PAS Kuala Perlis

PAS Kuala Perlis PAS Kuala Perlis

23/06/2026

✳️𝗠𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗣𝗔𝗦

𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗢𝗨𝗕𝗟𝗘 𝗦𝗧𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝗗 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗨𝗛𝗜 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗠𝗢𝗗𝗘𝗡

Allah menjadikan kehidupan manusia yang diberikan akal dan kelebihan yang lain untuk berada dalam dunia yang menjadi medan ujian dan akan dihisab pada Hari Pembalasan yang tidak syak pasti berlaku. Firman Allah SWT:

تَبَٰرَكَ ٱلَّذِي بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ١ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ ٢

“Maha Suci Allah yang dalam Tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. (1) Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu siapa antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (2)” [Surah al-Mulk: 1–2]

Firman Allah SWT:

أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ عَبَثٗا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ ١١٥ فَتَعَٰلَى ٱللَّهُ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡحَقُّۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡكَرِيمِ ١١٦ وَمَن يَدۡعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ لَا بُرۡهَٰنَ لَهُۥ بِهِۦ فَإِنَّمَا حِسَابُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦٓۚ إِنَّهُۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلۡكَٰفِرُونَ ١١٧

“Maka, adakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? (115) Maka, Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya; tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) Arasy yang mulia. (116) Dan sesiapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalil pun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiada beruntung. (117)” [Surah al-Mu’minun: 115–117]

Antara ujian dunia terhadap manusia yang bermasyarakat madani secara tabiinya ialah berlakunya pertembungan, perlawanan, sehingga peperangan sesama manusia antara yang benar dengan yang salah. Firman Allah SWT:

… وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّفَسَدَتِ ٱلۡأَرۡضُ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ ذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢٥١

“…Dan seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian umat manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini. Akan tetapi, Allah mempunyai kurnia (yang dicurahkan) atas semesta alam.” [Surah al-Baqarah: 251]

Firman Allah SWT:

… وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠

“…Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi, dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong-Nya (agama-Nya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” [Surah al-Hajj: 40]

Namun begitu, Islam mendahulukan perdamaian dengan perintah Allah SWT:

۞وَإِن جَنَحُواْ لِلسَّلۡمِ فَٱجۡنَحۡ لَهَا وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٦١ وَإِن يُرِيدُوٓاْ أَن يَخۡدَعُوكَ فَإِنَّ حَسۡبَكَ ٱللَّهُۚ هُوَ ٱلَّذِيٓ أَيَّدَكَ بِنَصۡرِهِۦ وَبِٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٦٢

“Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (61) Dan jika mereka bermaksud menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para Mukmin. (62)” [Surah al-Anfal: 61–62]

Allah menetapkan sempadan perbezaan yang wajib dihormati oleh semua pihak supaya tidak melampau, termasuk dalam peperangan yang diwajibkan kerana menentang penceroboh atau menentang mereka yang zalim menceroboh supaya membalas dengan tidak melampaui batas kemanusiaan. Firman Allah SWT:

وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ ١٩٠

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 190]

Diharamkan membunuh mereka yang tidak terlibat dengan peperangan seperti kanak-kanak, warga tua, kaum wanita, dan lain-lain. Diwajibkan p**a melayan tawanan perang secara kemanusiaan dengan nas kitab Allah. Maka, diharamkan penggunaan senjata pemusnah yang merosakkan semua.

Islam mewajibkan layanan terhadap tawanan perang yang disenaraikan bersama anak yatim dan kalangan miskin. Firman Allah SWT:

وَيُطۡعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسۡكِينٗا وَيَتِيمٗا وَأَسِيرًا ٨ إِنَّمَا نُطۡعِمُكُمۡ لِوَجۡهِ ٱللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمۡ جَزَآءٗ وَلَا شُكُورًا ٩

“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim, dan orang yang ditawan. [8] Sesungguhnya, kami memberikan makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredaan Allah, kami tidak menghendaki balasan daripada kamu dan tidak p**a (ucapan) terima kasih. (9)” [Surah al-Insan: 8–9]

Namun begitu, kitab Allah yang diwahyukan kepada anbiya’ yang dilantik oleh Allah dilupakan.

