SMK Sultan Abdul Samad

SMK Sultan Abdul Samad SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL SAMAD, PETALING UTAMA

DAYANG NUR NABHILA KE PENTAS ANTARABANGSA!SMK Sultan Abdul Samad mengucapkan jutaan Tahniah dan syabas di atas pencapaia...
27/08/2026

DAYANG NUR NABHILA KE PENTAS ANTARABANGSA!

SMK Sultan Abdul Samad mengucapkan jutaan Tahniah dan syabas di atas pencapaian terhebat Dayang Nurul Nabhila, murid PPKI SMKSAS yang telah berjaya ke Abilympics Championship di Rusia pada 30 Oktober hingga 4 November 2026.

Sekali lagi tahniah dan semoga berjaya mengharumkan nama negara. Anda kebanggaan SMK Sultan Abdul Samad PJ dan Malaysia!


17/08/2026

TAHNIAH PPKI SMK Sultan Abdul Samad DI ATAS PENCAPAIAN YANG MENAKJUBKAN!

1. Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSS 2026
Tarikh : 27 - 30 Julai 2026
Tempat : Kuala Selangor

2. Karnival Kokurikulum Sukan dan Kesenian Pendidikan Khas Negeri Selangor 2026
Tarikh : 11 - 12 Ogos 2026
Tempat : Hextar World Empire City


CERIATHON MADANI 2026 SASAR 200K!27 Julai 2026 - Perasmian Ceriathon Madani 2026 telah disempurnakan oleh YB Lee Chean C...
11/08/2026

CERIATHON MADANI 2026 SASAR 200K!

27 Julai 2026 - Perasmian Ceriathon Madani 2026 telah disempurnakan oleh YB Lee Chean Chung, Ahli Parlimen Petaling Jaya di Dewan Inspirasi SMK Sultan Abdul Samad PJ dengan disaksikan oleh murid-murid, warga pendidik dan wakil-wakil PIBG. Program Ceriathon Madani dilaksanakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi menampung kos penambahbaikan dan pemulihan segera beberapa fasiliti dan infrastruktur di SMK Sultan Abdul Samad yang uzur, dengan sasaran kutipan sebanyak RM 200K.

Agensi swasta, badan-badan NGO dan orang perseorangan yang ingin memberikan sumbangan boleh terus menyumbang kepada murid-murid dan guru-guru SMK Sultan Abdul Samad yang telah dilantik. Mereka telah dibekalkan kad kutipan sebagai rekod bukti sumbangan. Bagi penyumbang yang ingin menyumbang secara atas talian, boleh terus klik pada pautan berikut : https://shorturl.at/jzEzp (No. Siri Kad: 01383)

Ayuh semua warga SAS dan kawasan sekitar Petaling Jaya, bersama jayakan Ceriathon Madani 2026, bantu kami untuk memantapkan fasiliti sekolah demi kebaikan dan kecemerlangan murid-murid SMK Sultan Abdul Samad PJ!



SELAMAT DATANG ENCIK SARAVANAKUMAR!SMK Sultan Abdul Samad mengucapkan selamat datang dan tahniah buat Encik Saravanakuma...
23/07/2026

SELAMAT DATANG ENCIK SARAVANAKUMAR!

SMK Sultan Abdul Samad mengucapkan selamat datang dan tahniah buat Encik Saravanakumar a/l Nadarajah di atas pelantikan sebagai Guru Kanan Matapelajaran bidang Sains dan Matematik bermula 27 Julai 2026.

Tahniah, tahniah dan tahniah!

SELAMAT DATANG PUAN FARAHIZA!SMK Sultan Abdul Samad mengucapkan selamat datang dan tahniah buat Puan Farahiza binti Adna...
23/07/2026

SELAMAT DATANG PUAN FARAHIZA!

SMK Sultan Abdul Samad mengucapkan selamat datang dan tahniah buat Puan Farahiza binti Adnan di atas pelantikan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bermula 27 Julai 2026.

Tahniah, tahniah dan tahniah!

