Penjara Pokok Sena

Penjara Pokok Sena Page Penjara Pokok Sena dicipta bagi memudahkan penyiaran dan pemberitahuan berita, informasi, majlis, dan akitiviti yang dilakukan oleh Penjara Pokok Sena.

12/08/2026
πŸ‡²πŸ‡Ύ KEMBARA KIBARKAN JALUR GEMILANG 2026 PENJARA POKOK SENA, KEDAH10 Ogos 2026 – Kelab Kembara Penjara Pokok Sena telah m...
11/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ KEMBARA KIBARKAN JALUR GEMILANG 2026
PENJARA POKOK SENA, KEDAH

10 Ogos 2026 – Kelab Kembara Penjara Pokok Sena telah menganjurkan Kembara Kibarkan Jalur Gemilang 2026 ke Pusat Reintegrasi Penghuni, Kuala Muda, Sungai Petani.

Kembara bermotosikal ini disertai seramai 31 orang peserta, terdiri daripada 22 kakitangan lelaki dan 9 kakitangan wanita, serta diketuai oleh TPP Mohd Annas bin Othman.
Majlis pelepasan rombongan kembara telah disempurnakan oleh PKP Wan Hasnoul Zairie bin Wan Husin, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena.

Ketibaan Konvoi Kembara Merdeka di Pusat Reintegrasi Penghuni, Kuala Muda telah disambut oleh PP Abdul Ghani bin Md Isa, Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni, Kuala Muda. Dalam kunjungan tersebut, konvoi turut menyerahkan Jalur Gemilang sebagai simbol semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara.

Program ini merupakan salah satu inisiatif bagi menyemarakkan semangat patriotisme, kecintaan kepada negara serta penghayatan Bulan Kebangsaan melalui aktiviti kembara bermotosikal sambil mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang kembara tersebut yang melalui beberapa kawasan menarik di sekitar Negeri Kedah.

Penjara Pokok Sena Kedah
Penjara Pokok Sena

🌷 SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARU & SELAMAT MAJU JAYA 🌷SARJAN 19425 ABDUL HAQ BIN ABDUL RAZAKSekalung penghargaan dan ...
10/08/2026

🌷 SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARU & SELAMAT MAJU JAYA 🌷

SARJAN 19425 ABDUL HAQ BIN ABDUL RAZAK

Sekalung penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih daripada Pengarah dan seluruh warga kerja Penjara Pokok Sena atas segala sumbangan, komitmen dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang bertugas di institusi ini.

Segala jasa dan dedikasi yang diberikan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga kerja Penjara Pokok Sena.

Beliau akan bertukar ke Stesen Parol Daerah (SPD) Padang Terap, Pejabat Penjara Negeri Kedah pada 10 Ogos 2026.

Semoga dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakan amanah di tempat bertugas yang baharu.

Penjara Pokok Sena Kedah
Penjara Pokok Sena

πŸ‡²πŸ‡Ύ PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT – BRISKWALK SANTAI KEMERDEKAAN πŸ‡²πŸ‡Ύ9 Ogos 2026- Program Gaya Hidup Sihat – Briskwalk Santai Ke...
10/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT – BRISKWALK SANTAI KEMERDEKAAN πŸ‡²πŸ‡Ύ

9 Ogos 2026- Program Gaya Hidup Sihat – Briskwalk Santai Kemerdekaan anjuran Unit Latihan, Penjara Pokok Sena telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 130 orang kakitangan bersama ahli keluarga masing-masing.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta pada jam 5.00 petang. Setiap peserta turut dibekalkan dengan bendera kecil untuk dikibarkan bersama sepanjang aktiviti sebagai tanda semangat patriotisme dan menyemarakkan suasana sambutan Bulan Kebangsaan.

Atur cara diteruskan dengan senamrobik, diikuti aktiviti briskwalk santai sejauh hampir 3.5 kilometer di sekitar kawasan kampung di luar Penjara Pokok Sena. Laluan aktiviti merupakan pemandangan suasana kampung yang meliputi kawasan sawah padi, kebun getah dan perkampungan sekitar.

