Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena Membentuk Malaysia yang lebih sejahtera, makmur dan bersatu melalui pembangunan belia dan pembudayaan sukan.

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM BERSAMA KELUARGA DAN INTERVENSI SOSIAL DARI BELIA UNTUK BELIA DAERAH POKOK SENA POKOK SEN...
20/08/2026

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM BERSAMA KELUARGA DAN INTERVENSI SOSIAL DARI BELIA UNTUK BELIA DAERAH POKOK SENA

POKOK SENA, 18 Ogos 2026 – Telah berlangsung satu mesyuarat penyelarasan Program Bersama Keluarga dan Intervensi Sosial pada 17 Ogos 2026 bertempat di Desa KEDA Batu 13.

Mesyuarat diadakan bertujuan membincangkan dan menyelaras aktiviti-aktiviti serta pengisian yang akan dijalankan pada program tersebut yang akan berlangsung pada 21 Ogos 2026.

Hadir ke mesyuarat tersebut adalah En Mohamad Azhar bin Ismail, Pegawai Pembangunan Belia PBSD Pokok Sena.







PERJUMPAAN BERSAMA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH POKOK SENA POKOK SENA, 12 Ogos 2026 - Sesi perjumpaan dan perbincangan...
13/08/2026

PERJUMPAAN BERSAMA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH POKOK SENA

POKOK SENA, 12 Ogos 2026 - Sesi perjumpaan dan perbincangan bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena yang baru bertukar ke PBSD Pokok Sena telah diadakan pada 11 Ogos 2026.

Sesi perjumpaan tersebut diadakan bertujuan menyelaras dan menyusun pengurusan pejabat serta perbincangan program yang akan dilaksanakan pada tahun 2026.

PBSD Pokok Sena mengucapkan selamat datang kepada Pn Aziah binti Othman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena atas pertukaran ke PBSD Pokok Sena berkuat kuasa pada 1 Ogos 2026.







LAWATAN PEMANTAUAN DAN PERBINCANGAN PROGRAM BERSAMA KELAB BELIA ISLAM BUKIT LAREK POKOK SENA, 12 Ogos 2026 – Sesi perbin...
13/08/2026

LAWATAN PEMANTAUAN DAN PERBINCANGAN PROGRAM BERSAMA KELAB BELIA ISLAM BUKIT LAREK

POKOK SENA, 12 Ogos 2026 – Sesi perbincangan antara Kelab Belia Islam Bukit Larek dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena telah diadakan pada 11 Ogos 2026 bertempat di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena bagi membincangkan berkenaan pelaksanaan program pembangunan belia bagi tahun 2026 serta pemantauan pengurusan organisasi kelab.

Hadir ke sesi perbincangan tersebut adalah En Mohamad Azhar bin Ismail, Pegawai Pembangunan Belia PBSD Pokok Sena.







PROGRAM GAYA HIDUP KELAB RAKAN MUDA POKOK SENA 2026KUBANG PASU, 1 Ogos 2026 - Kelab Rakan Muda Pokok Sena telah mengadak...
13/08/2026

PROGRAM GAYA HIDUP KELAB RAKAN MUDA POKOK SENA 2026

KUBANG PASU, 1 Ogos 2026 - Kelab Rakan Muda Pokok Sena telah mengadakan Program Gaya Hidup Kelab Rakan Muda 2026 pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2026 bertempat di Teratak Al-Qarni, Jitra, Kedah.

Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada ahli Kelab Rakan Muda Pokok Sena telah menyertai program yang bertujuan memperkasa organisasi kelab serta meningkatkan penglibatan, kepimpinan, kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan ahli.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya sesi pengenalan sesama ahli dan jawatankuasa kelab, permainan berkumpulan, aktiviti kreatif, perbincangan, tugasan serta permainan berkumpulan yang dirangka bagi mengeratkan hubungan antara ahli, pengukuhan organisasi, kepimpinan dan pengurusan kelab.
Selain itu, aktiviti hiking juga memberi pengalaman yang menyeronokkan serta mengukuhkan hubungan antara ahli dalam membangunkan sebuah kelab yang lebih dinamik dan berdaya saing sambil menikmati alam semula jadi serta memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar.

Turut serta ke program tersebut adalah Encik Muhammad bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena dan Pn Nurul Áin binti Mohd Zain, Pegawai Pembangunan Rakan Muda PBSD Pokok Sena.







PBSD POKOK HADIR KE MESYUARAT EXCO MBD POKOK SENA KALI PERTAMA 2026KUALA NERANG, 1 Ogos 2026 – Pejabat Belia dan Sukan D...
13/08/2026

PBSD POKOK HADIR KE MESYUARAT EXCO MBD POKOK SENA KALI PERTAMA 2026

KUALA NERANG, 1 Ogos 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok menghadiri Mesyuarat Exco majlis Belia Daerah Pokok Sena pada 31 Julai 2026 bertempat di AMD Resort & Camp Perik, Kuala Nerang.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh barisan exco MBD Pokok Sena bagi membincang dan menyelaras perjalanan program sepanjang tahun 2026.

