12/08/2026
Rakyat digesa menghayati kemerdekaan sebagai satu tanggungjawab bersama bagi memastikan keamanan, perpaduan dan keharmonian negara terus terpelihara, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata kemerdekaan bukan sekadar laungan “Merdeka” dan kibaran Jalur Gemilang, sebaliknya membawa makna lebih besar sebagai lambang kebebasan, pengorbanan serta perjuangan generasi terdahulu dalam membina sebuah negara berdaulat.
“Marilah kita bersama-sama menjadikan sambutan kemerdekaan bukan sekadar satu perayaan, tetapi wadah untuk menghayati erti kebebasan, menghargai jasa pejuang terdahulu dan terus membina sebuah komuniti Bandar Tun Razak yang bersatu, sejahtera dan progresif,” katanya.
Berita penuh: https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2593494