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran TPP Mohamad Hafizie bin Mat Nawi bersama ahli keluarga yang turut menyertai aktiviti tersebut.

Program ini bertujuan memupuk amalan gaya hidup sihat dan cergas, menyemarakkan semangat kemerdekaan dan patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan serta mengeratkan silaturrahim di kalangan warga kerja Penjara Pokok Sena dan ahli keluarga.

Penjara Pokok Sena Kedah
Penjara Pokok Sena

KEJOHANAN PETANQUE TERBUKA DOUBLE PENJARA POKOK SENA, KEDAH8 Ogos 2026 – Kelab Petanque Penjara Pokok Sena telah menganj...
09/08/2026

KEJOHANAN PETANQUE TERBUKA DOUBLE PENJARA POKOK SENA, KEDAH

8 Ogos 2026 – Kelab Petanque Penjara Pokok Sena telah menganjurkan Kejohanan Petanque Terbuka Double Penjara Pokok Sena bertempat di Lapwing Petanque, Penjara Pokok Sena, Kedah.

Kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan sebanyak 64 pasukan yang terdiri daripada peserta dari Perak Utara, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Thailand (Ban Prakob).

Turut diberikan Kategori Khas Peserta Paling Junior kepada pasukan MALAMI 9 iaitu peserta yang berumur 11 tahun. Hadiah bagi kategori khas tersebut telah disampaikan oleh KIP Sobrul Ikmal bin Ahmad Farid, Pengurus Petanque Penjara Pokok Sena.

Keputusan kejohanan adalah seperti berikut:

πŸ† Johan: PTT4
πŸ₯ˆ Naib Johan: Northern South Petanque Club (NSPC 1)
πŸ₯‰ Tempat Ketiga Bersama:
UNIMAP 4
πŸ₯‰ Tempat Ketiga Bersama: POKSEN 3

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh TPP Najah binti Mohd Noor mewakili Pengarah Penjara Pokok Sena.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan peserta atas semangat kesukanan, komitmen dan kerjasama yang telah ditunjukkan sepanjang kejohanan.

Penjara Pokok Sena Kedah
Penjara Pokok Sena

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SUKAN MADANI PERINGKAT PROSPEK PENJARA POKOK SENA TAHUN 2026Unit PPI telah menganjurkan Majlis ...
06/08/2026

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SUKAN MADANI PERINGKAT PROSPEK PENJARA POKOK SENA TAHUN 2026

Unit PPI telah menganjurkan Majlis Penutupan Program Sukan Madani peringkat Prospek di Penjara Pokok Sena, Kedah pada 5 Ogos 2026. Program ini telah dirasmikan oleh TKP Kalbin bin Haji Mohd Said, Pengarah Penjara Pokok Sena dan turut dihadiri oleh TPP Mohd Hanafiah bin Khairuddin, Ketua Seksyen Pemulihan, TPP Muhammad Anas bin Abu Yaziz, Ketua Seksyen Layanan dan Rawatan, dan TPP Najah binti Mohd Noor, Ketua Seksyen Pejabat Pendaftar.

Seramai 100 orang prospek lelaki dan 100 orang prospek wanita, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 200 orang prospek yang terlibat di dalam program ini.

Penganjuran program ini adalah untuk memberi penghargaan kepada para prospek yang telah berjaya menempa nama sebagai pemenang dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. Antara acara yang telah dipertandingkan ialah congkak, batu seremban, sepak takraw, acara lari dalam guni, acara tuju kasut dan acara tarik tali.

Program dimulakan dengan acara tarik tali peringkat akhir prospek lelaki di mana acara dimenangi oleh prospek Blok B3. Disusuli dengan acara penyampaian hadiah bagi peserta yang berjaya memenangi pingat dalam acara yang dipertandingkan. Seterusnya, majlis diakhiri dengan ucapan perasmian penutupan program oleh TKP Kalbin bin Haji Mohd Said, Pengarah Penjara Pokok Sena.

Diharapkan Program Sukan Madani ini dapat memberi manfaat kepada para prospek dalam usaha pemulihan dan kesejahteraan prospek.

