Gerbang Inovasi JKDM WPKL

Gerbang Inovasi JKDM WPKL Ditubuhkan sebagai platform untuk memudahkan warga kerja JKDM WPKL mendapatkan info-info terkini mengenai aktiviti-aktiviti JKDM WPKL

Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti dan inovasi? Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk dan perkhidmatan yang lebih baik. ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea kreatif bagi manfaat organisasi bersama. Inovasi juga berfikir (deemed) untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran yang

akan merubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran (supply-demand equation). Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan secara mudah bahawa inovasi sebagai:

1.Penghasilan baru
2.Berdasarkan proses penyusunan semula
3.Menggunakan unsur yang sedia ada
4.Penghasilan sesuatu yang unik, mudah dan bernilai

Perlaksanaan inovasi dilakukan oleh mereka yang berfikiran kreatif dan kritis untuk menjadi peneraju (pioneer) dan meraih peluang yang maksimum. Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:

1. Peringkat Individu
-Di peringkat ini, inovasi dilaksanakan oleh individu yang berfikiran kreatif. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi individu yang berfikiran kreatif dan kritis seperti dengan menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya menbina idea baru. Cetusan idea2 baru bukan sahaja dapat menghasilkan teknologi baru, membaiki kualiti sesuatu benda atau menyelesaikan masalah malahan dapat mengubah ketamadunan manusia.
-Sebagai contoh penggunaan mesin taip yang digunakan sekitar tahun 1870-an sehingga 1980-an yang dihasilkan oleh Peter Mitterhofer. Kemudian revolusi mesin taip ditukar kepada penghasilan komputer elektronik oleh Charles Babbage yang dilihat untuk membaiki kualiti sesuatu kerja serta dihasilkan seiring dengan arus kemodenan dan persekitaran semasa. Oleh itu setiap anggota sesebuah organisasi perlu sedar akan kepentingan ilmu dan mencetuskan pemikiran kreatif dan inovasi dalam usaha untuk membangun.

2. Peringkat Organisasi
-Di peringkat organisasi p**a, inovasi merupakan salah satu ciri penting dalam sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka. Setiap organisasi sentiasa berinteraksi secara aktif dan prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan yang maksimum atau memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pekerja2nya serta organisasi itu sendiri.
-Organisasi inovatif adalah organisasi yang berwawasan dan bijak merencana strategik. Ini boleh direalisasikan dengan cara:
>Meneliti ciri2 kekuatannya dan menggunakannya untuk mempertahankan kedudukannya dalam sesuatu ekosistem.
>Meneliti kelemahan2 dan merangka strategi mengatasi setiap kelemahan dengan cekap dan pantas.
>Meneliti ekosistem dan mengenal pasti peluang2 yang ada untuk memperolehi secara sistematik.
>Mengatur strategi, dasar dan prosedur untuk menentang ancaman dan bahaya dari luar dan dalam organisasi. Takrif Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam merealisasikan idea baru juga sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti. Dalam konteks ini kreativiti boleh ditaksirkan sebagai kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan dua maklumat idea baru dan kemahiran. Antara contoh kombinasi idea baru dan idea lama boleh dilihat kepada fungsi penggunaan telefon dahulu dan kini. Jika dahulu telefon hanya digunakan sebagai alat sebuah komunikasi, namun kini telefon bukan sahaja alat untuk berkomunikasi tetapi juga sebagai peranti hiburan, internet, kamera dan sebagainya. Terdapat empat fasa (langkah) utama di dalam proses kreativiti iaitu:
1.Pengump**an Maklumat (Knowledge Accumulation)
2.Inkubasi (Incubation)
3.Idea
4.Penilaian dan Perlaksanaan


Faktor utama dalam perkembangan kreativiti dan inovasi
-Sesebuah organisasi yang menuju kearah kreativiti dan inovatif ini perlu mengambil kira beberapa faktor utama dalam perkembangan kreativiti dan inovasi. Antara faktor2 utama menuju ke arah organisasi kreativiti dan inovasi adalah:
1.Pengurusan
2.Kepimpinan
3.Budaya
4.Teknologi
5.Komunikasi Terbuka
6.Penyelesaian Masalah
7.Strategi

Pengurusan

Pengurusan yang kreatif dan inovatif perlu dirangka berlandaskan perancangan yang strategik. Perancangan yang dibuat adalah bersifat progresif serta berpaksikan kepada strategi kreatif dan inovatif untuk memperjuangkan visi, misi dan matlamat sesebuah organisasi. Pengurusan organisasi melibatkan:

,,Perancangan perubahan
,,Pengurusan Pengatahuan
,,Pengurusan organisasi yang berkesan. Rujukan :
http://hairilhazlan.com/2010/12/27/apakah-yang-dimaksudkan-dengan-kreativiti-dan-inovasi/

02/12/2019

Gimik pelancaran i-SDT di Majlis Sambutan Hari Inovasi Zon Tengah 2019.

14/03/2019
Berlangsung pada malam 25 Februari 2019 (Selasa) bersamaan 20 Jamadilakhir 1440 di Dewan Seri Kenangan, Unit I, Zon Teng...
26/02/2019

Berlangsung pada malam 25 Februari 2019 (Selasa) bersamaan 20 Jamadilakhir 1440 di Dewan Seri Kenangan, Unit I, Zon Tengah.

Majlis disempurnakan oleh Dato' Sri Subromaniam Tholasy, Ketua Pengarah Kastam.

Jemputan YBhg. Dato` Ahmad Maher bin Abd Jalil, Pengarah Operasi CDN, Zon Tengah sempena Anugerah Kecemerlangan Sekolah ...
22/11/2018

Jemputan YBhg. Dato` Ahmad Maher bin Abd Jalil, Pengarah Operasi CDN, Zon Tengah sempena Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Bukit Naga 2018 dan sumbangan JKDM, Unit I(WPKL) pada 22 November 2018.

Semua warga JKDM WPKL dijemput bagi memeriahkan Malam Apresiasi Perdana ini. 🌹
19/07/2018

Semua warga JKDM WPKL dijemput bagi memeriahkan Malam Apresiasi Perdana ini. 🌹

13 Julai 2018 Kunjungan Hormat Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dato' Zulkurnain bin Mohamed Yusuf ke I...
13/07/2018

13 Julai 2018
Kunjungan Hormat Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dato' Zulkurnain bin Mohamed Yusuf ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Sesi Penyerahan Cenderamata Kenangan oleh Ketua Polis Selangor YDh. CP Dato’ Pahlawan Mazlan bin Mansor kepada YBhg. Dato' Zulkurnain bin Mohamed Yusuf.

ESOK : Sambutan Jalinan Ukhwah Syawal 2018 JKDM WPKL
27/06/2018

ESOK : Sambutan Jalinan Ukhwah Syawal 2018 JKDM WPKL

Address

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia, Unit Inovasi, Aras 5, Blok A, Kompleks Kastam, No. 22, Jalan SS 6/3, Kelana Jaya
Petaling Jaya
47301

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60378854844

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerbang Inovasi JKDM WPKL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Gerbang Inovasi JKDM WPKL:

Share