08/08/2026
MAJLIS PENYERAHAN AGIHAN WAKALAH ZAKAT LEMBAGA PELABUHAN JOHOR KEPADA ASNAF DI DAERAH PONTIAN TAHUN 2026
π
6 Ogos 2026 (Khamis)
π Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Pontian
Pejabat Daerah Pontian telah menjadi tuan rumah Majlis Penyerahan Agihan Wakalah Zakat Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) kepada Asnaf di Daerah Pontian Tahun 2026 yang bertujuan menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf di seluruh daerah Pontian.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Pegawai Daerah Pontian, bersama Yang Berbahagia Dato' Haji Azmi bin Haji Alias, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ), Puan Aisyah binti Abu Bakar, Amin Baitulmal Daerah Pontian selaku wakil rasmi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Encik Muhammad Asyraf bin Abd Aziz, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Encik Akmal Hamizi bin Manshor, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal), pegawai-pegawai Lembaga Pelabuhan Johor, Penghulu-Penghulu Kanan, Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Pontian serta para penerima sumbangan.
Pada tahun ini, seramai 250 orang penerima asnaf telah menerima manfaat daripada agihan Wakalah Zakat yang melibatkan semua mukim di Daerah Pontian seperti berikut:
β’ Mukim Benut β 39 penerima
β’ Mukim Sungai Pinggan β 20 penerima
β’ Mukim Ayer Baloi β 31 penerima
β’ Mukim Api-Api β 23 penerima
β’ Mukim Pontian β 42 penerima
β’ Mukim Jeram Batu dan Pulai Raja β 26 penerima
β’ Mukim Rimba Terjun β 26 penerima
β’ Mukim Sungai Karang β 11 penerima
β’ Mukim Ayer Masin β 9 penerima
β’ Mukim Serkat β 23 penerima
Jumlah keseluruhan penerima: 250 orang.
Inisiatif Wakalah Zakat ini mencerminkan komitmen Lembaga Pelabuhan Johor bersama Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dalam memastikan agihan zakat sampai kepada golongan yang berhak secara teratur, telus dan berkesan. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban para penerima serta membawa keberkatan kepada semua pihak yang terlibat.
Semoga usaha murni seperti ini terus diperkasakan demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan mengukuhkan semangat prihatin serta kebersamaan dalam membangunkan Daerah Pontian.
"Sesungguhnya zakat bukan sekadar bantuan, tetapi lambang keprihatinan dan tanggungjawab bersama dalam membela kebajikan ummah."