Page PD Kg. Chuah

Page PD Kg. Chuah Organisasi Kerajaan Persekutuan WAKTU PERKHIDMATAN :
SELASA-SABTU
9.30 PAGI~6.00 PETANG
DI TUTUP
AHAD, ISNIN & HARI KELEPASAN AM

14/05/2026
14/05/2026
14/05/2026

Lindungi Si Manja, Tingkatkan Imuniti! 🛡️

Tahukah anda? KKM meneruskan lagi Program Imunisasi Kebangsaan bagi memastikan komuniti kita bebas daripada ancaman Measles (Demam Campak) dan Rubella. Jika tahun lepas sasaran adalah sehingga umur 5 tahun, tahun ini program ini diperluaskan kepada kanak-kanak berumur sehingga 7 tahun!

Mengapa ini penting?
✅ Meningkatkan imuniti kelompok
✅ Menutup jurang imuniti
✅ Mencegah penularan penyakit berjangkit yang berbahaya

Jangan tunggu lagi! Pastikan anak-anak anda mendapat perlindungan sepenuhnya. Sedia payung sebelum hujan!

13/05/2026

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Tengah 2026 dan Majlis Penutupan Bermalam di Muzium Bersama Belia akan disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara pada 16 Mei 2026 bertempat di Muzium Negara.

Sambutan pada kali ini juga mencerminkan realiti masyarakat Malaysia yang majmuk dengan penerapan nilai Faham, Hormat, Terima dan Meraikan menuju keharmonian nasional.

Sambutan ini menjadi platform interaksi dan tapak integrasi untuk menyemarakkan semangat perpaduan serta memperluas pengetahuan terhadap kepelbagaian adat, budaya dan tradisi masyarakat Malaysia.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Malaysia MADANI
Jabatan Muzium Malaysia
Muzium Negara RASMI
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Perpaduan Negara Kuala Lumpur
Jabatan Penerangan Malaysia





13 Mei 2026 / RabuKuiz Hari GuruLike✅Komen✅Terima Kasih🌺🌺🌺
13/05/2026

13 Mei 2026 / Rabu
Kuiz Hari Guru
Like✅Komen✅
Terima Kasih
🌺🌺🌺

13/05/2026
13/05/2026

Perkara Penting Yang perlu Diambil Kira Sebelum Design Rumah: Arah Matahari

“Rumah yang baik bukan hanya cantik, tapi selesa untuk didiami setiap hari.”

Arah rumah penting sebab ia menentukan bahagian mana yang akan kena panas pagi atau panas petang. Kalau susun atur rumah dibuat dengan baik, rumah boleh jadi lebih selesa, tidak terlalu panas dan lebih jimat elektrik.

✔️ Kurangkan panas petang dalam rumah
✔️ Ruang utama lebih sejuk dan selesa
✔️ Cahaya semula jadi masuk dengan baik
✔️ Aliran angin lebih lancar
✔️ Kurang bergantung pada aircond

13/05/2026

Hantavirus ialah virus yang hidup secara semula jadi dalam rodensia seperti tikus liar, mencit & haiwan pengerat lain.

Virus ini telah lama berevolusi bersama haiwan tersebut. Sebab itu tikus biasanya tidak menunjukkan gejala serius walaupun membawa virus.

📌 Bagaimana virus ini hidup?

Hantavirus ialah sejenis virus RNA. Apabila berada dalam badan tikus, virus akan memasuki sel & menggunakan sel tersebut untuk membiak dan menghasilkan lebih banyak virus.

Virus boleh ditemui pada:
• Air liur tikus
• Najis tikus
• Air kencing tikus
• Organ seperti paru-paru & buah pinggang

Sebab itu sisa tikus boleh menjadi sumber jangkitan kepada manusia.

📌 Bagaimana manusia boleh dijangkiti?

Jangkitan boleh berlaku apabila seseorang:
• Menghirup habuk tercemar daripada najis/air kencing tikus yang telah kering
• Membersihkan kawasan tercemar tanpa pelindung diri
• Terdedah kepada sarang atau habitat tikus
• Menyentuh permukaan tercemar kemudian menyentuh hidung atau mulut

Keadaan apabila virus “terlompat” daripada haiwan kepada manusia dipanggil zoonotic spillover.

📌 Kenapa jangkitan boleh jadi serius?

Tubuh manusia bukan perumah asal hantavirus.
Apabila virus menjangkiti manusia, sistem imun boleh bertindak balas secara berlebihan sehingga menyebabkan keradangan pada paru-paru, kebocoran salur darah & gangguan pernafasan.

Dalam kes yang teruk, pesakit boleh mengalami kegagalan pernafasan dan memerlukan rawatan rapi.

📌 Langkah pencegahan:
• Elak sentuh tikus & kotorannya
• Gunakan mask & sarung tangan ketika membersihkan kawasan tercemar
• Basahkan kawasan tercemar sebelum dibersihkan
• Pastikan persekitaran bersih & bebas tikus

Jaga kebersihan rumah & jangan ambil mudah kehadiran tikus dalam persekitaran ⚠️🐀

13/05/2026
13/05/2026
12/05/2026

“Cukupkan aku.”

Doa ini nampak pendek, tapi maksudnya sangat dalam.

Sebab dalam hidup, ada orang gaji RM20,000 pun masih rasa sesak. Ada orang gaji RM3,000, tapi cukup makan, cukup bayar, cukup senyum, cukup tidur lena.

Kadang-kadang yang membuat hidup kita sempit bukan semata-mata jumlah duit. Tetapi rasa tidak pernah cukup. Naik gaji, naik komitmen. Dapat lebih, mahu lebih. Tengok hidup orang, hati mula resah. Beli sesuatu untuk pujuk emosi, tapi lepas itu jiwa tetap kosong.

Sebab itu dalam solat, ketika duduk antara dua sujud, kita membaca doa yang sangat indah.

Salah satunya ialah “wajburni” yang membawa maksud tampunglah kekuranganku, cukupkanlah aku, baikilah bahagianku yang lemah.

Kita bukan hanya minta cukup wang.

Kita minta cukupkan hati yang selalu bimbang. Cukupkan sabar yang makin nipis.
Cukupkan jiwa yang letih membanding.
Cukupkan rezeki agar tidak sampai kita hilang diri sendiri kerana mengejar dunia.

Hidup “cukup” bukan bermaksud berhenti berusaha.

Kita tetap bekerja, tetap merancang, tetap mahu hidup lebih baik. Tetapi kita belajar bezakan antara perlu dan mahu.

Kita belajar tidak membesarkan gaya hidup lebih laju daripada kemampuan.

Kita belajar tidak mengukur nilai diri dengan kereta, rumah, telefon atau percutian orang lain.

Kerana kesihatan mental juga banyak berkait dengan rasa cukup. Bila hati sentiasa rasa kurang, hidup mudah jadi tegang. Duit banyak pun tidak sempat dinikmati. Rezeki ada pun tidak sempat disyukuri.

Mungkin hari ini, doa yang paling kita perlukan bukan “Ya Allah, beri aku lebih banyak.”

Tetapi,

“Ya Allah, cukupkan aku. Cukupkan rezekiku. Cukupkan hatiku. Cukupkan jiwaku dengan rasa tenang terhadap apa yang Engkau beri.”

Address

Port Dickson
71960

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Page PD Kg. Chuah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share