PAS Kawasan Petaling Jaya

PAS Kawasan Petaling Jaya Menerajui kesejahteraan Selangor

21/08/2026

🀝 Care4HuluSelangor 🀝

-ADMIN-

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor (PKAPHS) dengan ini melancarkan Tabung Care4HuluSelangor, sebuah inisiatif kebajikan bagi membantu warga Hulu Selangor yang memerlukan.

Dana yang terkumpul akan dimanfaatkan mengikut kepada keperluan bagi penyediaan peralatan perubatan seperti kerusi roda, katil hospital, tongkat, bantuan bakul makanan, kecemasan, bencana serta program kebajikan yang lain.

Mungkin sedikit bagi kita, namun besar nilainya buat mereka yang memerlukan.

Kami dengan rendah hati memohon sumbangan tuan/puan bagi bersama membantu dan meringankan beban warga Hulu Selangor.

Sumbangan boleh disampaikan melalui:
Nama Akaun: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Hulu Selangor
Nama Bank: Public Islamic Bank Berhad
No. Akaun: 3821846612
Reference: CARE4HS

Untuk pertanyaan atau penyerahan bukti sumbangan:
πŸ“ž 010-8346359 (Whatsapp sahaja)

Sumbangan anda, amanah buat kami. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah dan asbab dipermudahkan segala urusan.

β€œMenghubung Kasih, Menyebar Prihatin”

Terima kasih semua atas sumbangan dan sokongan.



21/08/2026

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyifatkan keputusan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai terlalu awal untuk diputuskan.

Menurutnya, keputusan mengenai calon dan bentuk kerjasama bagi menghadapi PRN Melaka masih belum dibuat kerana BN sendiri masih dalam proses melihat pihak mana yang boleh bekerjasama dengannya.



Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com

21/08/2026
21/08/2026

π—£π—˜π—₯π—”π—‘π—šπ—œ π—₯𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 π—¦π—˜π—–π—”π—₯𝗔 π—”π——π—œπ—Ÿ

Perang terhadap rasuah hanya mempunyai makna apabila undang-undang berdiri di atas prinsip, bukan kepentingan politik.

Jika yang salah di pihak lawan diburu, tetapi yang salah di pihak sendiri dilindungi, itu menjadikan rasuah sebagai senjata politik.

Keadilan tidak memilih kawan atau lawan.

Yang memberi, yang menerima dan yang menjadi perantara, semuanya mesti dipertanggungjawabkan.

Kerana negara tidak akan bersih dengan pendakwaan terpilih.

Negara hanya akan bersih apabila tiada siapa terlalu berkuasa untuk diperiksa dan tiada siapa terlalu kecil untuk mendapat keadilan.



21/08/2026

Address

Petaling Jaya

Telephone

0377857279

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Petaling Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share