14/07/2026
TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MENAMATKAN LATIHAN KEMAHIRAN PASUKAN KHAS PERTAHANAN AWAM (PASPA) SERTA ANUGERAH PELATIH TERBAIK KEMAHIRAN
Pontian, 14 Julai 2026 – Seluruh warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pontian merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pontian, Lt. M (PA) Muhammad Asyraff Haziq Zikry bin Anuar atas kejayaan menamatkan Latihan Kemahiran Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dengan cemerlang.
Lebih membanggakan, beliau turut menerima Anugerah Pelatih Terbaik Kemahiran, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, disiplin, kecekalan serta kecemerlangan yang ditunjukkan sepanjang mengikuti latihan tersebut.
Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan kemampuan dan profesionalisme seorang pegawai APM, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga APM Daerah Pontian untuk terus meningkatkan kompetensi, memperkukuh kemahiran serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.
Semoga kejayaan yang diraih ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, mengharumkan nama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta memperkasakan keupayaan PASPA dalam mendepani pelbagai cabaran dan tugasan pada masa hadapan.
Syabas dan tahniah diucapkan!
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
©️2026 Unit PRO APM Daerah Pontian
Jabatan Perdana Menteri