AADK Daerah Pontian

AADK Daerah Pontian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AADK Daerah Pontian, Government Organization, AADK Daerah Pontian, Lorong Surau, Kampung Rimba Terjun, Pontian.

KE ARAH KEHIDUPAN BEBAS DADAH

πŸ”΅ Satu Langkah Sejuta Harapan
πŸ”΄ Jatuh Bukan Penamat, Bangkit Itu Pilihan

UNTUK PERTANYAAN, ADUAN DAN KHIDMAT NASIHAT :

☎️ Hubungi Talian Hotline AADK 1800-22-2235 atau Melalui Aplikasi Whatsapp
019-6262233

TOLERANSI DADAH☘️ Toleransi dadah berlaku apabila badan seseorang semakin biasa dengan kesan sesuatu dadah. Pada peringk...
18/08/2026

TOLERANSI DADAH

☘️ Toleransi dadah berlaku apabila badan seseorang semakin biasa dengan kesan sesuatu dadah. Pada peringkat awal, penggunaan dadah mungkin memberikan kesan yang kuat. Namun, apabila penggunaan berulang berlaku, kesannya boleh semakin berkurangan.

☘️ Keadaan ini menyebabkan seseorang berasa perlu mengambil dos yang lebih tinggi untuk mendapatkan kesan yang sama seperti sebelumnya.

☘️ Semakin tinggi dos yang diambil, semakin besar risiko terhadap kesihatan dan keselamatan diri.

☘️ Penggunaan dos berlebihan p**a boleh menyebabkan keracunan, kehilangan kesedaran, kegagalan fungsi tubuh dan dalam keadaan tertentu boleh membawa kepada kematian.

☘️ Jangan biarkan diri terperangkap dalam kitaran toleransi dan kebergantungan.

πŸ‘ Like | πŸ”„ Share | πŸ’¬ Komen
Facebook AADK Daerah Pontian

πŸ“ž Pertanyaan, khidmat nasihat atau aduan:

☎️ AADK Daerah Pontian
07-688 1644 | Whatsapp 013-7455513

☎️ Talian Bebas Tol AADK 1-800-22-2233 | WhatsApp 019-626 2233






CERAMAH TEKAD PERKUKUH KESEDARAN ANTIDADAH DI LPNMPONTIAN, 17 Ogos 2026 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pont...
17/08/2026

CERAMAH TEKAD PERKUKUH KESEDARAN ANTIDADAH DI LPNM

PONTIAN, 17 Ogos 2026 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pontian hari ini meneruskan usaha memperkasa agenda pencegahan dadah menerusi Ceramah Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) yang telah diadakan di Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) Negeri Johor.

Ceramah telah disampaikan oleh Roslina binti Mohd Juraimi, Ketua Unit Pencegahan yang memberi penekanan terhadap kepentingan membina kesedaran, ketahanan diri dan sikap bertanggungjawab dalam menolak sebarang bentuk penyalahgunaan dadah di tempat kerja. Peserta turut didedahkan dengan risiko serta kesan penyalahgunaan dadah terhadap diri, keluarga, kerjaya dan kesejahteraan masyarakat.

Pendekatan pencegahan secara berterusan amat penting bagi memastikan setiap individu mempunyai pengetahuan menjauhi dadah di samping menjadi ejen perubahan dalam mewujudkan persekitaran kerja dan komuniti yang lebih sihat dan berdaya saing.

AADK Daerah Pontian akan terus mempergiatkan usaha advokasi dan pendidikan pencegahan dadah melalui jalinan kerjasama bersama pelbagai agensi dan komuniti bagi mewujudkan matlamat negara bebas dadah.

πŸ‘ Like | πŸ”„ Share | πŸ’¬ Komen
Facebook AADK Daerah Pontian

πŸ“ž Pertanyaan, khidmat nasihat atau aduan:

☎️ AADK Daerah Pontian
07-688 1644 | Whatsapp 013-7455513

☎️ Talian Bebas Tol AADK 1-800-22-2233 | WhatsApp 019-626 2233






17/08/2026

HEBAHAN PROGRAM

KEM EKSPLORASI POTENSI MURID (EPM)

Program kali ini menggabungkan peserta seramai 60 orang dari Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang (10),PPD Johor Bahru (10), PPD Kulai (20) dan PPD Pontian (20).
Objektif utama adalah meningkatkan tahap resilien peserta terhadap masalah sosial serta penyalahgunaan dadah dan bahan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



🚨 AWAS! PERANGKAP DADAH πŸͺ² Ia mungkin bermula dengan β€˜cuba sekali’ tetapi kesannya boleh mengubah seluruh hidup.πŸͺ² Dadah t...
17/08/2026

🚨 AWAS! PERANGKAP DADAH

πŸͺ² Ia mungkin bermula dengan β€˜cuba sekali’ tetapi kesannya boleh mengubah seluruh hidup.

