Koperasi Kastam

Koperasi Kastam Koperasi Kastam menaikkan taraf sosio-ekonomi anggota- anggotanya.

πŸŒ™βœ¨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026 βœ¨πŸŒ™Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨΉΩ„Ω‰ Ψ’Ω„ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ―Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H, ...
24/08/2026

πŸŒ™βœ¨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026 βœ¨πŸŒ™

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨΉΩ„Ω‰ Ψ’Ω„ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ―

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta menghayati sirah dan akhlak mulia Baginda.

Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dalam soal amanah, integriti, kasih sayang, kesabaran dan persaudaraan. Semoga segala nilai murni yang ditunjukkan Baginda terus menjadi pedoman dalam kehidupan, pekerjaan serta dalam membina masyarakat yang harmoni dan saling membantu.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW semakin bertambah dan kita semua dikurniakan keberkatan serta memperoleh syafaat Baginda di akhirat kelak.

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026

Ikhlas daripada
Koperasi Kastam Malaysia Berhad






πŸ“’ HRD CORP CLAIMABLE – SEMINAR SST 2026Adakah pasukan Finance, Tax atau Compliance syarikat anda telah memahami perkemba...
20/08/2026

πŸ“’ HRD CORP CLAIMABLE – SEMINAR SST 2026

Adakah pasukan Finance, Tax atau Compliance syarikat anda telah memahami perkembangan terkini Cukai Perkhidmatan bagi Group G, J, K & L?

Sertai Seminar The Latest Update 2026 on Group G, J, K & L, anjuran Koperasi Kastam Malaysia Berhad.

Antara topik yang dibincangkan:

βœ… Pendaftaran Cukai Perkhidmatan
βœ… Taxable Person & Taxable Services
βœ… Group Relief dan B2B Exemptions
βœ… Return & Payment
βœ… Penalti dan Remisi
βœ… Voluntary Disclosure
βœ… Enforcement
βœ… Sesi soal jawab bersama penceramah

Disampaikan oleh:

πŸ‘€ Puan Elliza
Penolong Pengarah Kastam, Ibu Pejabat JKDM Putrajaya

πŸ‘€ Tuan Firdaus
Penolong Pengarah Kastam, Ibu Pejabat JKDM Putrajaya

πŸ“… 24 September 2026, Khamis
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Espira Kinrara, Puchong, Selangor

πŸ’° Yuran biasa: RM850 seorang
πŸ”₯ Early Bird: RM800 seorang sebelum 11 September 2026
πŸ‘₯ Kump**an melebihi 5 peserta: RM750 seorang

Yuran latihan boleh dituntut melalui Skim Bantuan Latihan (SBL) HRD Corp, tertakluk kepada kelayakan majikan dan kelulusan HRD Corp.

Pihak KOPKASTAM akan menyediakan pengesahan tempat, invois, panduan permohonan serta dokumen sokongan HRD Corp selepas pendaftaran.

πŸ‘‡ Isi borang untuk mendapatkan brosur, invois dan dokumen HRD Corp.

DAFTAR SEKARANG:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeU6vXtsEr-qTs2oP5Dt5tvf_KfRoWWvRxUnH-PPQ7fCk87mg/viewform

Nama Rujukan Customs Officer : 𝐅𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍

πŸ“§ [email protected]
πŸ“± 012-3843445

Pendaftaran ditutup pada 21 September 2026. Tempat adalah terhad.

JEMPUTAN SEMINAR THE LATEST UPDATE 2026 ON GROUP G, J, K & LπŸ“… 24 September 2026, Khamis⏰ 8.00 pagi – 5.00 petangπŸ“ Espira...
06/08/2026

JEMPUTAN SEMINAR THE LATEST UPDATE 2026 ON GROUP G, J, K & L

πŸ“… 24 September 2026, Khamis
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Espira Kinrara, Puchong, Selangor

Dapatkan maklumat lengkap, kadar yuran dan pendaftaran melalui pautan berikut:

https://seminarkoperasikastam.netlify.app

04/08/2026

Lawatan Kerjasama Perniagaan Koperasi Kastam Malaysia Berhad ke Lagenda Properties, Teluk Intan, Perak dan Koperasi Perbadanan Perak Berhad, Ipoh Perak

4 Ogos 2026

Carta OrganisasiAnggota Lembaga Koperasi Kastam Malaysia BerhadSesi 2026-2027
01/07/2026

Carta Organisasi
Anggota Lembaga Koperasi Kastam Malaysia Berhad
Sesi 2026-2027

PERTANDINGAN BOWLING SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN (MAPT) KALI KE-30 TAHUN 2026KOPERASI KASTAM MALAYSIA BER...
30/06/2026

PERTANDINGAN BOWLING SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN (MAPT) KALI KE-30 TAHUN 2026
KOPERASI KASTAM MALAYSIA BERHAD

Alhamdulillah, bersempena penganjuran Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-30 Tahun 2026 Koperasi Kastam Malaysia Berhad yang telah diadakan di UTM Hotel & Residence, Jalan Gurney, Kuala Lumpur, satu Pertandingan Bowling turut dianjurkan sebagai aktiviti sampingan bagi memeriahkan lagi program tahunan koperasi.

