16/05/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
16 Mei 2026, Arau โ Sesi penyerahan pas pekerja kontrak telah disempurnakan oleh Yang Dihormati En. Mohd Khairul Ab Razak, Timbalan Pendaftar Kanan, mewakili YBhg. Rektor kepada pekerja serta kontraktor yang terlibat.
Terdahulu, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Ketua Pejabat Polis Bantuan, Timbalan Jurutera serta Penyelaras Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi memberi penekanan terhadap aspek keselamatan dan kesejahteraan kampus agar sentiasa berada pada tahap terbaik.
Sesi penyerahan ini turut dihadiri oleh En. Ihsan Syadid Mohd Azmi (Timbalan Jurutera), En. Samsuri bin Mohd Salleh (Penyelaras JKKP), En. Iswadi Efendi bin Ismail (Wakil URHP) serta pegawai dan anggota Pejabat Polis Bantuan.
Dalam sesi tersebut, pihak pengurusan turut menasihati semua pekerja kontrak agar sentiasa mematuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan sepanjang berada di kawasan kampus demi menjaga keselamatan, disiplin serta keharmonian warga kampus.
Pihak pengurusan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi penyerahan pas pekerja kontrak ini sebagai usaha berterusan memperkukuh tadbir urus keselamatan kampus.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
ุงูุณูุง ุชููู ู
ูููุง