Majlis Agama Islam Johor Daerah Pontian

Majlis Agama Islam Johor Daerah Pontian Memaparkan info-info berkaitan tentang Kewajipan berzakat, aktiviti agihan Zakat, Baitulmal dan Wakaf di Daerah Pontian

Email: [email protected]

11/08/2026
Makluman Penutupan SementaraKaunter Mainj Pontian
07/08/2026

Makluman Penutupan Sementara
Kaunter Mainj Pontian

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA KAUNTER MAINJ DAERAH PONTIAN

Dimaklumkan bahawa Kaunter Khidmat Pelanggan, Pungutan dan Agihan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Daerah Pontian akan ditutup sementara pada Isnin, 10 Ogos 2026 bagi memberi laluan kepada proses pemindahan operasi ke premis baharu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk merancang urusan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Kaunter akan beroperasi semula seperti biasa mulai Selasa, 11 Ogos 2026 di lokasi baharu:

Kompleks Majlis Agama Islam Daerah Pontian
Jalan Parit Mesjid, Pontian.

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

Terima kasih.

15/06/2026

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT DALAM NEGARA 2026 KINI DIBUKA!

Berita baik buat anak-anak Johor yang bakal melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara!

Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Dalam Negara Tahun 2026 (Semester Pertama) kini dibuka bermula:

15 Jun hingga 15 Julai 2026

Bantuan ini terbuka kepada pelajar peringkat:
✅ Sijil / Asasi / Matrikulasi
✅ Diploma
✅ Ijazah Sarjana Muda

📌 Syarat Am Permohonan:
▪️ Warganegara Malaysia beragama Islam
▪️ Anak kelahiran Johor dan menetap di negeri Johor
▪️ Mempunyai surat tawaran melanjutkan pengajian ke IPT tempatan
▪️ Pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi RM800 bagi setiap tanggungan
▪️ Terbuka untuk kemasukan Semester Pertama sahaja

🌐 Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui:
https://epayment.maij.gov.my

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan menjadi pemangkin kejayaan anak-anak Johor dalam menuntut ilmu.

19/05/2026
Salam Ramadan buat semua. 😄 Semalam kami berada di Bazar Ramadan Ayer Baloi, Pontian. Kami buka Bazar Wakaf (Saham Wakaf...
28/02/2026

Salam Ramadan buat semua. 😄 Semalam kami berada di Bazar Ramadan Ayer Baloi, Pontian.

Kami buka Bazar Wakaf (Saham Wakaf Johor) bila mana pengunjung datang berwakaf serendah RM10, juadah berbuka percuma akan diberi.

Alhamdulillah sambutan yang baik walaupun pertama kali konsep ini dibuat.

🌙 Jom Berwakaf serendah RM10 di Saham Wakaf Johor MAINJ🌙

✨ Setiap wakaf anda menjadi jariah yang berganda dan berpanjangan. Terima Kasih Pewakaf.

" Saham Wakaf Johor, Saham Akhirat Anda "

11/02/2026

Makluman:
Talian pejabat kini kembali beroperasi sepenuhnya seperti biasa.
07-6879493

PROGRAM GEROBOK REZEKI JOHOR (GRJ) ANJURAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR DAERAH PONTIANSyukur Alhamdulillah hari ini t...
29/01/2026

PROGRAM GEROBOK REZEKI JOHOR (GRJ) ANJURAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR DAERAH PONTIAN

Syukur Alhamdulillah hari ini telah selesai penghantaran barangan asas dapur daripada pembekal Syarikat Faiza Sdn Bhd ke 8 buah masjid di dalam daerah Pontian.

Senarai Masjid Daerah Pontian GRJ :

1. Masjid Dato' Noh Gadut Kukup
2. Masjid Hj Ahmad Shah Kg. Rimba Terjun
3. Masjid Bandar Pontian
4. Masjid Ayer Baloi
5. Masjid Pekan Parit Tengah Benut
6. Masjid Pekan Tampok
7. Masjid Taman Emas Merah Pekan Nenas
8. Masjid Kampung Melayu Raya

Antara barangan asas yang disediakan di GRJ adalah beras, bihun, tepung gandum, minyak masak & gula. Barangan ini boleh diambil dengan kaedah datang ke masjid berdekatan dengan cara mengambil barangan mengikut keperluan dan perlu mengisi maklumat diri di buku rekod GRJ yang telah disediakan.

Program ini menjadi wadah hubungan MAINJ bersama pihak AJK Masjid dan juga masyarakat setempat. Dalam pada masa yang sama, ianya juga menjadikan Masjid sebagai satu platform mesra dengan masyarakat.

Semoga usaha ini diberkati Allah swt dan dapat membantu masyarakat yang memerlukan tanpa perlu hadir ke kaunter MAINJ daerah untuk memohon barangan keperluan asas.

Kepada Allah Berserah

Address

Komplek Pejabat Kadi Dan Mahkamah Syariah, Aras Bawah, Jalan Parit Mesjid
Pontian
82000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:30 - 16:00

Telephone

+6076879493

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Agama Islam Johor Daerah Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Agama Islam Johor Daerah Pontian:

Shortcuts

Share