Dunia kini mengenali undang-undang ciptaan manusia yang bersifat lemah. Kononnya undang-undang antarabangsa berkembang daripada peraturan diplomatik dan perdagangan antara kerajaan purba kepada sistem perundangan global moden yang dikawal selia oleh badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sejarah penggubalannya melalui beberapa fasa utama:

• Zaman Purba & Pertengahan (sebelum Abad ke-16): Amalan awal undang-undang dilihat melalui perjanjian damai tertua antara Empayar Mesir dengan Hittite (1258 SM) serta konsep Jus Gentium (Undang-undang Bangsa) dalam Empayar Rom.

• Perjanjian Westphalia (1648): Menandakan titik tolak sistem negara moden dengan prinsip kedaulatan negara dan kesamarataan wilayah.

• Era Moden Awal (Abad ke-17 & ke-18): Ahli undang-undang Belanda, Hugo Grotius (dianggap bapa undang-undang antarabangsa) mula menggubal prinsip-prinsip peperangan dan keamanan melalui karya De Jure Belli ac Pacis.

• Abad ke-19 hingga Awal Abad ke-20: Era penggubalan perjanjian pelbagai hala secara berstruktur, termasuk Deklarasi Paris 1853 dan Konvensyen Geneva 1864, diikuti penubuhan Liga Bangsa-Bangsa (LBB) pada 1919 bagi mengelakkan konflik berskala besar.

• Era Pasca-Perang Dunia II: Pembentukan PBB pada tahun 1945 membawa kepada penggubalan undang-undang hak asasi manusia sejagat (seperti Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat [UDHR] 1948) dan penubuhan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menyelesaikan pertikaian antara negara secara aman, sehingga tercipta teori menghapuskan peperangan.

Teori penghapusan peperangan (abolish war) merupakan cabang penting dalam disiplin hubungan antarabangsa (IR) yang mengkaji cara untuk mengelakkan atau menamatkan konflik bersenjata. Terdapat pelbagai idea utama, bermula daripada membina institusi global dan kerjasama ekonomi sehinggalah pendemokrasian.

Berikut ada p**a teori bagaimana peperangan dilihat boleh dihapuskan atau dicegah:

• Liberalisme / Idealisme: Teori ini percaya bahawa kerjasama antarabangsa melalui institusi seperti PBB dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) boleh menggantikan keganasan.

• Teori Keamanan Demokratik (Democratic Peace Theory): Mengikut pandangan ini, negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi jarang atau hampir tidak pernah berperang sesama sendiri.

• Kebergantungan Ekonomi (Interdependence): Hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi yang erat menjadikan peperangan terlalu mahal dan merugikan kepada kedua-dua belah pihak, sekali gus menghalang konflik daripada berlaku.

• Konstruktivisme: Memfokuskan peranan norma dan identiti sosial. Peperangan dapat dihapuskan sekiranya norma antarabangsa mula menganggap peperangan sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima secara moral dan budaya. Akan tetapi, akhirnya terpaksa mengaku kalah kerana peperangan tidak mungkin dihapuskan.

• Kononnya Reformasi kepada Perang yang Adil (Just War): Pendekatan falsafah dan moral ini menetapkan garis panduan ketat bagi mengawal perlakuan perang bagi meminimumkan kemusnahan, terutamanya jika ia jalan terakhir. Maka, al-Quran juga tetap menjadi rujukan.

Teori menghapuskan fitrah manusia seperti menghapuskan undang-undang semula jadi alam. Dunia tiada bermusim, tiada siang, dan tiada malam melawan ketetapan Allah Pencipta alam yang tidak ada kuasa kepada makhluk untuk membatalkannya. Inilah ketetapan berhikmah yang tidak boleh dicapai oleh akal manusia dan ilmunya yang terbatas.

