28/04/2026
TAHNIAH buat anak Kampung Parit Hassan | JPKK Kawasan 4 Mukim Benut.
PROF. MADYA TS. DR. ALIAS BIN MASEK CIPTA IMPAK GLOBAL DI FILIPINA !
Onn Hafiz Ghazi
Hasni Mohammad
Pejabat Daerah Pontian_Official
PROF. MADYA TS. DR. ALIAS BIN MASEK CIPTA IMPAK GLOBAL DI FILIPINA!
| 20 April 2026
Daripada kejayaan geran, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyebaran ilmu, khidmat perundingan, khidmat komuniti hinggalah ke pentas persidangan antarabangsa, warga akademik FPTV UTHM terus melebarkan sayap bukan hanya di Malaysia, antarabangsa, rantau Asia Indonesia dan kini di Filipina.
Kepakaran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Prof. Madya Ts. Dr. Alias bin Masek dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional sekali lagi dijemput ke pentas global.
Selepas menyertai Program Top Visiting Professor anjuran Sekolah Pascasarjana, Universitas Negeri Surabaya (UNESA), Indonesia pada 2 hingga 6 Februari 2026, beliau kini meneruskan kecemerlangan sebagai Profesor Pelawat di College of Education, Mindanao State University – Iligan Institute of Technology (MSU-IIT), Filipina dari 6 hingga 30 April 2026.
Penglibatan beliau sepanjang program ini merangkumi syarahan, bengkel, forum penyelidikan, sesi mentoring serta panel luar penilai tesis pascasiswazah. Beliau turut berkongsi kepakaran dalam TVET, metodologi penyelidikan, penerbitan Scopus, inovasi pendidikan dan teknologi lestari.
Kehadiran beliau bukan sekadar mewakili UTHM, malah membawa aspirasi Malaysia dalam memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat serantau.
Dari Indonesia ke Filipina, ilmu UTHM terus memberi makna kepada dunia.
Tahniah, Prof. Madya Ts. Dr. Alias bin Masek!
Pautan berita Dari CED, MSUIIT:
https://www.msuiit.edu.ph/news/news-detail.php?id=2447