PUSAT LATIHAN ARMOR

PUSAT LATIHAN ARMOR ๐—ฃ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐˜ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—ฟ ๐—”๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ฟ ๐——๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ (๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ข๐—ฅ)

๐—จ๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐—ฅ๐—š๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—ฉ๐—œ๐——๐—จ (๐—จ๐—ž๐—ž๐—œ) ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐——KEM SEBATANG KARAH, 9 & 10 April 2026: Pusat Latihan Kor Armor Diraja (P...
10/04/2026

๐—จ๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—–๐—˜๐—ฅ๐—š๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐——๐—œ๐—ฉ๐—œ๐——๐—จ (๐—จ๐—ž๐—ž๐—œ) ๐—ž๐—”๐—ช๐—”๐——

KEM SEBATANG KARAH, 9 & 10 April 2026: Pusat Latihan Kor Armor Diraja (PULAMOR) telah melaksanakan Ujian Kemahiran Kecergasan Individu (UKKI) Kawad Kaki di Padang Kawad Pasukan dengan penglibatan 130 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Ujian ini bertujuan memastikan setiap anggota mencapai tahap kemahiran kawad yang ditetapkan, di samping mengekalkan disiplin dan ketepatan pergerakan.

Pelaksanaan UKKI ini juga memberi peluang kepada anggota untuk mengenal pasti serta memperbaiki kelemahan, sekali gus meningkatkan keselarasan kawad dan keberkesanan latihan.




๐—ฃ๐—ฅ๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง (๐—Ÿ๐—ž๐—ฃ) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—”๐—ฅ๐— ๐—ข๐—ฅ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—”Port Dickson, 10 April 2026 โ€“ Pusat Latihan K...
10/04/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—š๐—” ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง (๐—Ÿ๐—ž๐—ฃ) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—”๐—ฅ๐— ๐—ข๐—ฅ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—”

Port Dickson, 10 April 2026 โ€“ Pusat Latihan Kor Armor Diraja (PULAMOR) telah melaksanakan Pra Lembaga Kenaikan Pangkat (LKP) Peringkat Pasukan Siri 1/2026 yang melibatkan seramai 12 orang calon Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dan 7 orang calon Pegawai Tidak Tauliah Rendah (PTTR), bertempat di Padang Kawad PULAMOR.

Pelaksanaan Pra LKP ini bertujuan menilai calon secara menyeluruh merangkumi aspek fizikal dan sahsiah diri, termasuk personaliti, penampilan, keyakinan, kredibiliti, kompetensi serta keupayaan berkomunikasi sebagai seorang PTTK yang berwibawa.

Program ini telah berlangsung selama empat hari bermula 7 hingga 10 April 2026. Hari pertama dimulakan dengan pendaftaran calon pada waktu pagi, manakala pada sebelah petang dilaksanakan Ujian Kelayakan Individu (UKA). Hari kedua diteruskan dengan ujian kawad kaki. Seterusnya, hari ketiga melibatkan ujian percambahan minda serta ujian bertulis. Program diakhiri pada hari keempat dengan sesi temuduga akhir yang diadakan di Bilik Mesyuarat PULAMOR. Sesi temuduga tersebut dipengerusikan oleh Komandan PULAMOR, Lt Kol Che Hassan bin Che Mohamad bersama barisan ahli panel.

Inisiatif ini bukan sekadar rutin, malah merupakan manifestasi komitmen pasukan dalam memperkukuh keutuhan organisasi serta memastikan kesiagaan dan kelangsungan misi sentiasa berada pada tahap tertinggi. Semua calon turut diingatkan agar sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme, menjauhi gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan ketum serta mengelakkan aktiviti perjudian, di samping mengekalkan disiplin, komitmen dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan.




๐—จ๐—ฃ๐—”๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—› ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฏ๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐ŸฒPORT DICKSON : Komandan PULAMOR, Lt Kol Che Hassan bin Che M...
10/04/2026

๐—จ๐—ฃ๐—”๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—› ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฏ๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐Ÿฒ

PORT DICKSON : Komandan PULAMOR, Lt Kol Che Hassan bin Che Mohamad telah menyempurnakan Upacara Pembukaan Kursus Jurulatih Meriam Perisai Siri 36/2026 bertempat di Dewan Terbuka, Bahagian Latihan PULAMOR pada 10 Apr 2026.

Kursus yang dilaksanakan selama 11 minggu bermula 6 April 2026 hingga 19 Jun 2026 ini melibatkan seramai 5 penuntut pegawai dan 20 penuntut Lain-Lain Pangkat (LLP).

Kursus ini bertujuan untuk melahirkan pegawai dan anggota yang kompeten bagi melayakkan menjadi seorang Jurulatih Meriam Perisai. Selain itu juga, sepanjang kursus ini berlangsung, penuntut akan dilatih dalam bidang mengaplikasikan kaedah mengajar, pengetahuan persenjataan meriam perisai, kejurulatihan dan pentadbiran meriam perisai.