Begitulah sifat tamak dan zalim yang tetap wujud dalam manusia yang bernafsu mengalahkan akal sihat. Manusia tetap mencetuskan peperangan yang wajib dihadapi dengan berhikmah.

Kini, kita sedang berada pada zaman manusia membebaskan diri daripada fitrah kemanusiaan sehingga keluar daripada sifat tabii kemanusiaan, menjadikan mereka lebih melampau daripada binatang ganas di rimba. Ada yang membenarkan perkahwinan sejenis dan memberikan hak kepada binatang lebih daripada manusia.

Undang-undang antarabangsa, mahkamah dunia, dan PBB laksana harimau kertas atau singa tua tidak bergigi, bahkan lemah laksana sarang labah-labah. Mana-mana negara besar yang menganggap dirinya atau pakatannya yang terkuat menentukan keputusan sama ada benar atau salah mahupun adil atau zalim.

Mereka menolak nilai kemanusiaan yang berakal dan bercirikan kerohanian yang percaya kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Pencipta alam Yang Maha Mengetahui dengan sifat kesempurnaan-Nya berhak menentukan sifat dan sempadan kehidupan manusia yang termasuk dalam alam ciptaan-Nya.

Teori luar tabii tersebut dilaksanakan oleh Zionis dan negara sekutunya, Amerika Syarikat yang memilih ketua negara mereka dengan sokongan Zionis yang bersifat luar biasa daripada tabii manusia. Di sini menunjukkan kekuatan, kekayaan, dan pembohongan menjadi penentu kepada kehidupan manusia, bukan lagi akal yang sihat. Maka, berlaku ‘double standard’ dalam pelaksanaan undang-undang antarabangsa.

Berlaku peperangan tanpa sempadan kemanusiaan yang semuanya menjadi sasaran tanpa pilihan, sama ada manusia sehinggalah alam sekitarnya. Disifatkan oleh Allah SWT:

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ ٢٠٤ وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِي ٱلۡأَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيهَا وَيُهۡلِكَ ٱلۡحَرۡثَ وَٱلنَّسۡلَۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَسَادَ ٢٠٥

“Dan antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal dia ialah penentang yang paling keras. (204) Dan apabila dia berpaling (daripada kamu), dia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya serta merosakkan tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan. (205)” [Surah al-Baqarah: 204–205]

Israel bersama Amerika Syarikat dan negara sekutu mereka menyerang kump**an yang melawan mereka daripada kump**an Palestin yang berwajah Islam (Hamas dan Tanzim Jihad), Hizbullah, Ansarullah, dan Iran. Semua yang berwajah Islam diberikan jenama pengganas dan pelampau, malah semua dijadikan sasaran tanpa terpilih sama ada tentera ataupun orang awam, sehinggalah rumah ibadat, sekolah, hospital, khemah perlindungan, pasukan bantuan kemanusiaan, kebun, bekalan air, dan segala-galanya tanpa sempadan undang-undang antarabangsa.

Segala keputusan PBB, mahkamah dunia, dan pertubuhan antarabangsa dibatalkan. Adapun Zionis Israel dianggap sebagai pihak yang benar dan adil serta bukan pelampau, tetapi wajib dijaga keamanan dan keselamatan mereka.

Mereka menganjurkan perdamaian dan gencatan senjata yang zalim supaya melucutkan senjata pihak lawan mereka, namun membekalkan segala jenis persenjataan kepada Israel yang terus menyerang, menceroboh, dan meluaskan kawasan penaklukan mereka atas nama menjaga keamanan.

Kekuatan senjata dan paksaan menjadi penentu kebenaran dan keadilan. Semua negara dunia dipaksa menyokong perdamaian yang nyata zalimnya sambil pihak media dipaksa mendukungnya.