Pertandingan Bowling ini telah berlangsung di Gurney Bowl, Jalan Gurney, Kuala Lumpur dengan penyertaan seramai 48 orang peserta yang mewakili 12 pasukan. Program ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada para peserta dan berlangsung dalam suasana penuh meriah, harmoni serta semangat kesukanan yang tinggi.

Penganjuran aktiviti seperti ini bukan sahaja bertujuan untuk mengisi slot santai sempena MAPT, malah menjadi platform penting untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuhkan semangat berpasukan dan membina hubungan kekeluargaan dalam kalangan anggota koperasi dari pelbagai negeri dan stesen.

MAPT bukan sahaja menjadi medan utama kepada anggota perwakilan untuk membincangkan hala tuju, prestasi kewangan, tadbir urus dan pembangunan Koperasi Kastam Malaysia Berhad, malah turut menjadi ruang untuk memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan anggota. Aktiviti bowling ini membuktikan bahawa gerakan koperasi bukan hanya tertumpu kepada aspek ekonomi semata-mata, tetapi turut menitikberatkan hubungan sosial, ukhwah dan kesejahteraan anggota.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pengerusi Koperasi Kastam Malaysia Berhad, Tuan Mohamad Zin bin Ya'acob. Kehadiran beliau turut memberikan suntikan semangat kepada semua peserta untuk terus aktif menyokong program-program koperasi pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian. Kalah atau menang bukanlah ukuran utama, sebaliknya semangat penyertaan, kerjasama dan hubungan erat sesama anggota adalah kejayaan sebenar dalam penganjuran program ini.

Semoga aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai salah satu usaha Koperasi Kastam Malaysia Berhad dalam memperkukuhkan hubungan kekeluargaan, menyemarakkan semangat koperasi serta menggalakkan penyertaan aktif anggota dalam setiap program yang dianjurkan.





MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN (MAPT) KALI KE-30 TAHUN 2026KOPERASI KASTAM MALAYSIA BERHADAlhamdulillah, Mesyuarat A...
30/06/2026

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN (MAPT) KALI KE-30 TAHUN 2026
KOPERASI KASTAM MALAYSIA BERHAD

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-30 Tahun 2026 Koperasi Kastam Malaysia Berhad telah berjaya diadakan pada 28 hingga 29 Jun 2026 bertempat di UTM Hotel & Residence, Jalan Gurney, Kuala Lumpur.

Majlis MAPT kali ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohammad Farhan bin Mohammad Sabri, Ketua Penolong Pengarah Kawal Selia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Persekutuan.

Seramai 106 anggota koperasi telah hadir bagi bersama-sama menjayakan mesyuarat ini, yang menjadi platform penting kepada anggota untuk meneliti laporan koperasi, membincangkan hala tuju, serta memperkukuhkan peranan koperasi dalam menjaga kepentingan ekonomi dan kebajikan warga kastam.

Berdasarkan laporan kewangan yang dibentangkan, Koperasi Kastam Malaysia Berhad telah mencatat pendapatan sebanyak RM1,220,238.37 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, iaitu peningkatan sebanyak 10.83% berbanding tahun sebelumnya. Bagi tahun 2026 p**a, anggaran pendapatan koperasi adalah sebanyak RM1,185,000.00, merangkumi hasil daripada aktiviti kredit, perkhidmatan, pelaburan dan pelbagai pendapatan lain.

Selain itu, sektor pembiayaan anggota terus menjadi antara penyumbang utama kepada aktiviti koperasi. Bagi tahun 2025, jumlah pembiayaan yang telah dikeluarkan adalah sebanyak RM3,314,000.00, merangkumi pembiayaan promosi dan pembiayaan biasa kepada anggota.

Dalam MAPT kali ini juga, seramai lima orang Anggota Lembaga Koperasi telah dilantik bagi tempoh tiga (3) tahun, iaitu:

1. YM Raja Azmi bin Raja Aziz
2. Nurul Azihana binti Tukiron
3. Muhammad Farhan bin Ilias @ Zahari
4. Azian bin Mamat
5. Noorbiha binti Abu

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Anggota Lembaga Koperasi yang telah dilantik. Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh anggota dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, integriti dan tanggungjawab demi kemajuan Koperasi Kastam Malaysia Berhad.

Koperasi Kastam Malaysia Berhad juga terus komited untuk mencari dan meneroka peluang perniagaan baharu bagi menambah sumber pendapatan koperasi, memperkukuhkan kedudukan kewangan serta memberikan manfaat yang lebih menyeluruh kepada anggota pada masa hadapan.