Hadir ke mesyurat tersebut adalah Encik Muhammad bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena.







PBSD POKOK SENA HADIR KE MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH POKOK SENA BIL 7/2026POKOK SENA, 27 JULAI 20...
30/07/2026

PBSD POKOK SENA HADIR KE MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH POKOK SENA BIL 7/2026

POKOK SENA, 27 JULAI 2026 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Pokok Sena Bilangan 7/2026 pada 26 Julai 2026 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi, Pegawai Daerah Pokok Sena. Hadir ke mesyuarat tersebut adalah Encik Muhammad bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena.







PROGRAM PEMBANGUNAN KAPASITI KEPIMPINAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN BERSAMA ALL PARTY PARLIAMENTARY GROUP MALAYSIA ON SU...
30/07/2026

PROGRAM PEMBANGUNAN KAPASITI KEPIMPINAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN BERSAMA ALL PARTY PARLIAMENTARY GROUP MALAYSIA ON SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS (APPGM-SDG)

ALOR SETAR, 22 JULAI 2026 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena telah hadir ke Program Pembangunan Kapasiti Kepimpinan Matlamat Pembangunan Mampan Bersama All Party Parliamentary Group Malaysia On Sustainable Development Goals (APPGM-SDG) anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena pada 20 Julai 2026 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar.

Sesi perbincangan diketuai oleh Tuan Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi, Pegawai Daerah Pokok Sena. Hadir ke program tersebut adalah Encik Muhammad bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena.







MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WARGA EMAS PERINGKAT DAERAH POKOK SENA POKOK SENA, 21 JULAI 2026 – Pejabat Belia Dan ...
21/07/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WARGA EMAS PERINGKAT DAERAH POKOK SENA

POKOK SENA, 21 JULAI 2026 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Peringkat Daerah Pokok Sena pada 20 Julai 2026 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi, Pegawai Daerah Pokok Sena. Hadir ke mesyuarat tersebut adalah Encik Muhammad bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena.







BENGKEL PEMIMPIN BAHARU ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI KEDAH ALOR SETAR, 19 JULAI 2026 – Jabatan Be...
19/07/2026

BENGKEL PEMIMPIN BAHARU ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI KEDAH

ALOR SETAR, 19 JULAI 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah menganjurkan Bengkel Pemimpin Baharu Anugerah Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah pada 16 Julai 2026 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar.

Bengkel dijalankan selama 3 hari 2 malam ini telah disampaikan oleh Encik Armizam bin Abd Rahim yang merupakan Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal ARPRM. Bengkel ini diharapkan menjadi medan terbaik untuk mempersiapkan para mentor dan bakal pemimpin dengan ilmu, kemahiran dan strategi dalam membimbing remaja negeri Kedah mencapai potensi tertinggi melalui 4 komponen utama ARPRM iaitu:
Khidmat Masyarakat
Kemahiran
Rekreasi Fizikal
Penjelajahan Lasak

Majlis penutup dirasmikan oleh Puan Salwa binti Senawi, Penolong Pengarah Kanan Rakan Muda JBS Kedah. Hadir ke bengkel tersebut adalah Pn Nurul Áin binti Mohd Zain, Pegawai Pembangunan Rakan Muda PBSD Pokok Sena







MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) DAERAH POKOK SENA LAKAR HALA TUJU PEMBANGUNAN BELIA YANG LEBIH PROGRESIFPOKOK SEN...
19/07/2026

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) DAERAH POKOK SENA LAKAR HALA TUJU PEMBANGUNAN BELIA YANG LEBIH PROGRESIF

POKOK SENA, 19 JULAI 2026 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena dengan kerjasama Pejabat Daerah Pokok Sena dan Majlis Belia Daerah Pokok Sena berganding bahu menjayakan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Pokok Sena pada 15 Julai 2026 bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena.

Persidangan kali ini berjaya menghimpunkan seramai 32 ahli majlis yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di daerah Kota Setar dan Pokok Sena serta barisan Exco dan Badan Gabungan Majlis Belia Daerah Pokok Sena. Usul-usul yang dibentangkan oleh barisan Exco MBD Pokok Sena dibahaskan dengan penuh harmoni demi meningkatkan aktiviti pembangunan belia di Daerah Pokok Sena.

Persidangan MPBN Pokok Sena kali ini telah dipengerusikan oleh Tuan Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi, Pegawai Daerah Pokok Sena. Turut hadir ke persidangan ini adalah Encik Muhammad bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena dan Encik Zaim bin Abdullah, Pengerusi Majlis Belia Daerah Pokok Sena







Address

NO. 49, FASA 2, TAMAN JABI
Pokok Sena
06400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pokok Sena:

Shortcuts

Share