Penjara Pokok Sena Kedah
Penjara Pokok Sena

LAWATAN KONSULAT JENERAL REPUBLIK INDONESIA, PULAU PINANG KE PENJARA POKOK SENA, KEDAH4 Ogos 2026 – Pengurusan Penjara P...
05/08/2026

LAWATAN KONSULAT JENERAL REPUBLIK INDONESIA, PULAU PINANG KE PENJARA POKOK SENA, KEDAH

4 Ogos 2026 – Pengurusan Penjara Pokok Sena telah menerima kunjungan daripada delegasi Konsulat Jeneral Republik Indonesia, Pulau Pinang bagi mengadakan sesi perjumpaan bersama prospek warganegara Indonesia yang ditempatkan di institusi ini.

Delegasi tersebut diketuai oleh Bapak Safaat Ghofur, Kepala Kanselerai Konsulat Jeneral Republik Indonesia, Pulau Pinang, bersama sembilan (9) orang kakitangan. Ketibaan delegasi telah disambut oleh TKP Kalbin bin Haji Mohd Said, Pengarah Penjara Pokok Sena, bersama PKP Wan Hasnoul Zairie bin Wan Husin, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena, TPP Najah binti Mohd Noor dan KIP Sobrul Ikmal bin Ahmad Farid.

Delegasi kemudiannya dibawa ke Dewan PPI bagi mengadakan sesi perjumpaan bersama 89 orang prospek yang terdiri 67 orang prospek lelaki dan 22 orang prospek wanita warganegara Indonesia. Dalam sesi tersebut, turut diadakan penyampaian bantuan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada prospek yang terlibat.

Penjara Pokok Sena Kedah
Penjara Pokok Sena

PROGRAM PEMINDAHAN ILMU KEUSAHAWANAN KEPADA PROSPEK PENJARA POKOK SENA, KEDAH4 OGOS 2026 – Unit PPI dengan kerjasama Sek...
05/08/2026

PROGRAM PEMINDAHAN ILMU KEUSAHAWANAN KEPADA PROSPEK PENJARA POKOK SENA, KEDAH

4 OGOS 2026 – Unit PPI dengan kerjasama Sektor Keusahawanan dan Inovasi(SKI), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Program Pemindahan Ilmu Keusahawanan Kepada Komuniti Prospek di Penjara Pokok Sena, Kedah. Program ini turut dihadiri oleh 8 orang pensyarah dan pelajar-pelajar USM yang diketuai oleh YBrs. Dr Malik Yatam, bekas prospek penjara pertama di Malaysia yang berjaya meraih Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan semasa menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Ketibaan pensyarah dan pelajar USM telah disambut oleh TKP Kalbin bin Haji Mohd Said, Pengarah Penjara Pokok Sena bersama TPP Muhammad Anas bin Abu Yaziz, TPP Mohd Rafiee bin Abdullah dan TPP Mohamad Hafizie bin Mat Nawi.

Program ini telah diadakan di Dewan Al- Farabi, Penjara Pokok Sena dengan penyertaan seramai 30 orang prospek lelaki dan 30 orang prospek wanita, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 60 orang prospek yang terlibat di dalam program ini.

Penganjuran program ini bertujuan sebagai satu medium perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan keusahawanan dan inisiatif kepada prospek agar menjadi panduan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan apabila bebas kelak.

Program ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh TKP Kalbin bin Haji Mohd Said, Pengarah Penjara Pokok Sena. Diikuti dengan sesi perkongsian ilmu bersama YBrs. Dr. Malik Yatam dengan menceritakan pengalamannya melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat PhD semasa menjalani hukuman penjara dan bagaimana beliau meneruskan kehidupan selepas tamat hukuman. Pendekatan ini memberi peluang kepada setiap peserta untuk berkongsi pandangan, mendengar dengan empati, memberikan maklum balas yang membina dan berinteraksi secara lebih berkesan.

Semoga jalinan kerjasama strategik antara Penjara Pokok Sena dan USM akan terus terjalin demi menyokong usaha pemulihan dan kesejahteraan prospek.

