Wanita Keadilan

Directions Website Contact the organization

Wanita Keadilan Laman Facebook rasmi Sayap Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

20/10/2026

💗 JOM SENAM SIHAT SEMPENA PINK OCTOBER 2026 BERSAMA WANITA IM! 💗

Ayuh, kita luangkan masa untuk diri sendiri, menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup aktif dalam suasana yang ceria dan penuh semangat! 🌸💪🏻

Wanita KEADILAN Cabang Indera Mahkota menjemput semua wanita untuk bersama-sama memeriahkan aktiviti Jom Senam Sihat sempena Pink October 2026. Bukan sekadar bersenam, tetapi juga mengeratkan silaturahim, menyemai kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan wanita serta membina semangat kebersamaan. 🩷

📅 Tarikh: 25 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 5.30 petang
📍 Tempat: Rumah Wanita IM, No. 1, Lorong Bukit Setongkol 103, Kuantan

👚 Pakaian: T-shirt Wanita IM atau T-shirt biru muda/putih, seluar track dan tudung pink.

Jom ajak kawan-kawan, jiran dan keluarga untuk sama-sama memeriahkan aktiviti ini. Tak perlu tunggu sihat untuk mula bergerak, mulakan langkah kecil demi kesihatan yang lebih baik! 🥰

💗 Cergas Bersama, Sihat Selamanya!
Wanita Kuat, Masyarakat Hebat, Negara Bermakna.

Wanita Keadilan
Wanita Keadilan Pahang

20/10/2026

PM Anwar Ibrahim tegaskan siasatan FELDA diteruskan, tiada campur tangan.


20/10/2026
20/10/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Saya amat berdukacita menerima perkhabaran pemergian adik Damiya Nur Mikayla, murid Tahun Satu SK Dengkil yang baru berusia tujuh tahun.

Hati saya cukup tersentuh apabila dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa adik Damiya semalam. Menurut maklumat awal, adik Damiya mengalami kesukaran bernafas dan dipercayai tercekik makanan ketika berada di sekolah. Para guru telah berusaha memberikan bantuan awal sebelum adik Damiya dibawa ke Hospital Putrajaya, namun akhirnya disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.

Saya tidak dapat membayangkan betapa beratnya kehilangan ini buat kedua-dua ibu bapa dan seluruh keluarga. Tiada kata yang mampu mengubat kesedihan apabila anakanda yang disayangi pergi buat selama-lamanya.

Saya telah meminta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor memastikan kebajikan keluarga adik Damiya diberikan perhatian sewajarnya, selain memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan kejadian ini.

Ingatan dan doa saya bersama keluarga adik Damiya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh keluarga.

19/10/2026
19/10/2026

PERTAHANKAN UMMI UMAIRAH, HENTIKAN INTIMIDASI TERHADAP WANITA MUDA

Saya memandang serius laporan mengenai gangguan, penghinaan dan ugutan yang didakwa diterima oleh mahasiswa Universiti Malaya, Ummi Umairah, susulan persoalan yang dibangkitkannya berhubung kutipan dana bagi membantu mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melunaskan denda mahkamah RM50 juta.

Sebelum ini, saya membangkitkan kebimbangan bahawa usaha UMNO mengumpul dana bagi membantu Najib boleh menghantar mesej yang salah kepada masyarakat, seolah-olah kesalahan rasuah boleh dimaafkan apabila melibatkan pemimpin yang disokong. Persoalan asasnya ialah sama ada kita benar-benar mahu membina budaya integriti dan antirasuah atau membiarkan kesetiaan politik mengatasi prinsip akauntabiliti.

Sebagai Naib Ketua Wanita KEADILAN, saya berpandangan bahawa tiada anak muda, khususnya wanita yang tampil menyuarakan pandangan dalam ruang awam, sepatutnya berdepan intimidasi atau ancaman keselamatan hanya kerana mengemukakan persoalan yang tidak disenangi sesetengah pihak.

Pertama, dakwaan ugutan dan gangguan terhadap Ummi mesti disiasat secara serius.

Saya menggesa pihak berkuasa meneliti laporan yang dibuat, menyiasat dakwaan berkenaan berdasarkan bukti dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang. Keselamatan serta kesejahteraan mahasiswa yang menjadi sasaran gangguan juga perlu diberikan perhatian.

Buli siber bukan perkara remeh apabila melibatkan penghinaan berulang, ancaman atau usaha menakut-nakutkan seseorang sehingga menjejaskan kebebasannya untuk bersuara. Ruang digital tidak seharusnya menjadi tempat seseorang mengancam orang lain tanpa memikirkan akibat perbuatannya.

Kedua, persoalan tentang rasuah dan akauntabiliti mesti dijawab dengan fakta, bukannya serangan peribadi.

