22/08/2026
Pulau Banding sekali lagi membuktikan nilai pentingnya sebagai landskap biodiversiti Asia apabila Banding Trail Adventure (BTA2026) berjaya mengenal pasti 1470 biodiversiti dalam tempoh empat hari, sekali gus melakar pencapaian di peringkat
ASEAN dan Asia.
Pencapaian tersebut membolehkan BTA2026 menerima Pengiktirafan ASEAN dan Asia Records bagi kategori “Jumlah Spesis Tertinggi Direkodkan Merentasi Tiga Domain Biologi dalam Satu Program Ekspedisi Denai” (Highest Species Count Recorded Across Three Biological Domains in a Single Trail Expedition Programme).
BTA2026 merupakan program ekspedisi dan dokumentasi biodiversiti yang menggabungkan sains, pemuliharaan, pendidikan serta penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti dan merekodkan kekayaan biodiversiti di Pulau Banding, Perak.
Program ini dianjurkan oleh Pulau Banding Foundation sebagai penganjur utama bersama TRaCe (UMK-PBF) dan Yayasan EMKAY, dengan sokongan NRES Malaysia, Setia Haruman Sdn Bhd dan EMKAY Group.
Syabas buat semua pakar-pakar, jawatankuasa pelaksana, sukarelawan dan tidak dilupakan pasukan tarian Banun Orang Asli SMK RPS Banun yang telah menghiburkan tetamu kehormat dan semua tetamu pada Majlis Perasmian Penutupan BTA2026.