Polis Daerah Petaling Jaya

Polis Daerah Petaling Jaya Laman ini merupakan Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

πŽππ’ πŽπ’π‚π€π‘ (π‚πŽπŒπŒπ”ππˆπ“π˜ ππŽπ‹πˆπ‚πˆππ†) – ππ€π‹π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ π’π”ππ†π€πˆ π–π€π˜Petaling Jaya, 16 Ogos 2026 (Ahad) - Dalam usaha memperkukuhkan h...
16/08/2026

πŽππ’ πŽπ’π‚π€π‘ (π‚πŽπŒπŒπ”ππˆπ“π˜ ππŽπ‹πˆπ‚πˆππ†) – ππ€π‹π€πˆ ππŽπ‹πˆπ’ π’π”ππ†π€πˆ π–π€π˜

Petaling Jaya, 16 Ogos 2026 (Ahad) - Dalam usaha memperkukuhkan hubungan antara polis dan masyarakat, Balai Polis Sungai Way telah mengadakan Program Ops Oscar (Community Policing) bersama Persatuan Penduduk Seri Setia Sungai Way di Dewan SJKC Jalan SS 9/1, Sungai Way, Petaling Jaya.

Program ini turut mendapat kehadiran YB Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Damansara; En. Ong Yew Thai, Ahli Majlis Zon 20; En. Ding Eow Chai, Ketua Kampung Sungai Way serta kira-kira 100 orang penduduk setempat.

Pihak PDRM p**a diwakili oleh Inspektor Karthick a/l Gunasegaran dari BSJD IPD Petaling Jaya, SM Abdul Rahman bin Mat, Timbalan Ketua Polis Balai Sungai Way bersama enam orang anggota Balai Polis Sungai Way. Turut hadir Lans Koperal Dayang Norarifa binti Mohamad Nafi selaku wakil AMANITA.

Program ini bertujuan untuk mendekatkan PDRM dengan masyarakat serta menjelaskan peranan polis sebagai sahabat dan pelindung, khususnya dalam aspek keselamatan wanita, remaja dan kanak-kanak. Selain itu, program ini turut memberi kesedaran mengenai langkah-langkah pencegahan jenayah, peranan AMANITA (Peace Lady), penggunaan Aplikasi VSP serta kepentingan penyaluran maklumat kepada pihak polis.

Melalui pelaksanaan Ops Oscar ini, hubungan dan kepercayaan antara PDRM dengan masyarakat dapat diperkukuhkan, di samping mewujudkan jaringan kerjasama yang lebih erat dalam usaha memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti setempat.


16/08/2026

π—–π—’π— π— π—¨π—‘π—œπ—§π—¬ π—£π—’π—Ÿπ—œπ—–π—œπ—‘π—š – π—£π—˜π—₯𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔𝗔𝗑 𝗣𝗗π—₯𝗠 π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗔𝗦𝗬𝗔π—₯π—”π—žπ—”π—§ π—žπ—˜π—Ÿπ—”π—‘π—” 𝗝𝗔𝗬𝗔

Kelana Jaya, 16 Ogos 2026 (Ahad) – S/Insp Yusri bin Rahman, T/KPB Kelana Jaya, bersama anggota Sektor 5 telah menghadiri Program Jiwa Komuniti Madani Ara Damansara bertempat di Padang Blok A, B, C PPR Lembah Subang 1 Petaling Jaya.

Program ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama dan silaturahim bersama komuniti setempat, di samping menyampaikan mesej keselamatan dan meningkatkan kesedaran berkaitan langkah-langkah pencegahan jenayah.

Diharapkan usaha seumpama ini dapat diteruskan secara berterusan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti sentiasa terpelihara, sekali gus mewujudkan persekitaran Kelana Jaya yang aman dan harmoni.

