Unit Hal Ehwal Islam UiTM Pulau Pinang

Unit Hal Ehwal Islam UiTM Pulau Pinang Menguruskan Hal Ehwal Islam di UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh. Unit Hal Ehwal Islam UiTM Caw Pulau Pinang

⭐SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1447H⭐Kami seluruh warga Unit Hal Ehwal Islam UiTM Pulau Pinang mengucapkan Salam Aidil Ad...
26/05/2026

⭐SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1447H⭐

Kami seluruh warga Unit Hal Ehwal Islam UiTM Pulau Pinang mengucapkan Salam Aidil Adha buat seluruh warga umat Islam dan khususnya warga UiTMCPP.

Semoga setiap pengorbanan menjadi jalan menuju reda Allah dan Selamat menjalani ibadah korban.

Jangan terlepas puasa hari Arafah.Amalan yang ringan, tetapi besar ganjarannya di sisi Allah. Semoga Allah menghapuskan ...
26/05/2026

Jangan terlepas puasa hari Arafah.

Amalan yang ringan, tetapi besar ganjarannya di sisi Allah. Semoga Allah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

22/05/2026

Disampaikan Oleh :
Ustaz Mohd Adenan Bin Mohd Yusoff
Penolong Pendaftar Kanan
Unit Hal Ehwal Islam
UiTM Cawangan Pulau Pinang.

📢 HEBAHAN KULIAH JUMAAT 📢Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Jom bersama-sama mengikuti Kuliah Jumaat anjuran Uni...
21/05/2026

📢 HEBAHAN KULIAH JUMAAT 📢

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Jom bersama-sama mengikuti Kuliah Jumaat anjuran Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Pulau Pinang yang akan disampaikan oleh:

🎙 Ustaz Mohd Adenan Mohd Yusoff
🕌 Tajuk:
Menghindari Larangan Allah
📅 Tarikh: 22 Mei 2026 (Jumaat)
🕘 Masa: 8.00 Pagi
📍 Medium: Facebook Live
📺 Facebook: https://www.facebook.com/share/1LwnDZz1uh/

Jangan lupa hadir dan kongsikan kepada keluarga serta rakan-rakan. Semoga bermanfaat⭐

Tahniah dan syabas diucapkan buat saudara Muhammad Danish bin Muhammad tahun 1 Fakulti Sains Kesihatan dan saudari Nur Z...
21/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan buat saudara Muhammad Danish bin Muhammad tahun 1 Fakulti Sains Kesihatan dan saudari Nur Zalifah binti Ibrahim tahun 2 Fakulti Sains Kesihatan UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam atas kejayaan Johan Qari dan Qariah Tilawah Al-Quran 2026.

Semoga edisi pertama ini jadi permulaan kepada lebih banyak program al-Quran di kampus pada masa akan datang.

⭐PROGRAM PERTANDINGAN TILAWAH INTERAKTIF 2026⭐Pada 19 Mei 2026 (Selasa) telah berlangsung Sesi Penyampaian Hadiah Pertan...
21/05/2026

⭐PROGRAM PERTANDINGAN TILAWAH INTERAKTIF 2026⭐

Pada 19 Mei 2026 (Selasa) telah berlangsung Sesi Penyampaian Hadiah Pertandingan Tilawah Interaktif bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam.

Program ini juga merupakan penganjuran pertama oleh UHEI UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dr Azhar bin Mohd Noor, Penolong Rektor UiTM Kampus Bertam sebagai tanda penghargaan kepada semua peserta yang telah berusaha sehabis baik dalam pertandingan tilawah kali ini.

Pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengetengahkan bakat bacaan al-Quran, malah membuka ruang kepada mahasiswa/i untuk mendalami kefahaman, memperindah tarannum serta menghayati keindahan Kalamullah.

18/05/2026

✨SATU MINGGU SATU BAHASA ISYARAT✨
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Mari kita belajar surah bersama-sama dalam bahasa isyarat

"Jangan bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita"

Surah at-Taubah
Ayat: 40

Senangkan bahasa isyarat? ☺️
Nantikan video seterusnya!

15/05/2026

Address

Perai

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Hal Ehwal Islam UiTM Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Hal Ehwal Islam UiTM Pulau Pinang:

Share