BN post

BN post UMNO/BN BERSEDIA BERKHIDMAT, SEJAHTERA RAKYAT.

Pokok Sena sana sini dinaiki air selepas hujan lebat hari ini..
30/10/2021

Pokok Sena sana sini dinaiki air selepas hujan lebat hari ini..

30/10/2021(SABTU)Majlis penyampaian sumbangan sempena sambutan Perayaan Deepavali bagi kaum India Pokok Sena ( Zon Bkt P...
30/10/2021

30/10/2021
(SABTU)

Majlis penyampaian sumbangan sempena sambutan Perayaan Deepavali bagi kaum India Pokok Sena ( Zon Bkt Pinang )di sempurnakan oleh YBhg Dato’ Ketua Bhg, Dato’ Timbalan Ketua Bhg dan pimpinan UMNO bhg..

*UMNO JANGAN HILANG FOKUS*Pengumuman Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali bertugas selaku Presiden UMNO setel...
01/07/2019

*UMNO JANGAN HILANG FOKUS*

Pengumuman Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali bertugas selaku Presiden UMNO setelah bercuti tidak harus mencetuskan polemik baru di kalangan ahli kerana ia selaras dengan Perlembagaan Parti dan hak mutlak beliau selaku Presiden Parti yang sah.

Di kala Regim Pakatan Harapan (PH) yang haru biru dan sedang mengalami pergolakan dalaman yang kronik, *UMNO harus menumpukan usaha untuk membela nasib rakyat yang kian sengsara dengan pelbagai dasar PH yang menyusahkan mereka.*

Keutamaan kini juga harus difokuskan kepada *usaha penyatuan ummah dan kerjasama UMNO-PAS yang amat didambakan rakyat, demi mempertahankan martabat Agama dan maruah Bangsa* yang semakin terobek di bawah Regim PH.

*Dengan kesatuan yang utuh, kesetiaan pada idealisme perjuangan dan meletakkan kepentingan parti melebihi peribadi,* insyaallah, UMNO mampu *bangkit kembali* demi rakyat dan negara tercinta!

*Dr. Asyraf Wajdi Dusuki*
_Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia_

1 Julai 2019




https://www.facebook.com/116331768396879/posts/2748510805178949?s=100024797046554&sfns=mo

UMNO JANGAN HILANG FOKUS

Pengumuman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali bertugas selaku Presiden UMNO setelah bercuti tidak harus mencetuskan polemik baru di kalangan ahli kerana ia selaras dengan Perlembagaan Parti dan hak mutlak beliau selaku Presiden Parti yang sah.

Di kala Regim Pakatan Harapan (PH) yang haru biru dan sedang mengalami pergolakan dalaman yang kronik, UMNO harus menumpukan usaha untuk membela nasib rakyat yang kian sengsara dengan pelbagai dasar PH yang menyusahkan mereka.

Keutamaan kini juga harus difokuskan kepada usaha penyatuan ummah dan kerjasama UMNO-PAS yang amat didambakan rakyat, demi mempertahankan martabat Agama dan maruah Bangsa yang semakin terobek di bawah Regim PH.

Dengan kesatuan yang utuh, kesetiaan pada idealisme perjuangan dan meletakkan kepentingan parti melebihi peribadi, insyaallah, UMNO mampu bangkit kembali demi rakyat dan negara tercinta!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

1 Julai 2019


Penyatuan UMNO-PAS Demi Kalimah ‘Lailahaillallah’29 June 2019  Berita Lain, Berita UtamaAzlina RosdyPOKOK SENA, 29 Jun –...
30/06/2019

Penyatuan UMNO-PAS Demi Kalimah ‘Lailahaillallah’

29 June 2019 Berita Lain, Berita Utama

Azlina Rosdy

POKOK SENA, 29 Jun – Ketua UMNO bahagian Pokok Sena Datuk Said Ali Syed Rastan berkata, kerjasama UMNO dan PAS bukan kerana ada kepentingan tertentu tetapi kerana kepentingan untuk mempertahankan kalimah ‘Lailahaillallah’.

Ujar beliau, sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pucuk pimpinan negara, agama Islam dilihat semakin dicabar walaupun ia merupakan agama rasmi negara ini.

“Kita berasa marah dan terancam bukan kerana kalah pada PRU-14 tetapi kerana agama Islam dicabar begitu teruk. Tidak pernah terbayang oleh kita bahawa agama Islam sebagai agama rasmi negara akan tercabar bila kita tidak lagi memerintah.

“Inilah hikmah kekalahan BN pada PRU lepas iaitu untuk kita melihat keadaan ini… walaupun majoriti kita adalah Melayu Islam tetapi kita seakan minoriti.

“Jadi, kerana itulah UMNO dan PAS bekerjasama, demi kalimah ‘Lailahaillallah’. Inilah semulia-mulia kerja yang kita lakukan bersama PAS,” ujar beliau ketika berucap di mesyuarat persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pokok Sena, semalam.

Tambah beliau, UMNO perlu menimba ilmu daripada PAS untuk belajar menjadi pembangkang yang berwibawa dan seterusnya merampas negeri Kedah dalam PRU-15 nanti.

“Justeru, saya berharap Wanita, Pemuda dan Puteri, letaklah semua masalah ke tepi. Kita tidak mampu jadi kuat kalau berasingan tetapi kita akan kuat kalau bergerak bersama.

“Ingatlah bahawa matlamat kita PRU-15,” tegas beliau lagi. – MediaUMNO

Address

Pokok Sena
UMNOBN

Opening Hours

09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BN post posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category