25/06/2023
Pada 23 Jun 2023, TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Yang, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadjiah binti Mohd Nor, telah hadir bagi menyempurnakan Perasmian Premis Pertubuhan Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal Negeri Pulau Pinang (Baru) di Pangsapuri Wakaf Siti & Hajjah Norijah.
Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd. Rahman, TKM 1, YB. Puan Chong Eng, EXCO Pembangunan Sosial & Hal Ehwal Bukan Islam, YB. Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Hussain, EXCO Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan dan isteri, YB. Dr. Hajah Norlela binti Ariffin, EXCO Agroteknologi & Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri, YB. Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru, YB. Kumaresan a/l Aramugam, ADUN Batu Uban, YB. Azrul Mahathir bin Aziz, ADUN Bayan Lepas dan YB. Haji Mohd Tuah bin Ismail, ADUN Pulau Betong, YBhg. Dato’ Ashok Rudy Ratnanesan, Ketua Pegawai Eksekutif, ACQUIRE Sdn. Bhd., Pn. Ong Bee Leng, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang.
TYT Tun menyempurnakan majlis dengan menandatangani plak perasmian sambil disaksikan olen YABhg. Toh Puan, Pn. Samira binti Osman, Presiden Pertubuhan dan dif-dif kehormat, sebelum melihat produk-produk makanan yang dihasilkan oleh para ibu tunggal dalam premis tersebut.
YABhg. Toh Puan turut menyampaikan sumbangan dari Yayasan Amal TYT kepada presiden pertubuhan bagi tujuan kegunaan pengoperasian pertubuhan. TYT Tun dan YABhg. Toh Puan juga menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada para penyumbang oleh presiden pertubuhan.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada TYT Tun dan YABhg. Toh Puan serta tetamu-tetamu kehormat bagi meluangkan masa menghadiri majlis ini, para penyumbang atas sumbangan yang telah disalurkan dan ahli-ahli jawatankuasa kerana telah turun padang bagi melakukan persediaan serta memastikan majlis berjalan dengan lancar.
Semoga majlis tersebut akan menjadi titik permulaan kepada kemajuan Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal Negeri Pulau Pinang (Baru) dalam merealisasikan impian untuk melihat kenaikan taraf ekonomi para ibu tunggal.