17/07/2026
TAKLIMAT PERANAN MCORE DAN SCORE DALAM PENILAIAN TENDER
KUCHING, 16 Julai 2026 β Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Negeri Sarawak telah menganjurkan Taklimat Peranan MCORE dan SCORE dalam Penilaian Tender yang melibatkan penyertaan seramai 20 peserta daripada 12 agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang terlibat secara langsung dalam proses perolehan dan penilaian tender projek pembinaan di Negeri Sarawak.
Taklimat ini dianjurkan bagi meningkatkan pemahaman pihak berkepentingan mengenai peranan Micro Competitiveness Rating For Enhancement (MCORE) dan Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) sebagai instrumen penilaian yang menyokong proses pemilihan kontraktor secara lebih objektif, telus dan berasaskan prestasi.
Melalui sesi perkongsian tersebut, para peserta diberi pendedahan mengenai kepentingan penggunaan penilaian MCORE dan SCORE dalam menilai keupayaan kontraktor dari aspek pengurusan, prestasi syarikat, keupayaan organisasi serta kompetensi teknikal. Pendekatan ini diyakini dapat membantu agensi memperoleh kontraktor yang lebih berwibawa, sekali gus meningkatkan kualiti pelaksanaan projek pembinaan, mengurangkan risiko kelewatan dan memperkukuh imej agensi sebagai klien, pemaju atau pemilik projek.
Antara agensi yang menyertai program ini ialah:
β’ Jabatan Kerja Raya Sarawak, Cawangan Ukur Bahan
β’ Jabatan Kerja Raya Sarawak, Bahagian Sarikei
β’ Jabatan Kerja Raya Sarawak, Bahagian Sibu
β’ Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)
β’ Jabatan Pengairan dan Saliran Bintulu
β’ Regional Corridor Development Authority (RECODA)
β’ Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (Sri Aman)
β’ Pejabat Daerah Lundu
β’ Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
β’ Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Negeri Sarawak
β’ Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sarawak
β’ Sarawak Energy Berhad
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan CIDB Malaysia dalam memperkukuh amalan perolehan yang lebih berkualiti melalui penggunaan mekanisme penilaian kontraktor yang sistematik dan berasaskan prestasi. Inisiatif ini juga diharap dapat memperkukuh kerjasama strategik antara CIDB dan agensi pelaksana ke arah melahirkan industri pembinaan yang lebih kompetitif, berkualiti dan mampan.