Penjara Pokok Sena Kedah
Penjara Pokok Sena

PROGRAM CSR AKRAB JABATAN KESIHATAN NEGERI (JKN) KEDAH BERSAMA PROSPEK PENJARA POKOK SENA, KEDAH30 Julai 2026 – Unit Psi...
30/07/2026

PROGRAM CSR AKRAB JABATAN KESIHATAN NEGERI (JKN) KEDAH BERSAMA PROSPEK PENJARA POKOK SENA, KEDAH

30 Julai 2026 – Unit Psikologi dan Kaunseling dengan kerjasama Kelab Kebajikan AKRAB Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (JKN Kedah) telah menganjurkan Program CSR AKRAB bersama prospek di Penjara Pokok Sena, Kedah. Program ini turut mendapat sokongan daripada 10 orang fasilitator AKRAB Penjara Pokok Sena.

Ketibaan delegasi Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah disambut oleh TKP Kalbin bin Haji Mohd Said, Pengarah Penjara Pokok Sena bersama PKP Wan Hasnoul Zairie bin Wan Husin, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena.

Program ini telah disertai oleh 31 orang kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang diketuai oleh YBrs. Dr. Nor'Aishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dengan penyertaan seramai 15 orang prospek wanita.

Penganjuran program ini bertujuan memberikan khidmat intervensi yang bermanfaat kepada para prospek dalam mendepani kehidupan di dalam institusi di samping memperkukuhkan pengetahuan ahli AKRAB terhadap pelbagai isu semasa yang dihadapi oleh prospek.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah dibahagikan kepada lima kumpulan bagi menjalankan sesi secara berkelompok. Pendekatan ini memberi peluang kepada setiap peserta untuk berkongsi pandangan, mendengar dengan empati, memberikan maklum balas yang membina serta berinteraksi secara lebih berkesan dalam suasana yang kondusif.

Majlis penutupan program dan penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh TKP Kalbin bin Haji Mohd Said, Pengarah Penjara Pokok Sena.

Semoga jalinan kerjasama strategik antara Penjara Pokok Sena dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ini terus diperkukuhkan demi menyokong usaha pemulihan dan kesejahteraan prospek.

Penjara Pokok Sena Kedah
Penjara Pokok Sena

MAJLIS DIALOG BULANAN JULAI 2026 PENJARA POKOK SENA, KEDAH29 Julai 2026- Majlis Dialog Bulanan Kakitangan telah berlangs...
29/07/2026

MAJLIS DIALOG BULANAN JULAI 2026 PENJARA POKOK SENA, KEDAH

29 Julai 2026- Majlis Dialog Bulanan Kakitangan telah berlangsung di Rumah Kelab, Penjara Pokok Sena dan dipengerusikan oleh TKP Kalbin bin Haji Mohd Said, Pengarah Penjara Pokok Sena.

Majlis dimulakan dengan sesi taklimat oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) yang disampaikan oleh Puan Nor Syarfirah binti Samsuri, Pengurus YAPEIM Negeri Kedah dan Perlis.

Antara pengisian selepas sesi Dialog ialah penyampaian sijil penghargaan kepada Pengurus Pasukan dan para pemain yang telah mengharumkan nama Penjara Negeri Kedah dalam Kejohanan Sukan Antara Negeri – Permainan Tradisional dengan kejayaan muncul sebagai Johan dan Tempat Ketiga bagi sukan Futsal (Lelaki).

Turut disampaikan saguhati kepada anak kakitangan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM di bawah PERSIAP Cawangan Penjara Pokok Sena. Selain itu, wakil KOPEN, wakil MBJ dan Setiausaha PERSIAP turut menyampaikan maklumat berkaitan kepada warga institusi.

Majlis diakhiri dengan acara cabutan bertuah dan sambutan hari lahir kakitangan yang lahir pada bulan Julai sekali gus sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja Penjara Pokok Sena.

Penjara Pokok Sena Kedah
Penjara Pokok Sena

Address

Penjara Pokok Sena, Km24 Jalan Naka
Pokok Sena

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjara Pokok Sena posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share