27/04/2026
LAPORAN KEMAJUAN DAN PERANCANGAN MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU BIL 1/2026 - PROGRAM SEKOLAH TUNAS HIJAU FASA III – PERAK (SIRI 2)
Perbincangan dan pembentangan laporan kemajuan Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III – Perak (Siri 2) telah berlangsung melibatkan kerjasama antara Yayasan Hijau Malaysia, CETREE, Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta pihak penaja Yayasan Hasanah. Sesi ini memberi tumpuan kepada pelbagai perkara berbangkit yang telah diperhalusi secara menyeluruh bagi memastikan hasrat dan matlamat pihak penaja dapat dicapai, khususnya dalam usaha mengurangkan penggunaan plastik sekali guna di 103 buah sekolah di negeri Perak. Pelaksanaan siri kedua ini dijangka memperkukuh lagi impak program, sekali gus memastikan hampir keseluruhan sekolah terlibat menerima perkongsian ilmu serta meningkatkan tahap kesedaran alam sekitar melalui Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III – Perak.
Mesyuarat ini telah berlangsung pada 21 April 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Putrajaya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Azlan Jamil, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia.
Turut hadir sama ialah Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mohd Wira Mohd Shafiei, Penyelaras CETREE, CGSS; Yang Berusaha Puan Aaina Karina Mohamed Senawi, Pengurus Kanan (Alam Sekitar) Yayasan Hasanah; serta Yang Berusaha Encik Mohd Mokhtar Shaari, Ketua Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, bersama pegawai-pegawai pengurusan tertinggi yang terlibat secara langsung dalam menjayakan Program Sekolah Tunas Hijau Fasa III – Perak (Siri 2).
Daripada:
Sekretariat Organisasi Tunas Hijau Fasa 3 - Perak (Siri 2) 2025/2027.
=
=
Kementerian Kewangan
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Yayasan Hasanah
Yayasan Hijau Malaysia
Universiti Sains Malaysia
Kokurikulum Perak
Sustainability USM