Perkeso Pulau Pinang

Perkeso Pulau Pinang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perkeso Pulau Pinang, Perai.

Laman ini merupakan Page Facebook Rasmi Bagi PejabatPejabat Perkeso di Negeri Pulau Pinang:
- Pejabat Perkeso Negeri Pulau Pinang (Seberang Jaya)
- Pejabat Perkeso Pulau Pinang (Georgetown)

13/07/2026

Walaupun dasar itu diubah, Perkeso tetap menggalakkan pekerja tempatan untuk terus mencarum kerana skim berkenaan mampu menjamin kesinambungan pendapatan sekiranya ditimpa musibah di luar waktu bekerja.

13/07/2026
12/07/2026

Portal LINDUNG Faedah Kini Kembali Beroperasi!

Sukacita dimaklumkan bahawa Portal LINDUNG Faedah kini telah kembali pulih dan boleh diakses seperti biasa. โœ…

Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama semua sepanjang tempoh penyelenggaraan sistem. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.

Orang ramai kini boleh meneruskan urusan seperti biasa melalui Portal LINDUNG Faedah.

Sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila hubungi:
๐Ÿ“ž 1-300-22-8000
๐Ÿ“ง [email protected]

Terima kasih kerana terus mempercayai PERKESO dalam melindungi kebajikan keselamatan sosial anda.

10/07/2026

LINDUNG 24 Jam bukan sekadar potongan caruman daripada gaji. Ia adalah jaminan kelangsungan kehidupan untuk diri sendiri dan waris keluarga yang disayangi, andai ditimpa kemalangan di luar waktu kerja. Jika dibebani dengan kecederaan yang menjejaskan kehidupan, pencarum akan mendapat gantian pendapatan bagi menjaga โ€˜periuk nasiโ€™ mereka, selagi mana tidak mampu untuk kembali bekerja.

Jika kemudian pencarum alami hilang upaya kekal, keadaan mereka akan dinilai untuk mendapat taksiran daripada Jemaah Doktor bagi bayaran โ€˜lump sumโ€™ atau secara berkala. Malah, akses kepada kemudahan rehabilitasi bagi membantu pencarum kembali kepada keadaan sedia kala disediakan tanpa had.

Paling penting, andai berlaku kematian, faedah berupa bayaran kepada orang tanggungan iaitu insan tersayang terutama anak-anak yang masih bertatih dalam kehidupan akan diberikan, sekali gus menjamin kelangsungan sosioekonomi mereka. Inilah sebenarnya manfaat LINDUNG 24 Jam yang merupakan talian hidup rakyat, di sebalik caruman berkadar kecil pada setiap bulan.

Buktinya, dalam tempoh sebulan pelaksanaan LINDUNG 24 Jam, purata 27 kes tuntutan direkodkan setiap hari, melibatkan penyaluran faedah hampir RM2 juta. Namun, angka faedah ini akan terus meningkat selari tanggungan jangka panjang kepada pencarum dan waris yang layak.

Seperti saya gambarkan semasa sidang media tadi, sistem perlindungan sosial ini boleh diibaratkan sebagai: โ€œYang sihat bantu yang sakit, yang hidup bantu yang meninggal dan yang ditinggalkan, yang ada kaki bantu yang tiada kakiโ€. Hakikatnya, tiada siapa yang mengharapkan atau mampu menjangkakan bahawa kita akan ditimpa musibah atau kemalangan.

Bagaimanapun, selaras keputusan Jemaah Menteri dan arahan Yang Berhormat Menteri KESUMA, PERKESO menyediakan saluran opt-out, mulai Isnin depan kepada pekerja tempatan yang masih berhasrat untuk dikecualikan daripada LINDUNG 24 Jam. Saya menghormati hak setiap individu untuk membuat pilihan, namun saya berharap keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan sebaik-baiknya manfaat besar yang disediakan LINDUNG 24 Jam.

10/07/2026

๐“๐ข๐๐š๐ค ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ง๐ ๐ค๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ƒ๐ข๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐ฐ๐š๐ฅ๐š๐ฎ ๐Š๐ž๐ญ๐ข๐ค๐š ๐๐ž๐ซ๐œ๐ฎ๐ญ๐ข

Ramai yang menyangka perlindungan sosial hanya terpakai ketika berada di tempat kerja. Hakikatnya, ramai juga yang hanya mengetahui tentang perlindungan yang dimiliki apabila ditimpa musibah. Begitulah yang dialami oleh Encik Ismail Paku. Ketika dalam perjalanan pulang ke Tawau dari Kota Kinabalu selepas bercuti, beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran Kalabakan sekitar jam 3 petang. Kemalangan itu menyebabkan beliau mengalami kecederaan pada bahu kiri serta keretakan pada tulang rusuk sebelah kiri sehingga memerlukan rawatan di Hospital Tawau dan menjalani cuti sakit selama beberapa minggu.

Selepas kejadian, Encik Ismail dimaklumkan oleh majikannya yang cakna mengenai perlindungan di bawah Skim LINDUNG 24Jam PERKESO. Beliau kemudiannya hadir ke Pejabat PERKESO Tawau untuk mendapatkan penerangan lanjut dan mengemukakan permohonan. Alhamdulillah, hasil semakan mendapati Encik Ismail layak menerima Faedah Hilang Upaya Sementara di bawah Skim LINDUNG 24Jam.

Beliau turut meluahkan rasa syukur kerana tidak pernah menyangka kemalangan yang berlaku ketika melakukan urusan peribadi masih mendapat perlindungan. Malah, beliau menjadi penerima pertama manfaat Skim LINDUNG 24Jam di Pejabat PERKESO Tawau.

Saya harap semoga kisah Encik Ismail menjadi peringatan kepada kita bahawa musibah boleh berlaku pada bila-bila masa. Perlindungan ini bukan sekadar meringankan beban ketika ditimpa kesusahan tetapi menjadi penyambung harapan ketika seseorang berdepan saat-saat yang sukar.

09/07/2026

YA.
Bukan semua kemalangan boleh dielakkan.
Tetapi banyak risiko boleh dikurangkan.
Pakai kelengkapan yang betul.
Patuhi peraturan.
Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.
Kerana akhirnya,
SELAMAT itu pilihan.

Penunggang Malaysia : SELAMAT.BERHEMAH.BERMARUAH



Address

Perai

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkeso Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perkeso Pulau Pinang:

Shortcuts

Share