11/06/2023
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐) ๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
PETALING JAYA, 11 Jun 2023 (Ahad) - Pada 9,10 dan 11 Jun 2023 bertempat di kawasan aduan awam,
Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Petaling Jaya diketuai DSP Mohd Ayob Bin Abu (KBSPT) dengan kekuatan seramai 2 pegawai dan 12 anggota telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan lalulintas Op Samseng Jalanan, Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di Kawasan Jalan PJU 10/15 Sutera Damansara dan kawasan Sekitarnya. Operasi ini dijalankan disebabkan aduan daripada penduduk sekitar mengenai gangguan bunyi bising dari motosikal yang diubahsuai hingga menggangu ketenteraman awam.
Dalam operasi ini, BSPT Petaling Jaya telah membuat pemeriksaan keatas 87 buah Motosikal dan seramai 96 individu telah diperiksa.
Pihak BSPT Petaling Jaya juga telah mengeluarkan sejumlah 57 keping saman PDRM (K) 257 atas pelbagai kesalahan lalulintas. Kebanyakan telah melakukan kesalahan tidak memakai Topi Keledar, Tiada lesen memandu, Ubahsuai Struktur kenderaan, tiada cermin sisi pandang belakang, Ubahsuai Ekzos, Tiada Perlindungan Insurans dan LKM tamat tempoh.
Dalam Operasi yang sama juga, 12 buah Motosikal telah disita dibawah Seksyen 64(1) APJ 1987 kerana ubahsuai kenderaan dan lain-lain kesalahan lalulintas manakala Satu tangkapan dibawah Seksyen 42(1) APJ 1987 keatas seorang penunggang motosikal yang melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (whelie) hingga membahayakan diri dan pengguna jalanraya yang lain.
Menerusi Operasi Alkohol p**a, Pihak BSPT Petaling Jaya telah berjaya menahan seorang pemandu dibawah Seksyen 45A(1) APJ 1987 kerana memandu dengan pengaruh alkohol melebihi paras yang dibenarkan.
Operasi-operasi ini akan dilaksana secara berterusan terutama di lokasi aduan awam dan hotspot bagi memastikan pengguna jalanraya mematuhi peraturan Lalulintas yang di tetapkan pihak berkuasa dan seterusnya menjamin kesejahteraan dan ketenteraman masyarakat setempat.
Pihak Polis juga mengingatkan kepada Ibu-Bapa agar sentiasa memantau aktiviti anak-anak di luar rumah agar tidak terbabit dalam salahlaku lalulintas.
Keselamatan Anda dan kesejahteraan Jalanraya Tetap Di Hati Kami..
Friend of Trafik Petaling Jaya