Negara-negara Arab dan beberapa negara Islam dijadikan pangkalan bagi menyertai langkah yang zalim ini dan memaksa semua negara dunia menyokongnya.

Mereka mendabik dada kononnya mendukung demokrasi dan menegakkannya. Pada masa yang sama, sengaja menegakkan diktator atau demokrasi yang menipu bagi menghalang kebangkitan rakyat menentang kezaliman yang nyata, khususnya di negara-negara Islam.

Islam dan penganutnya p**a dijadikan sasaran yang dianggap musuh pertama. Firman Allah SWT:

۞لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ … ٨٢

“Kamu pasti mendapati bahawa manusia yang paling bermusuh terhadap orang-orang yang beriman ialah kalangan orang Yahudi dan orang Musyrikin…” [Surah al-Ma’idah: 82]

Melalui gerakan Zionis, mereka mengumpulkan gabungan bersama semua kump**an anti-Islam lain dalam pakatan Ahzab baharu bagi menentang Islam dan penganutnya tanpa sempadan kemanusiaan.

Firman Allah SWT:

ضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ أَيۡنَ مَا ثُقِفُوٓاْ إِلَّا بِحَبۡلٖ مِّنَ ٱللَّهِ وَحَبۡلٖ مِّنَ ٱلنَّاسِ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِ وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَسۡكَنَةُۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلۡأَنۢبِيَآءَ بِغَيۡرِ حَقّٖۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ ١١٢

“Mereka diliputi kehinaan di mana-mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang pada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia, dan mereka kembali mendapat kemurkaan daripada Allah dan mereka diliputi kerendahan. Yang demikian itu kerana mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.” [Surah Ali ‘Imran: 112]

Sehinggakan budaya ‘double standard’ menjadi cara hidup mereka dengan kemegahan menjadi penganut kitab Allah yang diletakkan di belakang tanpa diamalkan. Firman Allah SWT:

مَثَلُ ٱلَّذِينَ حُمِّلُواْ ٱلتَّوۡرَىٰةَ ثُمَّ لَمۡ يَحۡمِلُوهَا كَمَثَلِ ٱلۡحِمَارِ يَحۡمِلُ أَسۡفَارَۢاۚ بِئۡسَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ٥

“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya ialah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.” [Surah al-Jumu‘ah: 5]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 1 Muharram 1447 / 17 Jun 2026

[Bil: 39 / 2026]

21/06/2026

✳️𝗠𝗶𝗻𝗱𝗮 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗣𝗔𝗦

𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗗𝗔𝗨𝗟𝗔𝗧 (𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞)

Islam sebagai al-din yang sempurna mewajibkan Islam berkuasa memerintah negara yang berdaulat bagi melaksanakan perintah Allah.

Firman Allah SWT:

هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ ٩

“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar Dia memenangkannya atas segala agama dan ajaran yang lain, meskipun orang-orang Musyrikin membencinya.” [Surah al-Saff: 9]

Islam daripada perkataan al-din merangkumi urusan agama dan urusan dunia, berbeza dengan agama-agama yang lain dan ideologi ciptaan manusia.

Kesempurnaan Islam dinyatakan oleh firman Allah SWT:
.. ٱلۡيَوۡمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمۡ فَلَا تَخۡشَوۡهُمۡ وَٱخۡشَوۡنِۚ ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ ... ٣

“...Pada hari ini orang-orang kafir telah berputus asa untuk (mengalahkan) agama kamu (Islam). Oleh sebab itu, janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini, telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu ni‘mat-Ku, dan telah Aku redai Islam itu menjadi agama bagimu...” [Surah al-Ma’idah: 3]