πŸͺ² Dadah tidak datang dengan amaran. Ia boleh hadir melalui ajakan rakan, rasa ingin tahu, tekanan hidup atau janji keseronokan sementara. Apa yang nampak seperti pilihan kecil boleh menjadi permulaan kepada ketagihan, kerosakan kesihatan, hubungan yang musnah dan masa depan yang tergadai.

πŸͺ² Jangan percaya ayat β€˜sekali je’, β€˜aku boleh kawal’ atau β€˜takkan ketagih’. Perangkap paling bahaya ialah apabila kita menyangka kita masih mampu mengawalnya.

πŸͺ² Jangan tunggu diri sendiri terperangkap baru mahu menyesal

πŸ‘ Like | πŸ”„ Share | πŸ’¬ Komen
Facebook AADK Daerah Pontian

πŸ“ž Pertanyaan, khidmat nasihat atau aduan:

☎️ AADK Daerah Pontian
07-688 1644 | Whatsapp 013-7455513

☎️ Talian Bebas Tol AADK 1-800-22-2233 | WhatsApp 019-626 2233






16/08/2026

Nak tidur nyenyak dan poket sentiasa penuh? Rahsianya mudah, jauhi barang terlarang 🚫 Tak ada kos bayaran, tak ada kesan sampingan yang memusnahkan, yang ada cuma masa depan yang lebih cerah. ✨

Ramai yang ingat jalan pintas (dadah) boleh bagi kebahagiaan, tapi hakikatnya ia cuma 'scam' yang merugikan diri dan keluarga. Jom amalkan gaya hidup bebas dadah.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



RAIKAN KEBAHAGIAAN, HARGAI SEBUAH KEHIDUPAN🩷 Kebahagiaan tidak semestinya hadir dalam bentuk kemewahan atau kehidupan ya...
16/08/2026

RAIKAN KEBAHAGIAAN, HARGAI SEBUAH KEHIDUPAN

🩷 Kebahagiaan tidak semestinya hadir dalam bentuk kemewahan atau kehidupan yang sempurna. Kadang-kadang, kebahagiaan itu ada pada perkara sederhana, keluarga yang masih bersama, tubuh yang masih sihat, sahabat yang masih menemani dan peluang untuk terus memperbaiki diri.

🩷 Hargailah setiap nikmat yang masih ada. Syukuri segala nikmat, peluang yang masih diberikan. Jangan menunggu kehilangan untuk belajar menghargai.

🩷 Raikan kebahagiaan yang ada hari ini, kerana setiap detik kehidupan adalah kesempatan yang tidak ternilai.

πŸ‘ Like | πŸ”„ Share | πŸ’¬ Komen
Facebook AADK Daerah Pontian

πŸ“ž Pertanyaan, khidmat nasihat atau aduan:

☎️ AADK Daerah Pontian
07-688 1644 | Whatsapp 013-7455513

☎️ Talian Bebas Tol AADK 1-800-22-2233 | WhatsApp 019-626 2233






15/08/2026

🚭 BAHAYA ROKOK KEPADA KESIHATAN

Rokok mungkin kelihatan kecil, tetapi kesannya terhadap kehidupan bukanlah sesuatu yang kecil.

Setiap sedutan membawa bahan berbahaya yang boleh menjejaskan jantung, paru-paru, otak serta kesihatan tubuh secara keseluruhan. Dalam jangka panjang, tabiat merokok boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit dan menjejaskan kualiti hidup.

Jangan biarkan sebatang rokok menentukan masa depan kita.

Tak Nak Merokok!
Katakan TIDAK pada ROKOK. Pilih hidup yang lebih sihat. πŸ’ͺ❀️

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
πŸ“’ Dadah Membawa Padah. Pencegahan Bermula Dengan Kesedaran.

Sekiranya anda, ahli keluarga, rakan atau komuniti memerlukan bantuan, khidmat nasihat, maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan, atau ingin membuat aduan, jangan ragu untuk menghubungi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

πŸ“ž Hotline AADK: 1-800-22-2235 (AADK)
πŸ“± WhatsApp Pertanyaan & Aduan: 019-626 2233
🌐 Portal Rasmi AADK: aadk.gov.my

Bersama-sama kita memainkan peranan dalam membentuk keluarga yang harmoni, komuniti yang sejahtera dan negara yang bebas daripada ancaman dadah.

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“² Ikuti media sosial rasmi AADK Negeri Johor untuk mendapatkan info, aktiviti dan hebahan semasa:

Facebook AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

TikTok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

πŸ‘ LIKE | πŸ’¬ COMMENT | πŸ”„ SHARE

Sebarkan mesej pencegahan, tingkatkan kesedaran dan jadilah sebahagian daripada usaha membina masyarakat yang sihat, selamat dan bebas dadah.





