28/05/2026
Kampung Gial | 28 Mei 2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Alhamdulillah, program Qurban Kasih Madani anjuran AMK Padang Besar di Kampung Gial, Mata ayer telah berlangsung dengan penuh semangat kebersamaan dan gotong-royong masyarakat setempat.
Program seperti ini bukan sahaja membawa keberkatan ibadah korban, malah menjadi medan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat khususnya penduduk Kampung Gial dan Mata Ayer. Daging sembelihan diagihkan seluruh kawasan PDM di Mata ayer.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini demi manfaat rakyat.
Ucapan terima kasih juga kepada Saudara Kamil Munim serta seluruh pasukan AMK dan sukarelawan yang bertungkus-lumus menjayakan program dari awal hingga selesai. Komitmen anak muda dalam mendekati masyarakat dan membantu golongan memerlukan amatlah dihargai.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam usaha memperkukuhkan hubungan masyarakat, menyemai nilai ihsan serta memupuk semangat Malaysia MADANI di peringkat akar umbi.