π‹π€π“πˆπ‡π€π πƒπ€π‹π€πŒ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π 𝐀𝐒𝐀𝐒 πŠπ„π‚π„π‘πƒπ€π’π€π 𝐁𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 (π€πˆ) ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ ππ„π“π€π‹πˆππ† π‰π€π˜π€Petaling Jaya, 16 Ogos 2026 (Ahad) –Te...
16/08/2026

π‹π€π“πˆπ‡π€π πƒπ€π‹π€πŒ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π 𝐀𝐒𝐀𝐒 πŠπ„π‚π„π‘πƒπ€π’π€π 𝐁𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 (π€πˆ) ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ ππ„π“π€π‹πˆππ† π‰π€π˜π€

Petaling Jaya, 16 Ogos 2026 (Ahad) –
Telah berlangsung Latihan Dalam Perkhidmatan Asas Kecerdasan Buatan (AI) Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bertempat di Bangunan SYM world, Jalan Templer (Bangunan Baru IPD Petaling Jaya).

Latihan ini dianjurkan bagi memberikan pendedahan dan meningkatkan kefahaman warga kerja IPD Petaling Jaya berkaitan perkembangan serta penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence - AI) dalam membantu melaksanakan tugasan harian dengan lebih sistematik, cekap dan berkesan.

Antara pengisian latihan merangkumi pengenalan asas AI, penggunaan AI Generatif, teknik menghasilkan arahan (prompt) yang berkesan serta aplikasi AI dalam penyediaan dokumen, pengurusan maklumat dan penghasilan bahan komunikasi.

Program ini turut menekankan aspek etika, keselamatan maklumat, integriti dan tanggungjawab dalam penggunaan teknologi AI, khususnya bagi memastikan penggunaannya sentiasa mematuhi peraturan serta kepentingan perkhidmatan.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, YDH ACP Shamsudin bin Mamat; Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, YDH Supt. M. Hussin Sollehuddin bin Zolkifly; serta Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai dan Pegawai Kanan Polis IPD Petaling Jaya.

Pelaksanaan latihan ini diharap dapat meningkatkan kompetensi digital warga kerja PDRM serta menyokong usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien, inovatif dan responsif seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π€πŒπ€ππˆπ“π€ πˆππƒ ππ„π“π€π‹πˆππ† π‰π€π˜π€ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π€ππ€π‘π“πŒπ„ππ“ πˆπŒππˆπ€π ππ€πˆπƒπ”π‘πˆPetaling Jaya, 15 Ogos 2026 (Sabtu) - Inisiat...
14/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π€πŒπ€ππˆπ“π€ πˆππƒ ππ„π“π€π‹πˆππ† π‰π€π˜π€ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ π€ππ€π‘π“πŒπ„ππ“ πˆπŒππˆπ€π ππ€πˆπƒπ”π‘πˆ

Petaling Jaya, 15 Ogos 2026 (Sabtu) - Inisiatif Amanita IPD Petaling Jaya terus memperkukuhkan hubungan bersama komuniti melalui penganjuran Program Zumba Jersey Night Bersama Komuniti Apartment Impian Baiduri yang diadakan di Dewan Serbaguna Impian Baiduri, Petaling Jaya, malam semalam.

Program Zumba Jersey Night ini merupakan salah satu usaha bersepadu Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya IPD Petaling Jaya melalui Inisiatif Amanita, dalam mendekati komuniti melalui pendekatan riadah dan aktiviti santai. Aktiviti Zumba dijadikan medium untuk mengeratkan hubungan antara pihak polis dengan masyarakat dalam suasana yang lebih mesra, ceria dan terbuka.

Selain mempromosikan gaya hidup sihat serta kepentingan melakukan aktiviti kecergasan secara berkala, program ini turut memberi ruang kepada anggota Amanita untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan wanita, remaja dan kanak-kanak dalam komuniti. Pada masa yang sama, mesej berkaitan keselamatan diri serta peranan polis sebagai sahabat dan pelindung masyarakat dapat disampaikan secara santai dan berkesan.

Penganjuran program seperti ini juga diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri, di samping membina hubungan yang lebih erat serta kepercayaan antara komuniti dan PDRM.

Melalui pendekatan β€œPolis dan Masyarakat Bersama”, Inisiatif Amanita IPD Petaling Jaya akan terus memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan komuniti melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan, riadah dan pencegahan jenayah demi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, sihat dan harmoni.


ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‚π„π‘π€πŒπ€π‡ π€ππ“πˆ ππ”π‹πˆ & 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 π’π„πŠπ’π”π€π‹ πƒπˆ π’πŒπŠ 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 π”π“π€πŒπ€ πƒπ€πŒπ€ππ’π€π‘π€ πŸ’Petaling Jaya, 14 Ogos 2026 (Jumaat) - Progr...
14/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‚π„π‘π€πŒπ€π‡ π€ππ“πˆ ππ”π‹πˆ & 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 π’π„πŠπ’π”π€π‹ πƒπˆ π’πŒπŠ 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 π”π“π€πŒπ€ πƒπ€πŒπ€ππ’π€π‘π€ πŸ’

Petaling Jaya, 14 Ogos 2026 (Jumaat) - Program Ceramah Anti Buli dan Gangguan Seksual telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Utama Damansara 4, Petaling Jaya sebagai usaha meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan membanteras gejala buli dan gangguan seksual.

Program tersebut disampaikan oleh DSP Sivakumar a/l Thankaraja, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KBPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kepada seramai 71 orang pelajar.

Ceramah ini bertujuan memberikan pendedahan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai isu buli dan gangguan seksual, termasuk bentuk-bentuk perlakuan, kesan terhadap mangsa serta implikasi undang-undang terhadap pelaku. Para pelajar turut diberi penekanan mengenai kepentingan menghormati diri sendiri dan orang lain serta tindakan yang wajar diambil sekiranya berdepan atau menyaksikan kejadian buli dan gangguan seksual.

Program ini turut dihadiri oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rosnani binti Hussin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Siti Sari binti Saud, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), ASP Ahmad Zarrin bin Abd Rashid, Penolong Pegawai PPS, D/SI Mohd Zaid bin Azemi serta tiga orang anggota dari Balai Polis Damansara.

Penganjuran program seumpama ini merupakan salah satu usaha berterusan PDRM dalam memperkasakan pendidikan pencegahan jenayah serta mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat, harmoni dan bebas daripada gejala buli serta gangguan seksual.


πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’πŽπ‹π€π“ 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 𝐃𝐇𝐔𝐇𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 π‡πŽπ”π‘ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ ππ„π“π€π‹πˆππ† π‰π€π˜π€Petaling Jaya, 14 Ogos 2026, (Jumaat) – Majlis Solat ...
14/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’πŽπ‹π€π“ 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 𝐃𝐇𝐔𝐇𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 π‡πŽπ”π‘ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ ππ„π“π€π‹πˆππ† π‰π€π˜π€

Petaling Jaya, 14 Ogos 2026, (Jumaat) – Majlis Solat Sunat Dhuha dan bacaan Al Quran peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah diadakan di Surau An-Nur IPD Petaling Jaya.

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) IPD Petaling Jaya serta turut dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, YDH ACP Shamsudin bin Mamat, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya,YDH Supt. M. Hussin Sollehuddin bin Zolkifly, ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, pegawai kanan, pegawai rendah polis, pegawai awam IPD Petaling Jaya.

Penganjuran majlis ini merupakan salah satu inisiatif ke arah membudayakan amalan kerohanian di kalangan warga IPD Petaling Jaya melalui pelaksanaan Solat Sunat Dhuha secara berjemaah serta bacaan surah - surah pilihan dalam Al Quran. Ia juga bertujuan memohon kesejahteraan, keselamatan serta keberkatan dalam setiap urusan warga IPD Petaling Jaya agar sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT.


πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐑𝐄𝐒𝐏𝐀 π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŠπ„π€π“π€π’ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ„π“π€π‹πˆππ† π‰π€π˜π€Petaling Jaya, 13 Ogos 2026 (Khamis) – Ketua Poli...
13/08/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐑𝐄𝐒𝐏𝐀 π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŠπ„π€π“π€π’ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 ππ„π“π€π‹πˆππ† π‰π€π˜π€

Petaling Jaya, 13 Ogos 2026 (Khamis) – Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, YDH ACP Shamsudin bin Mamat telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi RESPA Selangor, DCP (B) Dato’ Pahlawan Zakaria Yusof bersama delegasi RESPA Selangor di Pejabat Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara RESPA Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dalam usaha memperkasakan kebajikan serta kesejahteraan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sesi kunjungan berlangsung dalam suasana mesra dan penuh harmoni, di samping menjadi platform bagi bertukar pandangan serta membincangkan pelbagai perkara yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Semoga hubungan baik yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan demi kepentingan organisasi, kebajikan warga PDRM serta kesejahteraan masyarakat.