Diwajibkan beriman dan beramal dengan semua ajaran Islam secara sempurna, tanpa dipisahkan urusan dunia daripada urusan akhirat. Hal ini demikian kerana, Islam berwawasan dunia hingga akhirat. Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ ٢٠٨ فَإِن زَلَلۡتُم مِّنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡكُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُ فَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ٢٠٩ هَلۡ يَنظُرُونَ إِلَّآ أَن يَأۡتِيَهُمُ ٱللَّهُ فِي ظُلَلٖ مِّنَ ٱلۡغَمَامِ وَٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ وَقُضِيَ ٱلۡأَمۡرُۚ وَإِلَى ٱللَّهِ تُرۡجَعُ ٱلۡأُمُورُ ٢١٠

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan! Sesungguhnya, syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (208) Akan tetapi, jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (209) Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat (pada Hari Kiamat) dalam naungan awan, dan diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan. (210)” [Surah al-Baqarah: 208-210]

Rasulullah SAW menolak tawaran menjadi raja atau pemimpin yang menafikan kesempurnaan Islam yang berkuasa dalam sebuah negara yang berdaulat. Baginda SAW berpegang dan beriman kepada janji Allah SWT:

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَهُمُ ٱلَّذِي ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنٗاۚ يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيۡ‍ٔٗاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ٥٥

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh, bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya (Islam) untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan sesiapa yang kufur sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” [Surah al-Nur: 55]

Hijrah dilakukan bagi melaksanakan sebuah negara yang bercirikan rabbani, berkebajikan, kehebatan undang-undang dan berwawasan dunia hingga akhirat. Firman Allah SWT:

ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١

“(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma‘ruf dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah dikembalikan segala urusan.” [Surah al-Hajj: 41]

Sebuah negara yang menegakkan hukum Islam pada kedudukan tertinggi dan berkonsep adil kepada seluruh manusia. Firman Allah SWT:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia, supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (58) Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya (Muhammad), serta ulu al-amr antara kamu. Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (59)” [Surah al-Nisa’: 58-59]

Ini bermakna hanya Islam sahaja agama yang layak memerintah dan menguasai seluruh manusia yang bermasyarakat majmuk; yang terdiri daripada berbagai-bagai agama dan bangsa. Hal ini disebabkan hanya Islam yang tidak memisahkan urusan dunia daripada agama, maka urusan kehidupan dunia dikawal oleh roh yang bercirikan agama.

Allah mengajar Adam AS dalam urusan agama dan ilmu urusan dunia yang tiada pada para malaikat yang sangat mulia serta makhluk yang tidak mempunyai nafsu dan taat beribadat kepada Allah selama-selamanya. Malah, berbeza dengan binatang yang bernafsu tanpa akal.

Firman Allah SWT:

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ ٣٠ وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةِ فَقَالَ أَنۢبِ‍ُٔونِي بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَٰدِقِينَ ٣١

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat, ‘Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata, ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?’ Tuhan berfirman, ‘Sesungguhnya, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’ (30) Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman, ‘Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu, jika kamu memang benar orang-orang yang benar!’ (31)” [Surah al-Baqarah: 30-31]

Islam yang diwajibkan kepada manusia tidak sama dengan Islam yang diwajibkan kepada makhluk lain yang tidak mempunyai nafsu, dan ada p**a yang bernafsu tetapi tidak berakal, serta patuh secara tabii semata-mata.

Maka, tidak boleh disamakan Islam dengan agama yang diselewengkan daripada ajaran asal yang dibawa oleh para anbiya’ dengan ideologi ciptaan manusia yang lain, yang tidak mempunyai kawalan agama dalam urusan keduniaan dan menjadikannya tidak terkawal.

Inilah Islam yang menjadi perjuangan para anbiya’ AS yang berdakwah bagi mengislamkan manusia, kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Rasulullah SAW yang menjadi Rasul kepada seluruh manusia dan umatnya beberapa generasi, telah berjaya memimpin dunia selama beberapa abad. Baginda berjaya membawa tamadun Islam yang memimpin manusia bermasyarakat secara madani yang berhidayah bersama Islam. Bahkan, berjaya membetulkan masyarakat madani jahiliah yang telah gagal, walaupun berjaya menegakkan negara kuasa besar yang akhirnya membawa kemusnahan kepada kehidupan manusia dan alam sekitarnya.