SEMARAK KESEDARAN KOMUNITI MELALUI PAMERAN ANTIDADAHPontian, 15 Ogos 2026 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Po...
15/08/2026

SEMARAK KESEDARAN KOMUNITI MELALUI PAMERAN ANTIDADAH

Pontian, 15 Ogos 2026 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pontian telah mengadakan pameran antidadah sebagai salah satu pengisian Program β€œPontian Dihatiku” sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Perasmian Dewan Terbuka Taman Sri Maju yang melibatkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Maju dan Sri Sutera dengan kerjasama Ahli Majlis Perbandaran Pontian.

Pameran ini memberi peluang kepada komuniti mendapatkan maklumat berkaitan pendidikan dan pencegahan penyalahgunaan dadah serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mewujudkan persekitaran komuniti yang sihat, selamat dan bebas daripada dadah.

Penglibatan AADK dalam program kemasyarakatan seperti ini selaras dengan usaha memperkukuh pendekatan pencegahan melalui pendidikan dan kesedaran awam, di samping mendekatkan perkhidmatan AADK dengan komuniti setempat.

Semoga jalinan kerjasama antara AADK, pihak berkuasa tempatan dan komuniti terus diperkasakan dalam usaha membentuk masyarakat yang bersatu, prihatin dan bebas daripada penyalahgunaan dadah, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

πŸ‘ Like | πŸ”„ Share | πŸ’¬ Komen
Facebook AADK Daerah Pontian

πŸ“ž Pertanyaan, khidmat nasihat atau aduan:

☎️ AADK Daerah Pontian
07-688 1644 | Whatsapp 013-7455513

☎️ Talian Bebas Tol AADK 1-800-22-2233 | WhatsApp 019-626 2233






YANG NAMPAK SERONOK BELUM TENTU BERAKHIR INDAH🌼 Ada perkara yang kita kejar kerana nampak menyeronokkan, tanpa sedar kit...
15/08/2026

YANG NAMPAK SERONOK BELUM TENTU BERAKHIR INDAH

🌼 Ada perkara yang kita kejar kerana nampak menyeronokkan, tanpa sedar kita sedang mempertaruhkan sesuatu yang jauh lebih berharga.

🌼 Keseronokan itu mungkin hanya beberapa jam, tetapi akibatnya boleh tinggal bertahun-tahun.

🌼 Jangan nilai sesuatu hanya pada apa yang kita rasa hari ini. Fikirkan juga apa yang mungkin terpaksa kita tanggung esok.

πŸ‘ Like | πŸ”„ Share | πŸ’¬ Komen
Facebook AADK Daerah Pontian

πŸ“ž Pertanyaan, khidmat nasihat atau aduan:

☎️ AADK Daerah Pontian
07-688 1644 | Whatsapp 013-7455513

☎️ Talian Bebas Tol AADK 1-800-22-2233 | WhatsApp 019-626 2233






PROGRAM SIHAT, CERGAS & LANGSING AADK DAERAH PONTIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAANPontian, 14 Ogos 2026 - AADK Daera...
14/08/2026

PROGRAM SIHAT, CERGAS & LANGSING AADK DAERAH PONTIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Pontian, 14 Ogos 2026 - AADK Daerah Pontian telah melaksanakan Program Sihat, Cergas & Langsing sempena Sambutan Hari Kemerdekaan sebagai salah satu inisiatif dalam membudayakan amalan gaya hidup sihat dan meningkatkan tahap kecergasan dalam kalangan warga kerja.

Program ini telah dikendalikan oleh oleh Encik Azlan Bin Jumari dari Unit Rawatan dan Pemulihan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah senaman ringan dan β€˜brisk walk’ bertujuan meningkatkan kecergasan serta menggalakkan amalan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat.

Pelaksanaan program ini turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga kerja dalam suasana penuh semangat patriotik bersempena Bulan Kemerdekaan.

Program ini diharapkan dapat diteruskan sebagai usaha membentuk warga kerja yang lebih aktif, sihat dan produktif, selaras dengan aspirasi mewujudkan persekitaran kerja yang positif serta sejahtera.

πŸ‘ Like | πŸ”„ Share | πŸ’¬ Komen
Facebook AADK Daerah Pontian

πŸ“ž Pertanyaan, khidmat nasihat atau aduan:

☎️ AADK Daerah Pontian
07-688 1644 | Whatsapp 013-7455513

☎️ Talian Bebas Tol AADK 1-800-22-2233 | WhatsApp 019-626 2233






Address

AADK Daerah Pontian, Lorong Surau, Kampung Rimba Terjun
Pontian
82000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6076870000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Daerah Pontian:

Shortcuts

Share