23/08/2026
# PROGRAM JIWA@KOMUNITI MADANI DAMANSARA BISTARI – SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2026
Program JIWA@Komuniti MADANI Damansara Bistari – Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 telah dilaksanakan pada 23 Ogos 2026 (Ahad), jam 8.00 pagi**, bertempat di **Dewan Blok A, Damansara Bistari, DUN Bukit Gasing, Parlimen Petaling Jaya, Daerah Petaling**.
Program telah dirasmikan oleh **YB Rajiv Rishyakaran, ADUN Bukit Gasing** dan disertai oleh **Ahli Jawatankuasa Komuniti MADANI Damansara Bistari serta penduduk Pangsapuri Damansara Bistari**.
Program dimulakan dengan ucapan oleh **Encik Abdul Samat bin Abdul Rashid, Ketua Komuniti MADANI Damansara Bistari**, diikuti dengan ucapan serta taklimat berkaitan **tema rasmi Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 oleh **Encik Mohd Hizami bin Mohd Hanip, Wakil Pegawai Penerangan Daerah Petaling**.
Pengisian program diteruskan dengan ucapan oleh **SM Sharifah binti Ibrahim, wakil Ketua Polis Balai Sea Park**, diikuti dengan ucapan perasmian oleh **YB Rajiv Rishyakaran, ADUN Bukit Gasing**. Program turut diserikan dengan nyanyian lagu **Jalur Gemilang** serta pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk **Pertandingan Pakaian Beragam Hari Kebangsaan, Pertandingan Masakan Tradisional dan Pertandingan Karaoke Lagu Kemerdekaan**.
Program turut mendapat kerjasama daripada **Persatuan Penduduk Damansara Bistari, Balai Polis Sea Park dan Pejabat Khidmat Rakyat DUN Bukit Gasing**. Jamuan makan turut diadakan sebagai salah satu pengisian program bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya menyemarakkan **semangat patriotisme dan cintakan negara**, di samping mengeratkan hubungan antara Komuniti MADANI, agensi kerajaan dan penduduk setempat. Pengisian berbentuk kemasyarakatan dan santai turut menjadi medium berkesan dalam memupuk semangat perpaduan, kebersamaan serta penghayatan terhadap Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026.