Persoalan Ummi mengenai kutipan dana tersebut menyentuh isu kepentingan awam, termasuk mesej yang disampaikan kepada generasi muda tentang integriti dan tanggungjawab terhadap kesalahan yang telah diputuskan oleh mahkamah.

Jika ada pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan Ummi, mereka berhak mengemukakan hujah balas. Namun, perbezaan pendapat tidak memberikan lesen untuk menghina, mengugut atau mengganggu seseorang. Kita perlu membezakan kritikan terhadap sesuatu pandangan daripada serangan terhadap individu yang mengemukakannya.

Prinsip ini mesti terpakai tanpa mengira kedudukan individu yang dikritik atau parti politik yang terlibat.

Ketiga, kita mesti memastikan wanita muda tidak takut mengambil bahagian dalam perbahasan awam.

Wanita muda tidak sepatutnya berdepan penghinaan terhadap penampilan atau serangan peribadi apabila mengemukakan pandangan mengenai isu politik, ekonomi dan kepentingan masyarakat. Mereka berhak menyertai perbincangan awam tanpa perlu takut menjadi sasaran gangguan atau ancaman.

Universiti sepatutnya menjadi ruang untuk mahasiswa mengembangkan pemikiran kritis, menguji hujah dan membahaskan persoalan yang sukar. Jika keberanian bertanya dibalas dengan ugutan, kita bukan sahaja merugikan individu yang terlibat, malah melemahkan budaya demokrasi dan usaha membina generasi yang berani menolak rasuah.

Tuntasnya, isu ini bukan sekadar tentang seorang mahasiswa yang mengkritik kutipan dana untuk membantu seorang mantan Perdana Menteri.

Isu ini turut menyentuh persoalan lebih besar tentang budaya politik yang mahu kita bina: adakah kita mahu melahirkan masyarakat yang berani mempersoalkan isu integriti, atau masyarakat yang takut bersuara apabila persoalan itu menyentuh pemimpin yang mereka sokong?

Wanita KEADILAN percaya bahawa masyarakat yang matang tidak takut kepada soalan yang sukar. Sebaliknya, masyarakat yang benar-benar menjunjung integriti bersedia menjawabnya secara terbuka, berprinsip dan bertanggungjawab.

LOH KER CHEAN
Naib Ketua Wanita KEADILAN

18/10/2026

Kebebasan bersuara merupakan hak yang mesti dihormati. Namun, kebebasan tersebut turut menuntut tanggungjawab terhadap kebenaran dan fakta.

Saya telah mengarahkan peguam mengeluarkan notis tuntutan terhadap seorang individu susulan penyebaran video yang telah memanipulasi rakaman ucapan saya di Parlimen.

Pada 6 Oktober lalu, satu video telah disiarkan menggunakan rakaman suara saya ketika berucap mengenai Minggu Solidariti Palestin di Parlimen pada tahun 2023. Rakaman tersebut telah diambil di luar konteks asal dan digunakan semula seolah-olah merujuk kepada insiden keselamatan serta kematian murid di sekolah.

Saya sentiasa terbuka menerima kritikan terhadap dasar dan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia. Perbezaan pandangan merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi yang sihat.

Namun, terdapat perbezaan yang jelas antara mengkritik sesuatu keputusan dengan mengambil kenyataan di luar konteks sehingga memberikan gambaran yang salah kepada masyarakat.

Saya percaya kebebasan bersuara dan perlindungan terhadap reputasi seseorang perlu berjalan seiring. Kedua-duanya mempunyai tempat dalam sebuah negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang.

Kritikan harus terus diraikan. Manipulasi fakta tidak boleh dibiarkan.

18/10/2026

KENYATAAN MEDIA
18 Oktober 2026

Mesyuarat Pimpinan Cabang KEADILAN Sarawak bersama Presiden, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 17 Oktober 2026 telah mencapai beberapa ketetapan penting bagi memperkukuh persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Umum DUN Sarawak ke-13 yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Mesyuarat menegaskan bahawa tumpuan utama adalah kepada strategi dan gerak kerja pilihan raya sebagai rangka persiapan menyeluruh. Sehubungan itu, mesyuarat turut bersetuju mengenai penstrukturan semula kepimpinan negeri, di mana Saudara Mahmud Epah telah dinamakan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak.

Dalam masa yang sama, Saudara Ahmad Nazib Johari akan terus melaksanakan peranan memperkukuh hubungan antara Pusat dengan Sabah dan Sarawak, selaras dengan fokus parti untuk memperkukuh jaringan politik di kedua-dua wilayah.
Terima Kasih

Dr. Fuziah Salleh
Setiausaha Agung KEADILAN

Address

Perak

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:15
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita Keadilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Wanita Keadilan:

Shortcuts

Share