18/08/2026
18 Ogos 2026, Petaling Jaya - Sebagai tanda komitmen dan kesungguhan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) dalam menolak rasuah serta menjunjung tinggi nilai integriti dalam kalangan warga kerja Jabatan, satu Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) telah diadakan pada 17 Ogos 2026 di Ibu Pejabat KIMIA Malaysia.
Majlis Ikrar Bebas Rasuah ini turut disertai oleh YBrs. Puan Marhayani binti Md. Saad, Ketua Pengarah KIMIA Malaysia bersama pengurusan tertinggi jabatan serta warga kerja jabatan yang hadir secara fizikal dan dalam talian. Sesi lafaz ikrar ini telah disaksikan oleh Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj), Encik Wan Mohd Rosli bin Wan Daud.
Bagi memperkukuh lagi mesej integriti dan kesedaran antirasuah, majlis turut diserikan dengan ceramah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertajuk “Integriti, Rasuah dan Konsekuensinya” yang telah disampaikan oleh Penguasa Kanan (PsK) Faizul Idzwan bin Mhd Nizam. Turut hadir sama ialah Penguasa Kanan (PsK) Rohayu binti Arifin.
Harapan pihak Jabatan agar usaha ini menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya kerja yang berintegriti dan bebas rasuah, seterusnya memperkukuh keyakinan serta kepercayaan masyarakat terhadap Jabatan Kimia Malaysia.