Muzium Petaling Jaya

Muzium Petaling Jaya Muzium Petaling Jaya dibuka setiap hari kecuali Jumaat dan Cuti Umum. Masuk adalah PERCUMA Muzium Petaling Jaya terletak di dalam kawasan Taman Tasik Jaya.

Muzium Petaling Jaya telah diselia tabir oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya di bawah tanggungjawab Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan. Muzium ini terletak di tengah-tengah pusat bandar Petaling Jaya kira-kira 12 Km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Sebelum dijadikan bangunan Muzium Petaling Jaya, bangunan ini pernah digunakan sebagai Pusat Pendidikan Alam Sekitar sebelum ia diambil alih sepenuhn

ya pada awal April 2007. Penubuhan Muzium Petaling Jaya adalah bertujuan untuk menyimpan, memelihara, mempamer dan menyebarkan maklumat serta sebagai sumber rujukan kepada generasi kini dan akan datang. Muzium ini menempatkan pelbagai bentuk bahan yang menjadi identiti dan kebanggaan khususnya kepada seluruh penduduk Petaling Jaya. Selain itu penubuhan muzium ini juga adalah mempamerkan bahan-bahan yang berkaitan dengan sejarah kewujudan Bandar Petaling Jaya, pentadbiran serta perkembangan dan pembangunan Petaling Jaya. Muzium Petaling Jaya juga akan menjadi satu tempat infomasi dan penyebaran maklumat serta berperanan sebagai sumber khazanah ilmu. Penubuhan Muzium ini juga merupakan sebahagian daripada aset dan destinasi pelancongan dalam menggalakkan perkembangan industri pelancongan Negeri Selangor amnya.

Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul tahun 1448 H/2026...
24/08/2026

Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul tahun 1448 H/2026 M buat semua yang beragama Islam di Malaysia. Semoga kita sentiasa meneladani akhlak mulia Rasulullah dalam kehidupan sehari-hari.

Oleh itu Muzium Petaling Jaya akan ditutup selama 1 hari pada Selasa 25 Ogos 2026 bersempena cuti umum Maulidur Rasul. Muzium akan beroperasi dan dibuka semula pada hari Rabu 26 Ogos 2026.







Sekitar perjalanan program Pertandingan Deklamasi Sajak 2026 bersempena Bulan Kemerdekaan ke-69.
12/08/2026

Sekitar perjalanan program Pertandingan Deklamasi Sajak 2026 bersempena Bulan Kemerdekaan ke-69.

06/08/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ & π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆

Seluruh warga Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi atas pelantikan sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya, berkuat kuasa mulai 3 Ogos 2026.

Semoga YBhg. Dato’ terus dikurniakan kebijaksanaan, iltizam dan kekuatan dalam menerajui MBPJ ke arah kecemerlangan, memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berintegriti, serta memacu pembangunan bandar yang mampan demi kesejahteraan warga Petaling Jaya.

Selamat menjalankan amanah dan selamat datang ke keluarga besar MBPJ.

π‘ƒπ‘’π‘‘π‘Žπ‘™π‘–π‘›π‘” π½π‘Žπ‘¦π‘Ž π΅π‘Žπ‘›π‘‘π‘Žπ‘Ÿ π‘ƒπ‘Žπ‘™π‘–π‘›π‘” π΅π‘Žβ„Žπ‘Žπ‘”π‘–π‘Ž π‘‘π‘Žπ‘› π‘€π‘Žπ‘šπ‘π‘Žπ‘›




06/08/2026
06/08/2026
Kami dari pihak Muzium Petaling Jaya ingin memaklumkan bahawa penyertaan bagi Pertandingan Deklamasi Sajak Petaling Jaya...
21/07/2026

Kami dari pihak Muzium Petaling Jaya ingin memaklumkan bahawa penyertaan bagi Pertandingan Deklamasi Sajak Petaling Jaya 2026 telah ditutup bagi semua kategori.

Kepada para peserta, maklumat selanjutnya berkaitan pertandingan akan diumumkan oleh urusetia dalam masa terdekat.

Terima kasih kepada yang telah memberikan penyertaan.

Jom beramai-ramai memeriahkan pertandingan ini pada 8 Ogos 2026 di Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya nanti.









09/07/2026

πŸ“’ πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 π“π„π‘πŠπˆππˆ π’πˆπ’π“π„πŒ ππ„πŒππ€π˜π€π‘π€π π“π„πŒππ€π“ π‹π„π“π€πŠ πŠπ„π‘π„π“π€

Dimaklumkan bahawa integrasi pembayaran melalui saluran pembayaran pihak ketiga (third-party payment channel) seperti NINE dan CEPat masih dalam proses pemulihan.

Sehubungan itu, pembayaran tempat letak kereta di kawasan milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) buat masa ini hanya boleh dilakukan melalui aplikasi berikut:

βœ… Smart Selangor Parking
βœ… Flexi Parking
βœ… Touch ’n Go eWallet (TNG)
βœ… Setel

MBPJ sedang berusaha memastikan proses pemulihan diselesaikan secepat mungkin. Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terima kasih atas kerjasama semua.

π‘ƒπ‘’π‘‘π‘Žπ‘™π‘–π‘›π‘” π½π‘Žπ‘¦π‘Ž π΅π‘Žπ‘›π‘‘π‘Žπ‘Ÿ π‘ƒπ‘Žπ‘™π‘–π‘›π‘” π΅π‘Žβ„Žπ‘Žπ‘”π‘–π‘Ž π‘‘π‘Žπ‘› π‘€π‘Žπ‘šπ‘π‘Žπ‘›



09/07/2026

CARA MELENGKAPKAN BORANG PENDAFTARAN SUKARELAWAN SUKMA XXII & PARA SUKMA 2026

1. Salinan MyKad yang berpalang
2. Gambar berukuran pasport
3. Isi Borang 1GFMAS ( Bahagian A sahaja- rujuk poster)
4. Penyata Bank yang lengkap dengan nama, alamat dan nombor akaun yang aktif
5. Salinan Surat Lantikan.

Calon yang berjaya diminta untuk melengkapkan semua dokumen selepas pengesahan menjadi sukarelawan.

Najwan Halimi
Media Selangor
SELANGORfm 100.9


Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H dari kami Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya.Semoga tahun baharu ...
16/06/2026

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H dari kami Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa fajar kedamaian, kemakmuran, dan keberkatan yang melimpah-ruah buat agama, bangsa, dan negara.

Oleh itu, Muzium Petaling Jaya akan ditutup bersempena cuti umum Maal Hijrah bermula Rabu 17 Jun 2026 dan akan dibuka semula pada Khamis 18 Jun 2026. Terima Kasih.






Address

Jalan 10/7, Seksyen 10, Taman Jaya
Petaling Jaya
46000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60379548122

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muzium Petaling Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Muzium Petaling Jaya:

Shortcuts

Share