Pejabat Tanah Daerah Pontian

Pejabat Tanah Daerah Pontian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Tanah Daerah Pontian, Government Organization, Aras Bawah Bangunan Sultan Ismail, Pontian.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ TAHNIAH KONTINJEN PERBARISAN PEJABAT TANAH PONTIAN! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSetinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Kontinjen P...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ TAHNIAH KONTINJEN PERBARISAN PEJABAT TANAH PONTIAN! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Kontinjen Perbarisan Pejabat Tanah Pontian atas pencapaian membanggakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-69 Peringkat Daerah Pontian! ๐ŸŽ‰๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ† JOHAN โ€“ PAKAIAN TERBAIK
๐Ÿฅ‰ TEMPAT KETIGA โ€“ SEPANDUK TERBAIK KATEGORI JABATAN

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, semangat berpasukan, kreativiti dan kesungguhan seluruh kontinjen dalam membawa nama Pejabat Tanah Pontian.

Tahniah kepada semua peserta, urus setia dan warga Pejabat Tanah Pontian yang telah bersama-sama menjayakan penyertaan ini. Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œMalaysia MADANI: Jiwa Merdeka, Semangat Bersama!โ€

๐ŸŽŠ Syabas dan tahniah! Anda semua memang terbaik! ๐Ÿ‘๐Ÿ”ฅ









๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

25/08/2026
PEMAKLUMAN:HARI TERBUKA PEJABAT TANAH PONTIAN ๐ŸขโœจJom hadir ke Hari Terbuka Pejabat Tanah Pontian! ๐Ÿ’™๐Ÿ’›Kami sedia memberikan...
22/08/2026

PEMAKLUMAN:

HARI TERBUKA PEJABAT TANAH PONTIAN ๐Ÿขโœจ

Jom hadir ke Hari Terbuka Pejabat Tanah Pontian! ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Kami sedia memberikan perkhidmatan terbaik, menjawab pertanyaan dan membantu anda mendapatkan maklumat berkaitan urusan tanah dengan lebih mudah, dekat dan mesra.

๐Ÿ“Œ SETIAP ISNIN | 8.30 PAGI โ€“ 12.30 TENGAH HARI
๐Ÿ“Œ SETIAP JUMAAT | 3.00 PETANG โ€“ 4.30 PETANG

Antara perkhidmatan & maklumat yang boleh diperoleh:
๐Ÿ”น Pendaftaran Hakmilik & Urusniaga Tanah
๐Ÿ”น Cukai Tanah
๐Ÿ”น Carian Rasmi
๐Ÿ”น Pertanyaan & Maklumat
๐Ÿ”น Lain-lain perkhidmatan berkaitan

Imbas QR Code pada poster dan lengkapkan borang temujanji untuk kemudahan anda.

LAWATAN KERJA KE MUKIM-MUKIM DAERAH PONTIAN10 Ogos 2026 Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan, Pentadbir Tanah Pontian be...
10/08/2026

LAWATAN KERJA KE MUKIM-MUKIM DAERAH PONTIAN
10 Ogos 2026

Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan, Pentadbir Tanah Pontian bersama Puan Siti Nazihah binti Zaiman (Penolong Pentadbir Tanah Bahagian Pembangunan dan Pelupusan) dan Encik Syazarin bin Saparati(Penolong Pentadbir Tanah bahagian Hasil)serta Penolong Pegawai Tanah telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa mukim di Daerah Pontian bagi meninjau keadaan semasa serta perkembangan projek pembangunan dan kemudahan infrastruktur demi memastikan pelaksanaannya berjalan dengan lancar.

Antara lokasi yang telah dilawati ialah:

๐Ÿ”น Mukim Benut โ€“ tinjauan terhadap Projek Perumahan Rakyat di Parit Makuaseng

๐Ÿ”น Mukim Api-Api โ€“ tinjauan terhadap Projek Pembesaran Jambatan Pontian Besar.

๐Ÿ”น Mukim Ayer Baloi โ€“ tinjauan terhadap Projek Naik Taraf Jalan Bukit Nyamuk, Puteri Menangis

๐Ÿ”น Mukim Pontianโ€“ tinjauan ke tempat pembinaan baraj dan takungan air di Parit Bugis bagi melihat keadaan semasa serta kemudahan infrastruktur di kawasan berkenaan.

