30/04/2025
30 APRIL 2025 (1 ZULKAEDAH 1446H) – Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak secara rasmi menamatkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8, dengan penuh wibawa dan meninggalkan legasi kepimpinan yang dihormati.
TYT Tun Ahmad Fuzi dan YABhg. Toh Puan Khadijah merafak setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, khususnya YAB Ketua Menteri, barisan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, seluruh jentera pentadbiran negeri, pihak swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas segala sokongan, kerjasama dan penghormatan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
TYT Tun dan YABhg. Toh Puan turut menzahirkan penghargaan atas kepercayaan, doa serta restu seluruh rakyat Pulau Pinang yang sentiasa mengiringi perjalanan mereka sepanjang tempoh amanah ini dilaksanakan.