📍 UTC Pulau Pinang (Komtar)
📍 UTC Seberang Perai (Penang Sentral)

📌 Kaunter perkhidmatan akan beroperasi semula pada 26 Ogos 2026 (Rabu).

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.




Address

Jalan Kelasah
Perai

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00
Saturday 08:00 - 12:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang:

Shortcuts

Share