Lawatan turun padang ini mencerminkan komitmen berterusan Pentadbiran Tanah Pontian dalam memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan di lapangan, di samping mengenal pasti isu dan keperluan yang memerlukan tindakan serta penyelarasan bersama agensi-agensi berkaitan.

Semoga usaha ini dapat memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan, mempercepatkan pelaksanaan pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat di seluruh Daerah Pontian.

PEMAKLUMAN
07/08/2026

PEMAKLUMAN

MAJLIS SERAH DAN TERIMA TUGAS PENTADBIR TANAH PONTIAN๐Ÿ“ Pejabat Tanah Pontian๐Ÿ—“๏ธ 5 Ogos 2026 | 2.00 PetangTelah berlangsun...
05/08/2026

MAJLIS SERAH DAN TERIMA TUGAS PENTADBIR TANAH PONTIAN

๐Ÿ“ Pejabat Tanah Pontian
๐Ÿ—“๏ธ 5 Ogos 2026 | 2.00 Petang

Telah berlangsung Majlis Serah dan Terima Tugas Pentadbir Tanah Pontian di antara Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan, Pentadbir Tanah Pontian dan Encik Sulaiman bin Ismail pada hari ini, jam 2.00 petang.

Majlis ini menjadi satu simbolik penting dalam kesinambungan pentadbiran serta penyampaian amanah dan tanggungjawab bagi memastikan urusan pengurusan tanah di Daerah Pontian terus berjalan dengan lancar, cekap dan berintegriti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Sulaiman bin Ismail atas segala khidmat bakti, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah.

Dalam masa yang sama, warga kerja Pejabat Tanah Pontian mengucapkan selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan sebagai Pentadbir Tanah Pontian.

Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan integriti demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh warga Daerah Pontian.

โ€œAmanah Dipikul, Tanggungjawab Dilaksana, Perkhidmatan Diutamakan.โ€





CLOCK OUT MANTAN PENTADBIR TANAH PONTIAN3 Ogos 2026 | 3.00 PetangTelah berlangsung Majlis Clock Out dan penghargaan kepa...
03/08/2026

CLOCK OUT MANTAN PENTADBIR TANAH PONTIAN
3 Ogos 2026 | 3.00 Petang

Telah berlangsung Majlis Clock Out dan penghargaan kepada Encik Sulaiman bin Ismail, mantan Pentadbir Tanah Pontian pada hari ini, jam 3.00 petang, yang diadakan dalam suasana penuh penghormatan dan rasa terima kasih.

Majlis telah diketuai oleh Puan Siti Nazihah binti Zaiman, Penolong Pentadbir Tanah Bahagian Pembangunan dan Pelupusan serta disertai oleh para pegawai dan seluruh warga kerja Pejabat Tanah Pontian sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, kepimpinan dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menerajui pentadbiran Pejabat Tanah Pontian.

Majlis ini bukan sekadar simbolik mengiringi langkah terakhir sebagai Pentadbir Tanah Pontian, malah menjadi medan untuk mengenang segala komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang telah ditinggalkan sebagai legasi buat seluruh warga jabatan.

Semoga segala bakti yang telah dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja. Warga Pejabat Tanah Pontian mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus melakar kecemerlangan di tempat baharu.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Selamat maju jaya dalam amanah baharu.

Warga kerja Pejabat Tanah Pontian merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Tuan Haji Mohd Farid bin ...
03/08/2026

Warga kerja Pejabat Tanah Pontian merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan atas pelantikan sebagai Pegawai Daerah Pontian.

Sempena lawatan ke Pejabat Tanah Pontian, Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan telah dibawa melawat setiap bahagian di pejabat ini bagi meninjau operasi, fungsi serta penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Lawatan tersebut telah diiringi oleh Tuan Haji Hanis Musalman bin Salehan, Pentadbir Tanah Pontian

Lawatan ini menjadi platform yang bermakna dalam mengeratkan hubungan antara kepimpinan daerah dan warga kerja Pejabat Tanah Pontian, di samping memperkukuhkan semangat kerjasama ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cemerlang, berintegriti dan berkesan.

Semoga di bawah kepimpinan Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Daerah Pontian akan terus maju, makmur dan mencapai kecemerlangan demi kesejahteraan rakyat.

Sekali lagi, setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang ke Daerah Pontian.

Address

Aras Bawah Bangunan Sultan Ismail
Pontian
82000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6076871525

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tanah Daerah Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tanah Daerah Pontian:

Shortcuts

Share