Rasulullah SAW menamakan tempat hijrah Baginda iaitu Yathrib atau Taibah dengan nama Madinah yang bererti bandar, iaitu tempat berhimpun dan berkumpulnya manusia kerana keperluan dan fitrah manusia yang bersifat madani. Walaupun berbeza latar belakang dan kebolehan ilmu, hakikatnya semuanya dibimbing oleh petunjuk Allah yang diwahyukan kepada para rasul. Berbeza dengan madani ciptaan akal manusia yang lemah dan bersifat jahiliah yang terpisah daripada agama serta tidak mempunyai kedaulatan kepada Islam.

Negara yang ditegakkan bernama Madinah itu berasaskan kekuatan perpaduan umat Islam daripada kalangan Muhajirin (yang melakukan hijrah) dengan kalangan Ansar (penduduk asal Madinah yang membantu mereka yang datang berhijrah). Firman Allah SWT:

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَٰهَدُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱلَّذِينَ ءَاوَواْ وَّنَصَرُوٓاْ أُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ حَقّٗاۚ لَّهُم مَّغۡفِرَةٞ وَرِزۡقٞ كَرِيمٞ ٧٤

“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang Muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan rezeki (ni‘mat) yang mulia.” [Surah al-Anfal: 74]

Perpaduan umat Islam yang sebenar ialah perpaduan yang ditunjukkan oleh Muhajirin dan Ansar yang berjihad menegakkan Islam untuk memerintah dan memimpin. Merekalah yang benar-benar menjadi teladan kepada seluruh manusia.

Seterusnya, disertai oleh kalangan masyarakat majmuk pelbagai kaum dan agama yang hidup bermasyarakat madani secara fitrah, dipimpin oleh mereka yang beriman dan bertaqwa. Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.” [Surah al-Hujurat: 13]

Orang yang paling bertaqwa ialah yang beriman, beramal soleh dan sabar berjuang menegakkan Islam. Firman Allah SWT:

وَجَعَلۡنَا مِنۡهُمۡ أَئِمَّةٗ يَهۡدُونَ بِأَمۡرِنَا لَمَّا صَبَرُواْۖ وَكَانُواْ بِ‍َٔايَٰتِنَا يُوقِنُونَ ٢٤

“Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin-pemimpin, yang diberikan petunjuk untuk membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu), serta mereka tetap meyakini akan ayat-ayat keterangan Kami.” [Surah al-Sajdah: 24]

Seterusnya, disertai kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem berpandukan firman Allah SWT:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (p**a) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8-9]

Walaupun musuh Islam bergabung kump**an dengan Ahli Kitab (Yahudi) dan Musyrikin, lalu membentuk bala tentera Ahzab, namun mereka tetap gagal mengalahkan Islam dan menghapuskannya.

Allah menetapkan secara silih berganti, bangsa yang mendominasi umat Islam yang kuat berpegang dan berjuang dengan ajarannya menjadi pemimpin. Firman Allah SWT:

هَـٰٓأَنتُمْ هَـٰٓؤُلَآءِ تُدۡعَوۡنَ لِتُنفِقُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن يَبۡخَلُۖ وَمَن يَبۡخَلۡ فَإِنَّمَا يَبۡخَلُ عَن نَّفۡسِهِۦۚ وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِيُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُۚ وَإِن تَتَوَلَّوۡاْ يَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا يَكُونُوٓاْ أَمۡثَٰلَكُم ٣٨

“Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) kepada jalan Allah. Maka, antara kamu ada yang bakhil, dan siapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan Allah itulah yang Maha Kaya, sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling, nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.” [Surah Muhammad: 38]

Allah tidak menetapkan bangsa Arab sahaja yang memimpin umat Islam. Pimpinan kuasa besar Islam silih berganti kepada bangsa penganut Islam yang paling kuat kedudukannya. Pernah kepimpinan itu berada di tangan bangsa Kurdi, Monggol dan yang terakhir Turki ‘Uthmaniyyah. Adapun bangsa yang berada di wilayah yang jauh seperti Nusantara, didominasi oleh rumpun Melayu yang bernaung di bawah Khilafah ‘Uthmaniyyah.

