Pejabat FAMA Daerah Pontian

Pejabat FAMA Daerah Pontian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat FAMA Daerah Pontian, Government Organization, Jalan parit ismail benut, Pontian.

13/08/2026

Pontian bakal meriah dengan warna-warni seni, budaya dan warisan Johor!

Jom luangkan hujung minggu anda di Jelajah Pentas Seni Johor 2026 x Festival Rumpun Bugis Johor pada 22 & 23 Ogos 2026 di Perkarangan Rumah Bugis Daing Haddadek Sri Salewangeng, Tanjung Piai, Pontian.

Dua hari penuh dengan pengalaman menarik menanti anda! Saksikan keunikan persembahan kebudayaan, kemeriahan pertandingan jong, pameran warisan dan kraftangan serta nikmati pelbagai sajian gastronomi tempatan yang mengetengahkan identiti dan keistimewaan Pontian.

Lebih daripada sebuah festival, inilah ruang untuk kita mengenali, menikmati dan bersama-sama menghidupkan warisan yang diwarisi daripada generasi terdahulu.

Jangan lupa nantikan kemuncak acara menerusi Majlis Perasmian dan Persembahan Pentas Seni Johor pada 22 Ogos 2026, jam 8.00 malam.

Ajak keluarga dan rakan-rakan. Jumpa anda di Pontian!

Warisan Kita, Identiti Kita.

Jangan lupa temui FAMA...Festival Rumpun Bugis Johor di Tanjung Piai... Jualan Agro Madani kembali....Tunggu pada 22 Ogo...
13/08/2026

Jangan lupa temui FAMA...Festival Rumpun Bugis Johor di Tanjung Piai... Jualan Agro Madani kembali....Tunggu pada 22 Ogos 2026 ( Sabtu ) sahaja...



12/08/2026
07/08/2026

πŸ”₯ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐅𝐄𝐒𝐓 πŸπŸŽπŸπŸ”, π“π‡π€πˆπ‹π€ππƒ

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Pejabat Penasihat Pertanian (PPP), Bangkok Thailand dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok Thailand, akan menganjurkan Malaysia Fest 2026 bertempat di Mahapho Riverview, Bangkok Thailand pada 19 hingga 20 September 2026.

Bertemakan "Discover, Taste and Experience", festival ini merupakan salah satu pengisian bulan kemerdekaan yang bukan sahaja mempromosikan Malaysia dari aspek kebudayaan dan pelancongan, malahan aktiviti jualan produk agromakanan bagi jenama Malaysia yang sudah bertapak di Thailand turut diadakan.

Oleh itu, FAMA ingin mempelawa usahawan PKS Agromakanan tempatan yang berminat untuk menyertai pameran tersebut.

Syarat Permohonan:
1. Usahawan berstatus Perusahan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)

2. Keutamaan mempunyai persijilan HACCP, GMP dan Halal, Jakim

Kaedah Memohon:

https://docs.google.com/document/d/1txoDY5H7wsk9nZUOd2tQSk_F1TQNFqCI/edit?usp=sharing&ouid=103624071496590814539&rtpof=true&sd=true

‼️ Borang bolehlah diemailkan kepada [email protected]
[email protected] ‼️

Caj Penyertaan : Tiada

TARIKH TUTUP: 14 Ogos 2026 (Jumaat)









06/08/2026

Senario Harga Agromakanan Di Negeri Johor 06 OGOS 2026 | Khamis
Senarai Harga Purata Agromakanan Terpilih
Peringkat Runcit
Sumber : Unit Risikan dan Pemodenan Pasaran
Negeri Johor




06/08/2026

β˜• Wahai sekalian yang budiman, dengarlah khabar yang indah...

Adapun tersebutlah kisah secangkir Kopi Putih Agromas, harum Baunya menyapa kalbu, lembut rasanya menyentuh lidah. Sekali diseruput, lenyaplah lesu, bangkitlah semangat laksana mentari menyinsing di ufuk timur.

Tiada kiranya santapan pagi mahupun petang menjadi sempurna melainkan ditemani secawan kopi yang beradab rasanya dan tinggi nilainya.

Maka, janganlah bertangguh lagi. Dapatkan Kopi Putih Agromas agar nikmatnya turut menjadi hidangan di balai dan di rumahmu.
https://www.agrobazaar.com.my/products/self-pickup-kopi-putih-agromas-hypjb

Legend sahaja yang kenal barang...Dapatkan air berkarbonat di Puspro,Benut.Usahawan tempatan...Keterangan lanjut boleh h...
06/08/2026

Legend sahaja yang kenal barang...
Dapatkan air berkarbonat di Puspro,Benut.
Usahawan tempatan...

Keterangan lanjut boleh hubungi nombor tertera.



05/08/2026

πˆπŠπ‹π€π 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπŽπ’πŽππ†

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

πŸ“Œ Operator Pengeluaran (Anggota Projek)

πŸ“ Penempatan : Pusat Memproses Makanan FAMA Rengit

πŸ”Ž Sila imbas kod QR untuk memuat turun Iklan Kekosongan Jawatan dan Borang Permohonan Jawatan.

πŸ“ Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke :
Unit Pentadbiran Pejabat FAMA Negeri Johor,
Lot 6313, Jalan Taruka off Jalan Datin Halimah
80700 Johor Bahru, Johor

sebelum atau pada 19 Ogos 2026 (Rabu)

05/08/2026

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Semoga dengan amanah yang diberikan, YBrs. Encik Faisal Iswardi bin Ismail terus memimpin FAMA dengan cemerlang dalam memperkukuh sektor pemasaran agromakanan negara, memperkasa usahawan serta menyokong agenda keterjaminan makanan demi kesejahteraan rakyat.

Selamat menjalankan amanah. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan, kekuatan dan kejayaan yang berterusan dalam menerajui FAMA ke arah kecemerlangan.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Mohamad Sabu
Chan Foong Hin ι™ˆζ³“ηΌ£
Abang Ahmad Kerdee
Faisal Iswardi
PMO Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan







Address

Jalan Parit Ismail Benut
Pontian
82200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat FAMA Daerah Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat FAMA Daerah Pontian:

Shortcuts

Share