DAP Selangor

DAP Selangor DAP Selangor

πŸ‡²πŸ‡Ύ ❀️ Selamat Menyambut Hari Kebangsaan! Semoga Malaysia terus maju, aman, dan bersatu padu
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ ❀️ Selamat Menyambut Hari Kebangsaan! Semoga Malaysia terus maju, aman, dan bersatu padu

30/08/2026

δΈεŒηš„ζˆ‘δ»¬οΌŒεŒδΈ€δΈͺ Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ
Kita Anak Malaysia
We Love Malaysia ❀️

Dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan, PMX telah mengumumkan beberapa ikhtiar penting bagi menangani kebimbangan rakyat, ...
30/08/2026

Dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan, PMX telah mengumumkan beberapa ikhtiar penting bagi menangani kebimbangan rakyat, terutama terkait kos sara hidup dan tekanan kehidupan seharian.

30/08/2026

Bagi separuh pertama 2026, Selangor merekodkan RM70 bilion pelaburan diluluskan menerusi 835 projek, tertinggi di seluruh negara.

Lebih membanggakan, sektor servis di Selangor berjaya menarik industri bernilai tinggi seperti analisis data, cloud computing, cybersecurity, FinTech dan IoT, sekaligus dapat menyediakan pekerjaan yang berkualiti tinggi untuk penduduk Selangor.

Daripada membina ekosistem digital hingga memperkukuh industri semikonduktor, aeroangkasa dan mobiliti, Selangor terus bergerak pantas untuk menjadi hab ekonomi berdaya saing di rantau ini.

Pelaburan masuk, lebih peluang untuk PKS, lebih lapangan kerja tercipta.

Terima kasih kepada Invest Selangor, Sidec dan semua penjawat awam negeri Selangor yang bekerja keras untuk mencapai kejayaan ini. Ayuhlah teruskan momentum untuk terus membawa masuk pelaburan berkualiti ke Selangor.

KENYATAAN MEDIA – SELANGOR TINGKAT KESIAPSIAGAAN HADAPI SITUASI JEREBU SEMASA
28/08/2026

KENYATAAN MEDIA – SELANGOR TINGKAT KESIAPSIAGAAN HADAPI SITUASI JEREBU SEMASA

KENYATAAN MEDIA - SELANGOR PERKUKUH TINDAKAN HADAPI JEREBU, CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA
26/08/2026

KENYATAAN MEDIA - SELANGOR PERKUKUH TINDAKAN HADAPI JEREBU, CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M kepada seluruh umat Islam. πŸ•ŒSemoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk ki...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M kepada seluruh umat Islam. πŸ•Œ

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menghayati nilai kasih sayang, keinsafan dan keharmonian, serta membawa rahmat dan kesejahteraan kepada semua. πŸ™ŒπŸ»

24/08/2026

Taniah Negeri Selangor ❀️πŸ₯³

Juara SUKMA 2026, kutip 245 pingatπŸŽ‰πŸŽ‰

Kenyataan dari Speaker Dewan Negeri Selangor, Tuan Lau Weng San
24/08/2026

Kenyataan dari Speaker Dewan Negeri Selangor, Tuan Lau Weng San

🀝 π‹π’π¦πš π“π’π§ππšπ€πšπ§ π’πžπ πžπ«πš 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐒 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐒𝐫 𝐝𝐒 πŠπ‹ & π’πžπ₯𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫
24/08/2026

🀝 π‹π’π¦πš π“π’π§ππšπ€πšπ§ π’πžπ πžπ«πš 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐒 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐒𝐫 𝐝𝐒 πŠπ‹ & π’πžπ₯𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫

π‹π’π¦πš π“π’π§ππšπ€πšπ§ π’πžπ πžπ«πš 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐒 𝐁𝐚𝐧𝐣𝐒𝐫 𝐝𝐒 πŠπ‹ & π’πžπ₯𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫

Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Wilayah Persekutuan telah mencapai persetujuan untuk menggembleng tenaga menangani isu banjir di Lembah Klang.

Kerjasama ini penting memandangkan 3 daripada 10 rakyat Malaysia tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur, yang secara bersama menyumbang 41.7% kepada ekonomi negara.

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dan Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh bersetuju memperkukuh pengurusan saliran air secara bersama, khususnya aliran dari kawasan hulu Selangor yang melalui Kuala Lumpur ke kawasan selatan.

Lima tindakan segera yang dipersetujui:
❗ Mesyuarat teknikal dalam tempoh dua minggu
❗ Mengkaji kapasiti Empangan Batu dan Empangan Klang Gate
❗ Mengenalpasti lokasi kolam takungan banjir baharu
❗ Meningkatkan kapasiti tiga kolam sedia ada iaitu Kampung Laksamana, Sungai Kertas & Bukit Lagong
❗ Selaras kerja pengorekan sungai & pembuangan kelodak

Langkah ini merangkumi pengurusan tanah, kapasiti takungan, ruang hijau, pembangunan bandar mampan dan pengaliran air bagi mengurangkan risiko banjir di Kuala Lumpur dan Selangor.

Address

24, Jalan 20/9, Taman Paramount
Petaling Jaya
46300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DAP Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share