TAHNIAH PUAN UMA DEVI A/P KUPPUSAMYSMK Sultan Abdul Samad  mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Puan Uma Dev...
23/07/2026

TAHNIAH PUAN UMA DEVI A/P KUPPUSAMY

SMK Sultan Abdul Samad mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Puan Uma Devi a/p Kuppusamy, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di atas pelantikan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Seksyen 4 Kota Damansara bermula 27 Julai 2026.

Terima kasih Puan Uma di atas segala jasa dan bakti sepanjang perkhidmatan di SMK Sultan Abdul Samad dan semoga terus cemerlang di tempat baharu.

Tahniah! Tahniah! dan Tahniah!

PEMAIN SAS LIONS CEMERLANG SPM 2025Mereka pemain ragbi SAS LIONS yang dibentuk dan dijaga sejak tingkatan 1 sehinggalah ...
10/05/2026

PEMAIN SAS LIONS CEMERLANG SPM 2025

Mereka pemain ragbi SAS LIONS yang dibentuk dan dijaga sejak tingkatan 1 sehinggalah tamat tingkatan 5. Mereka membawa nama SAS LIONS sehabis baik, sama seperti senior-senior mereka. Pelbagai cabaran, onak dan duri mereka lalui namun mereka tetap komited berjuang dan setia membawa nama pasukan ragbi SMK Sultan Abdul Samad dan membuka mata sekolah lain yang lebih dominan.

Alhamdulillah SPM 2025, mereka berjaya buktikan walaupun aktif bermain Ragbi sehingga peringkat tertinggi, ia bukan penghalang mereka untuk cemerlang dalam pelajaran. Dari kiri, Second Row SAS LIONS, Taufiqillah (SPM 6A), Cikgu Khairul Anwar (Pengurus Kelab Ragbi SAS LIONS), Full Back SAS LIONS, Jalaludin (SPM 9A) dan Kapten SAS LIONS, Syazwi (SPM 8A). Tahniah semua, terus bawa nama SAS LIONS terbang lebih tinggi~




PENCAPAIAN KEJOHANAN MEMANAH MSS SELANGOR 2026Qays Amsyar bin Azizan(murid PPKI SMK Sultan Abdul Samad )1. Qualification...
07/05/2026

PENCAPAIAN KEJOHANAN MEMANAH MSS SELANGOR 2026

Qays Amsyar bin Azizan
(murid PPKI SMK Sultan Abdul Samad )

1. Qualification round no 3
2. Olympic round no 5

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Amsyar 👏🏻👏🏻👏🏻

KEPUTUSAN KARNIVAL KOKURIKULUM  PENDIDIKAN KHAS PPDPU TAHUN 2026KEJOHANAN BADMINTONMawaddah - Johan Kategori PerempuanAt...
07/05/2026

KEPUTUSAN KARNIVAL KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS PPDPU TAHUN 2026

KEJOHANAN BADMINTON

Mawaddah - Johan Kategori Perempuan
Atikah - Ketiga Kategori Perempuan

Ng Wenhan - Johan Kategori Lelaki
Hadif - Ketiga Kategori lelaki

Tahniah dan syabas untuk para pemenang🌹

SAS TIGERS Berentap dalam Piala Dato' Mokhtar Dahari!Pasukan Bola Sepak SMK Sultan Abdul Samad  akan berentap dalam kejo...
07/05/2026

SAS TIGERS Berentap dalam Piala Dato' Mokhtar Dahari!

Pasukan Bola Sepak SMK Sultan Abdul Samad akan berentap dalam kejohanan Bola Sepak Piala Dato' Mokhtar Dahari 2026.

Mari warga SAS, bersama kita saksikan dan sokong team SAS TIGERS dalam perlawanan bola sepak peringkat kumpulan bermula pada 6 hingga 7 Mei 2026 di Padang Astaka MBPJ!

U Go Tigersssss!


Address

SMK SULTAN ABDUL SAMAD
Petaling Jaya
46200

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30

Telephone

+60379565085

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Sultan Abdul Samad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share