Dewan 'Ulamak Pas Kawasan Arau

Dewan 'Ulamak Pas Kawasan Arau Da'wah dan Siasah

Alhamdulillah, selesai Program ZIKRA AR-RASUL. 🤍Turut diadakan tazkirah dan taujihat oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan...
01/09/2026

Alhamdulillah, selesai Program ZIKRA AR-RASUL. 🤍

Turut diadakan tazkirah dan taujihat oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Arau, sebagai pengisian untuk menyuburkan cinta kepada Rasulullah SAW serta menghayati perjuangan Baginda.

Mencintai Rasulullah bukan sekadar di bibir, tetapi dibuktikan melalui iman, akhlak dan perjuangan. ﷺ

29/08/2026
Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia, wakil Dewan Ulamak PAS Kawasan Arau telah mengadakan ziarah kasih ke rumah ...
29/08/2026

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia, wakil Dewan Ulamak PAS Kawasan Arau telah mengadakan ziarah kasih ke rumah dua buah keluarga bekas anggota tentera yang telah banyak menabur bakti mempertahankan keamanan dan kedaulatan tanah air.
Kebetulan, kedua-dua bekas perwira negara ini kini sedang uzur dan menjalani rawatan, terpaksa berulang-alik ke hospital mengikut janji temu yang telah ditetapkan. Ziarah ini menjadi tanda bahawa jasa kepada negara tidak seharusnya dilupakan apabila usia semakin lanjut dan tubuh semakin lemah.
Dalam ziarah tersebut juga, Dewan Ulamak PAS Kawasan Arau turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada anak Encik Mohd Rafi yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di UPSI, sebagai tanda penghargaan dan tahniah atas kejayaan melangkah ke menara ilmu.
Dewan Ulamak bukan sekadar berbicara tentang dakwah, ilmu dan tarbiyah di mimbar dan medan pengajian, tetapi turut turun menyantuni denyut kehidupan masyarakat. Kerana dakwah yang hidup bukan hanya disampaikan melalui kata-kata, tetapi juga melalui sentuhan kasih, kepedulian dan khidmat kepada manusia.
🇲🇾 Merdeka bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi menghargai jasa, menyantuni insan dan membina masa depan generasi. 🇲🇾

25/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

12 Rabiul Awwal 1448H | Maulidur Rasul

"Rahmat bagi sekalian alam"

Di hari kelahiran Baginda, mari kita hidupkan sunnah,
perbanyakkan selawat dan jadikan sirah sebagai panduan hidup.

اللهم صل على محمد

Address

Kampung Chemumar
Perlis
02700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan 'Ulamak Pas Kawasan Arau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share