Air Terjun Sofea Jane, Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Malaysia

Air Terjun Sofea Jane, Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Malaysia Air Terjun Sofea Jane terletak berhampiran Kg Kemensah, Hulu Kelang, Selangor. Air terjun ini mengam Call 019-2154467

Air terjun ini mengambil sempena nama seorang pelakon wanita yang terkenal suatu ketika dahulu.

13/05/2026

AWAS KEPALA AIR‼️‼️‼️

Lapan kanak-kanak terperangkap kepala air diselamatkan

13 Mei 2026 08:54pm

KUANTAN - Lapan kanak-kanak terpaksa menyelamatkan diri di atas batu besar sementara menunggu diselamatkan selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Menson, Perkampungan Orang Asli Kampung Terisu, Kuala Terla, Cameron Highlands, pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 5.10 petang.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, lapan kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan empat hingga 12 tahun terperangkap di atas batu selepas gagal menyeberang ekoran arus deras.

"Jarak dari tebing ke tempat mangsa kira-kira 20 meter memaksa khidmat anggota bomba untuk membawa mereka ke tempat selamat.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands tiba di lokasi kira-kira jam 5.47 petang sebelum operasi menyelamat semua kanak-kanak terbabit digerakkan," katanya.

Mohd Salahuddin berkata, operasi menyelamat mangsa menggunakan tali penyelamat mengambil masa kira-kira dua jam sebelum semua mangsa berjaya diselamatkan.

"Semua mangsa berjaya diselamatkan kira-kira jam 7.58 malam sebelum diserahkan kepada pihak polis dan keluarga masing-masing.

"Operasi turut dibantu anggota dari BBP Ringlet dan polis," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/779741/berita/semasa/lapan-kanak-kanak-terperangkap-kepala-air-diselamatkan


_______________

Nasihat keselamatan hadapi kepala air di sungai:

Sebelum masuk sungai:

1. Cek cuaca dan tanda amaran: Jangan mandi/sungai kalau langit mendung, hujan lebat hulu sungai, atau ada amaran hujan dari MetMalaysia. Kepala air boleh datang walaupun tempat kau tak hujan.

2. Kenal tanda bahaya: Air tiba-tiba jadi keruh, bunyi deruan kuat dari hulu, batang kayu/daun hanyut laju, buih banyak. Itu tanda kepala air nak sampai.

3. Jangan pergi sorang: Pergi berkumpulan dan ada orang jaga di tebing.

Kalau dah nampak tanda kepala air:

1. Keluar segera: Jangan tunggu. Lari ke tempat tinggi, jauh dari tebing sungai. 20-30 meter ke atas bukit pun dah selamat.

2. Jangan cuba lawan arus: Arus kepala air sangat deras dan bawa batu, kayu. Memang tak boleh tahan....

3. Kalau terperangkap di tengah: Naik ke batu besar, pokok, atau kawasan tinggi. Jangan turun balik ke air. Tunggu bantuan.

Kalau nampak orang hanyut:

1. Jangan terjun ikut. Lempar tali, dahan, tayar, atau apa-apa yang boleh apung.

2. Hubungi 999 dan bomba JBPM dengan cepat. Bagi lokasi tepat.

Selepas kejadian:

1. Jangan terus mandi di sungai yang sama hari itu. Arus masih tak stabil.
2. Ajar anak kecil supaya tak main dekat sungai lepas hujan.

Kepala air berlaku cepat, kadang kurang 5 minit air dah naik 2-3 meter. Lebih baik batal mandi daripada ambil risiko.

SEMOGA KITA AMBIL PENGAJARAN DARI KISAH INI DAN SEMOGA ALLAH S.W.T LINDUNGI KITA SEMUA DARI SEBARANG MUSIBAH PADA MASA AKAN DATANG. 🤲

09/05/2026

Peringatan kepada kaki mandi sungai, air terjun, kaki hiking, kaki camping dan seumpamanya. Nak beriadah, pacak khemah dan sebagainya kalau boleh jangan dekat sangat dengan sungai terutama musim hujan.

Sebab "Kepala Air" boleh datang secara tiba-tiba..

Lokasi kejadian : Kaki Gunung Ledang, Asahan, Melaka.
Tarikh : 9 Mei 2026

Kita ambil pengajaran..

Address

Petaling Jaya

Telephone

+60192154467

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Air Terjun Sofea Jane, Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share