13/08/2026
ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ β€œπ‘π„π™π„πŠπˆ & 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁” ππ„π‘π’π€πŒπ€ π‹π„πŒππ€π†π€ π™π€πŠπ€π“ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘Petaling Jaya, 13 Ogos 2026 – IPD Petaling Jaya dengan ke...
13/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ β€œπ‘π„π™π„πŠπˆ & 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁” ππ„π‘π’π€πŒπ€ π‹π„πŒππ€π†π€ π™π€πŠπ€π“ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘

Petaling Jaya, 13 Ogos 2026 – IPD Petaling Jaya dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menganjurkan Program β€œRezeki & Tanggungjawab” yang berlangsung di Dewan LBS, IPD Petaling Jaya.

Program tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, YDH ACP Shamsudin bin Mamat, yang turut memberikan sokongan terhadap usaha memperkukuh kefahaman warga PDRM mengenai kewajipan menunaikan zakat dan tanggungjawab sosial.

Turut menyampaikan taklimat ialah En. Mohd Hatta bin Zainal Abidin, Pengurus Lembaga Zakat Selangor serta En. Ahmad Fikri bin Fariduddin, Perunding Zakat. Program ini telah disertai oleh pegawai, anggota dan pegawai awam daripada setiap balai dan bahagian di bawah pentadbiran IPD Petaling Jaya.

Penganjuran program ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga IPD Petaling Jaya mengenai kepentingan menunaikan kewajipan zakat, kaedah potongan zakat melalui gaji, manfaat pembayaran zakat kepada golongan yang memerlukan serta penerangan berkaitan agihan dan penggunaan Wang Wakalah.

Melalui program ini, warga IPD turut didedahkan kepada peranan zakat sebagai instrumen kebajikan yang mampu meningkatkan kesejahteraan masyarakat, di samping memupuk nilai keprihatinan, tanggungjawab sosial dan budaya berkongsi rezeki dalam kalangan warga PDRM.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh kerjasama strategik antara IPD Petaling Jaya dan Lembaga Zakat Selangor, sekali gus meningkatkan kesedaran serta penghayatan terhadap kewajipan berzakat.




ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ€π†πˆ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ ππ„π“π€π‹πˆππ† π‰π€π˜π€Petaling Jaya, 11 Ogos 2026 (Selasa) – Bertempat di ...
11/08/2026

ππ„π‘π‡πˆπŒππ”ππ€π 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 ππ€π†πˆ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŽπ†πŽπ’ πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ πˆππƒ ππ„π“π€π‹πˆππ† π‰π€π˜π€

Petaling Jaya, 11 Ogos 2026 (Selasa) – Bertempat di Dewan LBS Jaya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah berlangsung Perhimpunan Bulanan IPD Petaling Jaya bagi Bulan Ogos 2026 yang menghimpunkan warga kerja IPD Petaling Jaya.

Perhimpunan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, YDH ACP Shamsudin bin Mamat. Dalam amanat beliau, YDH Ketua Polis Daerah menekankan kepentingan disiplin, integriti serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga IPD Petaling Jaya. Beliau turut mengingatkan semua pegawai agar sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik, cekap dan profesional kepada masyarakat demi mengekalkan keyakinan serta kepercayaan orang ramai terhadap Polis Diraja Malaysia.

Pada majlis yang sama, turut diadakan penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai-pegawai yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam melaksanakan tugas. Penyampaian sijil tersebut merupakan satu bentuk pengiktirafan atas komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang telah dipamerkan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Perhimpunan ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, YDH Supt. M. Hussin Sollehuddin bin Zolkifly, Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis (PKP), Pegawai Rendah Polis (PRP) serta Pegawai Awam IPD Petaling Jaya.


Address

IPD Petaling Jaya
Petaling Jaya
46000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Petaling Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Petaling Jaya:

Share