Sehubungan itu, semua warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah digalakkan untuk turut serta menjadi sebahagian daripada Koperasi Kastam Malaysia Berhad. Penyertaan warga kastam amat penting bagi memperkukuhkan gerakan koperasi, meningkatkan keupayaan ekonomi bersama dan memastikan manfaat koperasi dapat terus dinikmati oleh seluruh anggotanya.




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Sempena kedatangan Awal Muharram 1448H, marilah kita sama...
16/06/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Sempena kedatangan Awal Muharram 1448H, marilah kita sama-sama menjadikan tahun baharu Islam ini sebagai titik permulaan untuk memperkukuhkan semangat hijrah, ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan warga Kastam.

Sebagai anggota Koperasi Kastam Malaysia Berhad, kita bukan sahaja menjadi ahli, tetapi turut berperanan sebagai duta kecil koperasi dalam membantu memperkenalkan manfaat dan kelebihan koperasi kepada rakan-rakan yang masih belum menyertai.

Koperasi ini dibina atas semangat berkat, amanah, sejahtera dan bersama, demi membantu anggota melalui simpanan, kemudahan pembiayaan, kebajikan serta pelbagai manfaat lain yang disediakan dari semasa ke semasa.

Marilah kita sama-sama mengajak rakan sekerja, khususnya anggota baharu Jabatan Kastam Diraja Malaysia, untuk mengenali dan menyertai Koperasi Kastam. Semoga usaha kecil kita dalam mempromosikan koperasi menjadi satu sumbangan bermakna ke arah memperkukuhkan ekonomi anggota serta memacu kecemerlangan koperasi.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.
Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan dunia serta akhirat buat kita semua.

Bersama Anggota, Membangun Koperasi
Koperasi Kastam Malaysia Berhad

πŸ“’ IKLAN JAWATAN KOSONG πŸ“’Pegawai Keanggotaan dan Pentadbiran (PKP)Koperasi Kastam Malaysia BerhadKoperasi Kastam Malaysia...
07/06/2026

πŸ“’ IKLAN JAWATAN KOSONG πŸ“’
Pegawai Keanggotaan dan Pentadbiran (PKP)
Koperasi Kastam Malaysia Berhad

Koperasi Kastam Malaysia Berhad membuka peluang kepada calon yang berkelayakan dan bersemangat untuk menyertai kami sebagai Pegawai Keanggotaan dan Pentadbiran (PKP).

πŸ“Œ Maklumat Jawatan:
βœ”οΈ Taraf Jawatan: Tetap
πŸ“ Lokasi: Dataran Glomac, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor
πŸ’° Gaji: RM1,700 (tidak termasuk elaun)

πŸ“‹ Skop Tugas Utama:
πŸ”Ή Pengurusan pentadbiran dan rekod surat-menyurat
πŸ”Ή Pengurusan pendaftaran anggota baharu dan kemas kini fail
πŸ”Ή Pemprosesan tuntutan di bawah Skim Kebajikan Am
πŸ”Ή Pengemaskinian Undang-Undang Kecil dan aturan koperasi
πŸ”Ή Melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh Lembaga

βœ… Syarat Kelayakan:
πŸ‘€ Warganegara Malaysia, umur 18 – 35 tahun
πŸŽ“ Minimum SPM (Diploma satu kelebihan)
πŸ’» Mahir Microsoft Office (Excel, Word, PowerPoint)
πŸš— Lesen memandu B2 & D adalah kelebihan

πŸ“© Cara Memohon:
Calon berminat boleh menghantar:
πŸ“„ Resume lengkap (CV)
πŸ“„ Salinan sijil akademik terkini
πŸ“Έ Gambar terbaru
Ke email: [email protected]
atau hantar ke alamat rasmi koperasi seperti dalam poster.

⏳ Tarikh Tutup Permohonan:
πŸ“… 21 Jun 2026

✨ Jangan lepaskan peluang untuk membina kerjaya bersama kami!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Dengan penuh rasa kesyukuran dan hormat, Koperasi Kastam ...
26/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dengan penuh rasa kesyukuran dan hormat, Koperasi Kastam Malaysia Berhad ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M kepada seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan, kesabaran dan keteguhan dalam melaksanakan amanah. Semangat inilah yang menjadi tunjang kepada kecemerlangan warga JKDM dalam terus memberikan perkhidmatan terbaik demi agama, bangsa dan negara.

Semoga sambutan Aidiladha kali ini memperkukuh ukhuwah, menyemarakkan semangat kebersamaan serta meningkatkan iltizam kita untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi.

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Maaf zahir dan batin.

Ikhlas daripada,
Koperasi Kastam Malaysia Berhad

Address

Petaling Jaya

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60378802057

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Kastam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Koperasi Kastam:

Shortcuts

Share