Sehingga jatuhnya kuasa Islam pada awal abad yang lalu, akibat adu domba kerana kelemahan dalam penguasaan ilmu yang diwajibkan serta perpecahan bangsa dan mazhab. Namun, cahaya Islam daripada Allah tidak dapat dipadamkan. Walaupun negara yang mengawalnya telah dijatuhkan, cahaya tersebut tetap berkembang ke seluruh pelosok dunia dan menembusi hingga ke dalam negara musuh.

Kini, berlaku semula kebangkitan generasi baharu yang berjuang di mana sahaja adanya penganut Islam. Musuh-musuh Islam terus berusaha menentang Islam dengan segala cara. Mereka turut dikejutkan oleh Revolusi Islam di Iran yang menegakkan sebuah negara Islam.

Isu perbezaan mazhab dan bangsa digunakan semula bagi melemahkan Islam dan kebangkitannya, dengan menggoda pengikut Sunni dan Syiah yang jahil atau tidak bertafaqquh dalam ilmu agama (al-din).

Namun, kita mengharapkan gerakan Islam yang dilakukan oleh para pemimpin Islam di Iran dapat menyatukan umat secara praktikal melalui pengenalan konsep Wilayah al-Faqih, iaitu kepimpinan ulama’ dan ilmuwan Islam. Konsep yang juga terdapat dalam mazhab Sunni dan lain-lain mazhab yang turut menegaskan kepimpinan ulama’ yang mujtahid dan ilmuwan yang berjaya dalam usaha memenangkan kump**an Islam Sunni, khususnya di Palestin yang dikepung dengan kejam dan zalim.

Apabila negara Republik Islam Iran dan semua kump**an Islam bersatu menghadapi musuh, bersama Palestin yang bermazhab Sunni dan berbangsa Arab, kita menyaksikan kemunculan semula bentuk baharu bala tentera Ahzab yang terdiri daripada gabungan Yahudi Zionis, Amerika Syarikat dan sekutunya dari pelbagai negara. Mereka terus mengulangi politik perang bersenjata, serta amalan adu domba mazhab dan fanatik kebangsaan serta kaum, dengan melakukan provokasi terhadap pengikut yang bodoh daripada kalangan semua mazhab.

Kita percaya bahawa gabungan Ahzab bukan Islam termasuk kump**an munafiq yang bertopengkan Islam serta golongan yang jahil dan lemah iman, akan gagal semula dan hanya mengulangi sejarah kekalahan pakatan Ahzab pada zaman Rasulullah SAW. Hal ini demikian kerana, Allah SWT telah berfirman:

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا ٢١ وَلَمَّا رَءَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡأَحۡزَابَ قَالُواْ هَٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۚ وَمَا زَادَهُمۡ إِلَّآ إِيمَٰنٗا وَتَسۡلِيمٗا ٢٢ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا ٢٣

“Sesungguhnya, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan dia banyak menyebut (mengingati) Allah. (21) Dan tatkala orang-orang Mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata, ‘Inilah yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada kita. Dan benarlah apa yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya.’ Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan (Islam). (22) Antara orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka antara mereka ada yang gugur (syahid). Dan antara mereka ada (p**a) yang menunggu-tunggu giliran dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya). (23)” [Surah al-Ahzab: 21-23]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 3 Muharram 1448 / 19 Jun 2026

[Bil: 40 / 2026]

Address

Perlis

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kuala Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share