17/12/2022
Dalam satu buku yang ditulis oleh Dr Spencer Johnson, dia mengatakan bahawa salah satu mentaliti orang miskin ialah mereka sering cuba untuk jimat $1.
Mereka sanggup mengambil masa yang lebih panjang hanya semata-mata untuk berjimat.
Dalam bisnes, ideologinya juga sama.
Kita hendak buat untung bukan hendak berjimat. Kita bayar orang yang pandai untuk menjalankan kerja supaya kita boleh untung.
Kerja yang dibuat oleh orang pandai cekap dan kurang kesilapan.
Masa yang diambil oleh orang pandai lebih singkat kerana mereka sudah pakar.
Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina, begitulah perumpamaan orang pandai.
Kita orang bisnes, bukan hendak berjimat dengan cara ambil orang yang tidak pakar dan tidak pandai.
Walaupun upah atau gajinya murah, tetapi kerjanya tidak cekap dan mengambil masa yang lebih lama.
Pekerja yang cekap, pandai dan pakar ini dibayar kerana masa mereka menyelesaikan kerja yang diberikan.
Contohnya, mekanik kereta.
Pada zaman sebelum sistem komputer dalam kereta mekanik perlu melihat, mendengar dan menguji kereta itu untuk melihat masalah dan cara untuk selesaikan.
Mekanik kereta yang punya pengalaman dan kepakaran mereka cepat tangkap apa masalah kereta tersebut berbanding mereka yang tidak ada pengalaman.
Sebab itu ada mekanik dibayar mahal dan ada mekanik yang dibayar murah.
Sama juga dengan belanja pemasaran.
Ramai orang nak jimat bila soal belanja pemasaran.
Nak cari penyedia servis yang murah, nak cari platform yang lebih murah, nak cari cara bagaimana kos pemasaran ini kalau boleh hampir sifar.
Jadi, tuan puan mesti faham apabila kita buat bisnes, kita hendak buat untung bukan hendak berjimat.
Keuntungan juga diperolehi hasil pengurusan kewangan yang betul.
Untuk belajar mengurus kewangan bisnes dengan lebih cekap & teratur, tuan puan boleh klik pada link di bawah :
https://sekolahbisnes.com/sp/panduan-kewangan-bisnes/ref/24/