19/05/2025
Alhamdulillah pada 17 Mei 2025, telah berlangsungnya Persidangan Pemuda UMNO Cawangan Damansara Uptown di Pejabat UMNO Bahagian Damansara.
Persidangan Pemuda telah dihadiri oleh ahli-ahli Pemuda Cawangan, Sdr. Zuen sebagai Wakil Pemuda Bahagian serta Sdr. Ikmal Fiqri , Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Terima kasih juga kepada Sdr. Roy KPC Villa Putra dan Sdr. Haziq pemangku KPC Flat Sri Cempaka kerana turut sudi hadir bersama.
Dua usul juga telah dikemukakan dan telah diluluskan di peringkat Cawangan. Ketua Penerangan Pemuda Cawangan, Sdr. Afiq membawa usul โMenolak Sebarang Pindaan Terhadap Kaedah Pemilihan Partiโ dan Sdr. Amir Shaqim telah membentang usul โPemilihan Khas Calon PRU Parti UMNOโ. InshaAllah kedua-dua usul ini akan diketengahkan pada Persidangan Pemuda UMNO Bahagian dan Persidangan UMNO Bahagian pada bulan Jun dan Julai nanti.
Tahniah sekali lagi buat semua yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai ahli Pemuda UMNO Cawangan๐๐ฝ