Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Pontian KUSIP

Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Pontian KUSIP Kelab Sahabat Cawangan Pontian (Amanah Ikhtiar Malaysia)

Lawatan Ziarah Kasih - Daripada Sahabat untuk Sahabat Program Bubur Lambuk & Bakul Ramadan juga di teruskan lagi dengan ...
07/03/2026

Lawatan Ziarah Kasih - Daripada Sahabat untuk Sahabat

Program Bubur Lambuk & Bakul Ramadan juga di teruskan lagi dengan mengunjungi Sahabat di teratak mereka.

Alhamdulilah 💛💙

Program Bubur Lambuk 2026 dan Serahan Bakul Ramadan kepada Sahabat telah berjalan dengan lancar semalam, 6hb Mac 2026.Al...
07/03/2026

Program Bubur Lambuk 2026 dan Serahan Bakul Ramadan kepada Sahabat telah berjalan dengan lancar semalam, 6hb Mac 2026.

Alhamdulilah.

Jumpa lagi tahun depan InsyaAllah.
Program baik kita mesti teruskan..



Wowwww
11/10/2025

Wowwww

Peruntukan RM230 juta: AIM sasar lahirkan 32,857 usahawan baharu

Kuala Lumpur – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yakin peruntukan sebanyak RM230 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pada pembentangan Belanjawan 2026, mampu melahirkan seramai 32,857 usahawan mikro baharu.

Pengarah Urusan AIM, Dato’ Mohamed Shamir Abdul Aziz, yang menyambut baik pengumuman berkenaan, menyifatkannya sebagai kesinambungan komitmen Kerajaan Madani dalam memperkasa ekonomi wanita B40.

Katanya, peruntukan besar itu akan digunakan secara strategik dan bersasar bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan mikro di seluruh negara.

“Kami mensasarkan seramai 32,857 usahawan baharu dapat dlahirkan dengan kemudahan pembiayaan berjumlah RM10,000 hingga RM30,000. Mereka juga dberi peluang membuat bayaran balik yang lebih fleksible iaitu sehingga 3 tahun.

“Daripada jumlah keseluruhan, 60% akan disalurkan kepada wanita luar bandar, manakala 40% diperuntukkan kepada golongan wanita miskin bandar,” katanya.

Menurut beliau, fokus utama institusi kewangan mikro itu ialah memastikan peluang pembiayaan ini benar-benar sampai kepada kumpulan sasar dan ia dapat menjana pendapatan dan mengubah taraf hidup keluarga B40.

“Dengan suntikan dana tambahan sebanyak RM230 juta ini, ia membolehkan AIM meluaskan jangkauan pembiayaan mikro kepada lebih ramai wanita, katanya.

Katanya, peruntukan ini akan menjadikan jumlah keseluruhan pembiayaan bagi tahun 2026 meningkat daripada RM2.7 bilion pada tahun sebelumnya, kepada RM2.9 bilion.

Menurutnya, AIM kini mempunyai 320,000 Sahabat Usahawan Aktif di seluruh negara. Majoritinya menjalankan perniagaan kecil-kecilan bagi menjana pendapatan isi rumah supaya keperluan asas, persekolahan anak-anak dan taraf kesihatan ahli keluarga dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

“Kami juga sedang berusaha untuk menggalakkan usahawan-usahawan wanita ini, yang hampir 70 peratus masih dalam kategori menjalankan perniagaan informal supaya beralih kepada perniagaan formal.

Menurutnya, tumpuan juga akan diberikan untuk membimbing Sahabat-Sahabat Usahawan AIM ini ke arah Persijilan Halal yang mana ia dapat mengangkat produk atau perhidmatan mereka ke tahap yang bersifat antarabangsa dengan piawaian menepati standard dunia.

“Justeru, apabila diumumkan peruntukan sebanyak RM230 juta ini, ia sangat ditunggu oleh usahawan-usahawan kecil ini, kerana dana ini memberi semangat untuk mereka pergi lebih jauh.

“Dengan pencapaian cemerlang bayaran balik pinjaman sebanyak 99.97 peratus, ia membuktikan bahawa golongan wanita yang kami sasarkan ini merupakan aset ekonomi negara yang boleh dipercayai dan berdaya tahan,” tambahnya.

Menurutnya, sejak ditubuhkan pada tahun 1987, AIM telah menyalurkan lebih RM37.68 bilion pembiayaan mikro dan membantu lebih satu juta wanita Malaysia keluar daripada kemiskinan.

“Kami amat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang begitu prihatin dan sentiasa menyokong usaha kami dalam membantu kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyalurkan sokongan berterusan kepada AIM — bermula dengan RM10 juta bantuan segera, diikuti RM100 juta pada Belanjawan 2024, dan kini RM230 juta untuk tahun 2026, menjadikan jumlah keseluruhan sokongan RM340 juta dalam tempoh tiga tahun.




Alhamdulilah
08/09/2025

Alhamdulilah

https://www.facebook.com/share/1GgvtMtjft/
26/07/2025

https://www.facebook.com/share/1GgvtMtjft/

Tiktok Masterclass kali ini di Kluang!
Terbuka kepada usahawan atau individu yang ingin mengetahui berkenaan Tiktok dalam Perniagaan
Tarikh : 14 Ogos 2025 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Matahari Ballroom, Level 6, Prime City Hotel Kluang

Apa yang anda pelajari?
1.Understanding Tik Tok Algorithm
2.Tik Tok SEO
3.Tik Tok Content Strategy
4.Content Strategy and Planning
5..Matrix of Good Engagement
6.Create video (Content Creation)
Sahkan penyertaan di https://catalog.billplz.com/AmazingPUJB/payment-form/tiktokpujb2 atau scan QR Code di poster.

Wahhhh 👍👍👍
02/07/2025

Wahhhh 👍👍👍

JOM SERTAI ‼️
Penyertaan percuma‼️

Taklimat usahawan untuk peniaga adalah sesi penerangan atau perkongsian ilmu yang bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan panduan kepada usahawan dalam menjalankan dan mengembangkan perniagaan mereka. Taklimat ini boleh merangkumi pelbagai topik seperti pengurusan kewangan, pemasaran, operasi perniagaan, dan lain-lain.

😍😍😍
30/06/2025

😍😍😍

22/06/2025

Address

Pontian
82000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Pontian KUSIP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category