Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Port Dickson

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Port Dickson TALIAN KECEMASAN 24 JAM
PUSAT KAWALAN OPERASI DAERAH PORT DICKSON 999 @ HOTLINE 06 - 6511362

03/03/2025

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗦𝗲𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗸𝗲 𝟵𝟰

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, terutama dalam menghadapi kecemasan dan bencana.

Kecekapan, kesungguhan, dan pengorbanan mereka dalam menghadapi kecemasan serta bencana alam adalah benteng ketahanan negara yang tidak ternilai.

Marilah kita bersama menghargai usaha mereka dan terus menyokong misi pertahanan awam demi kesejahteraan semua.

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

03/03/2025

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟓

Setiap 1 Mac, kita memperingati Hari Pertahanan Awam Sedunia sebagai tanda penghargaan kepada semua anggota pertahanan awam di seluruh dunia yang sentiasa bersiap siaga melindungi rakyat dalam apa jua keadaan.

Di Malaysia, sambutan Hari Pertahanan Awam menjadi lebih bermakna apabila bulan Mac turut diangkat sebagai Bulan Pertahanan Awam, dengan pelbagai program dan aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang bulan ini. Kemuncaknya adalah Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang ke-73 pada 24 Mac nanti.

Sejak penubuhannya pada tahun 1952, APM terus menjadi benteng utama negara dalam pengurusan bencana, dibantu oleh lebih 2.2 juta anggota sukarela yang komited dan setia berkhidmat demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Bersempena dengan Sambutan Hari Pertahanan Awam Sedunia ini, marilah kita terus menghargai jasa dan pengorbanan seluruh anggota APM yang sentiasa bersedia melindungi kita semua walau dalam apa jua keadaan.

Selamat Hari Pertahanan Awam Sedunia 2025!




03/03/2025
03/03/2025



HARI PERTAHANAN AWAM SEDUNIA

YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim Bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan seluruh warga kerja APM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pertahanan Awam Sedunia Ke-94 yang akan disambut pada 01 Mac 2025 (Sabtu).

Bersama kita berkhidmat demi kesejahteraan komuniti.

"PERTAHANAN AWAM, MENJAMIN KESELAMATAN KEPADA PENDUDUK"

Jabatan Perdana Menteri









**

 Angkatan Pertahanan Awam MalaysiaINFO KESELAMATAN DI PANTAI SEMPENA MONSUN TIMUR LAUT (MTL)Pengunjung adalah disarankan...
29/11/2024


Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

INFO KESELAMATAN DI PANTAI SEMPENA MONSUN TIMUR LAUT (MTL)

Pengunjung adalah disarankan untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti air di pantai sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) berlangsung. Sila patuhi arahan pihak berkuasa.

Jika anda mempunyai sebarang maklumat berkenaan insiden banjir atau sebarang bencana alam di daerah Port Dickson boleh hubungi kami di talian kecemasan PDPA Port Dickson.

APM Port Dickson : 06-651 1362








 TINDAKAN SEMASA BERLAKU BENCANA BANJIR
29/11/2024



TINDAKAN SEMASA BERLAKU BENCANA BANJIR



TINDAKAN ANDA SEMASA BANJIR

Info terkini berkaitan tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya anda menghadapi banjir di kawasan anda.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia dalam menghadapi musim tengkujuh serta peka dengan makluman, arahan, nasihat dan amaran cuaca serta pantau anak-anak anda dari bermain di kawasan air banjir.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat.

Jabatan Perdana Menteri









**

BENGKEL KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMASPORT DICKSON, 28 NOVEMBER 2024 – Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Intervensi...
28/11/2024

BENGKEL KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS

PORT DICKSON, 28 NOVEMBER 2024 – Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Intervensi Awal Lukut (PDK Lukut) dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Port Dickson telah melaksanakan Bengkel Keselamatan dan Pertolongan Cemas Tahun 2024. Bengkel ini merupakan satu bentuk platform perkongsian ilmu berkenaan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti dan kaedah mengendalikan kemalangan kecil serta bantuan awal pertolongan cemas semasa di tempat kerja.

Angkatan Pertahanan Awam Daerah Port Dickson telah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan bengkel ini dan turut dibantu bersama agensi – agensi yang berpengalaman dalam memulihara keselamatan komuniti dan pertolongan cemas iaitu; Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson dan Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson.

Pelaksanaan Bengkel Keselamatan dan Pertolongan Cemas ini melibatkan penyertaan seramai 28 warga Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Daerah Port Dickson terdiri dari petugas dan penyelia PDK. Diharapkan pelaksanaan bengkel ini dapat mempersiapkan orang awam untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan di tempat bekerja apabila berhadapan dengan sebarang situasi kecemasan yang boleh berlaku bila-bila masa.








27/08/2024
 Semua warga dijemput hadir ke Program Madani Rakyat Zon Selatan 2024 bertempat di Dataran UTM, Johor Bahru pada 15 hing...
14/08/2024



Semua warga dijemput hadir ke Program Madani Rakyat Zon Selatan 2024 bertempat di Dataran UTM, Johor Bahru pada 15 hingga 17 Ogos 2024. Jumpa anda disana.



PROGRAM MADANI RAKYAT ZON SELATAN 2024

Mari bersama-sama mengambil peluang merasai pengalaman dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melalui Reruai dan Pameran Jentera APM bertempat di Tapak Pameran Aset. Untuk aktiviti menarik boleh lihat seperti yang tertera pada intografik di bawah ini.

Jadi, jom datang beramai-ramai pada 15 hingga 17 Ogos 2024 (Khamis hingga Sabtu) bermula pukul 09:00 pagi hingga 10:00 malam bertempat di Dataran UTM, Johor Bahru.

Layari www.malaysiamadani.gov.my untuk maklumat lanjut.

Jabatan Perdana Menteri
Malaysia MADANI









*

Address

Angkatan Pertahanan Awam Daerah Port Dickson
Port Dickson
71000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Port Dickson posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share