25/08/2025
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
25 Ogos 2025 | 1 Rabiulawal 1447H
ππππππππ πππ πππ πππ πππππππππ πππππππ ππππππππππ ππππππ ππππ
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) dengan penuh tanggungjawab menyuarakan bantahan tegas dan tidak berkompromi terhadap cadangan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang dicadangkan oleh YB Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 3 Disember 2022 .
2. Cadangan RUU ini tidak berasas, mengabaikan aspirasi rakyat, dan jelas memihak kepada kepentingan elit tertentu yang mendesak survival politik. Sekaligus menggugat prinsip demokrasi, keadilan sosial dan kestabilan negara.
3. Pada waktu rakyat sudah termakan inflasi, harga barang meningkat, pengangguran belia yang tinggi, dan ketidakadilan gaji, RUU URA bukan sahaja tidak membantu tetapi menambah tekanan terhadap kelompok berpendapatan rendah dan kelas pertengahan.
4. Sedang rakyat berdepan dengan realiti hidup yang getir, apakah RUU ini penyelesaian terbaik oleh Kerajaan? atau ia satu pengabaian keterlaluan terhadap beban rakyat yang saksama?
5. Oleh itu, DPPNJ menyokong penuh Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk menyatakan bantahan secara aman dan menyerahkan memorandum rasmi kepada KPKT di Parlimen pada 26 Ogos 2025.
6. Kami juga mendesak, YB Nga Kor Ming menarik balik cadangan RUU URA dengan serta-merta. Kami dan berdiri teguh menentang segala undang-undang zalim yang cuba menundukkan rakyat.
7. Kerajaan perlu diingatkan, semua undang-undang mestilah berpaksikan keadilan, maslahat rakyat, dan prinsip syariah, bukan agenda politik tak terarah.
Ridhwan Salamun
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
25 Ogos 2025 | 1 Rabiulawal 1447H
ππππππππ πππ πππ πππ πππππππππ πππππππ ππππππππππ ππππππ ππππ
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) dengan penuh tanggungjawab menyuarakan bantahan tegas dan tidak berkompromi terhadap cadangan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang dicadangkan oleh YB Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 3 Disember 2022 .
2. Cadangan RUU ini tidak berasas, mengabaikan aspirasi rakyat, dan jelas memihak kepada kepentingan elit tertentu yang mendesak survival politik. Sekaligus menggugat prinsip demokrasi, keadilan sosial dan kestabilan negara.
3. Pada waktu rakyat sudah termakan inflasi, harga barang meningkat, pengangguran belia yang tinggi, dan ketidakadilan gaji, RUU URA bukan sahaja tidak membantu tetapi menambah tekanan terhadap kelompok berpendapatan rendah dan kelas pertengahan.
4. Sedang rakyat berdepan dengan realiti hidup yang getir, apakah RUU ini penyelesaian terbaik oleh Kerajaan? atau ia satu pengabaian keterlaluan terhadap beban rakyat yang saksama?
5. Oleh itu, DPPNJ menyokong penuh Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk menyatakan bantahan secara aman dan menyerahkan memorandum rasmi kepada KPKT di Parlimen pada 26 Ogos 2025.
6. Kami juga mendesak, YB Nga Kor Ming menarik balik cadangan RUU URA dengan serta-merta. Kami berdiri teguh menentang segala undang-undang zalim yang cuba menundukkan rakyat.