Komandan dan semua warga PULAMOR mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya kepada penuntut bagi menjalani kursus ini dengan jayanya akhir nanti.




๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐— ๐—ฅ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPORT DICKSON, 9 April 2026: Seramai 130 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah menyertai...
09/04/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐— ๐—ฅ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

PORT DICKSON, 9 April 2026: Seramai 130 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah menyertai Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) yang disempurnakan oleh PW I Mohd Khairuddin bin Ishak, SMR PULAMOR, di Padang Kawad Kem Sebatang Karah.

Perbarisan dimulakan dengan nyanyian lagu Markas Latihan, diikuti pemeriksaan perbarisan oleh SMR, seterusnya diteruskan dengan latihan kawad. Perbarisan ini merupakan antara aktiviti rejimental yang dilaksanakan bagi mengekalkan dan memperkukuh Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) dalam kalangan anggota, selaras dengan hasrat Pucuk Pimpinan Tentera Darat agar amalan SPR terus dihayati oleh seluruh warga Tentera Darat.

Dalam ucapannya, SMR menekankan kepentingan menjaga disiplin dan keterampilan sebagai seorang soldadu terlatih, di samping sentiasa memelihara nama baik pasukan serta Tentera Darat secara keseluruhannya. Beliau turut mengingatkan agar semua anggota menjauhi gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan ketum, serta mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti perjudian yang boleh menjejaskan kerjaya dan imej pasukan.

Perbarisan diakhiri dengan bacaan doa dan sesi bergambar.




02/04/2026
๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—จ ๐——๐—œ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—Ÿ๐—ง๐—— ๐—ž๐—˜- ๐Ÿฎ๐ŸฐSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Mej Jen Datuk Marzuki bin Hj Mokht...
02/04/2026

๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—จ ๐——๐—œ๐—ž๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—Ÿ๐—ง๐—— ๐—ž๐—˜- ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Mej Jen Datuk Marzuki bin Hj Mokhtar, Panglima Latihan Tentera Darat Ke- 24 dan Datin Roziah binti Abdullah, Pengerusi BAKAT PLDTD Ke- 24

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta keberkatan yang berpanjangan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.

Terima kasih atas segala sumbangan yang amat bermakna, khususnya dalam memperkasa Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat.




๐—จ๐—ฃ๐—”๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—”๐—ฅ๐— ๐—ข๐—ฅ ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPORT DICKSON: Upacara Pembukaan Kursus Ketua Seksyen Armor Siri...
01/04/2026

๐—จ๐—ฃ๐—”๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—”๐—ฅ๐— ๐—ข๐—ฅ ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿญ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

PORT DICKSON: Upacara Pembukaan Kursus Ketua Seksyen Armor Siri 21/2026 telah diadakan di pekarangan PULAMOR dan disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Che Hassan bin Che Mohamad, Komandan Pusat Latihan Kor Armor Diraja pada 1 April 2026, pagi ini.

Kursus ini dihadiri oleh 31 orang penuntut lain-lain pangkat yang sedang dilaksanakan selama 20 minggu bermula 30 Mac hingga 14 Ogos 2026 anjuran Cawangan Taktik. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan Ketua Seksyen Armor yang kompeten bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab di dalam membantu pentadbiran sesebuah Trup Armor serta meningkatkan pengetahuan sebagai seorang pemimpin sesebuah seksyen dalam mengaplikasikan Operasi Armor.

Majlis dimulakan dengan penuntut melaksanakan acara merempuh halangan di dalam sekitar kem sebelum diteruskan lagi dengan ucapan Komandan PULAMOR, gimik penyerahan bendera kursus dan diakhiri dengan acara bergambar.

Komandan dan semua warga PULAMOR mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya kepada penuntut dalam menjalani sepanjang kursus ini berlangsung.

Turut hadir, Timbalan Komandan PULAMOR, Leftenan Kolonel Mohd Rosle bin Mat Lela dan Ketua Jurulatih PULAMOR, Mejar Mohd Rizal bin Hashim.




๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›Komandan dan seluruh warga Pusat Latihan Kor Armor Diraja (PULAMOR) mengucapkan Selama...
20/03/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›

Komandan dan seluruh warga Pusat Latihan Kor Armor Diraja (PULAMOR) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Umat Islam terutama warga PULAMOR.

Ketika tangan tak mampu berjabat,
Kaki tak dapat melangkah,
Hanya hati yang mampu berbisik,
Mohon maaf atas segala kesalahan kami.

Selamat Hari Raya!




20/03/2026

๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—”๐—ฅ๐— ๐—ข๐—ฅ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” (๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ข๐—ฅ)

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin โœจ




18/03/2026
๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—–๐—จ๐—ง๐—œ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPORT DICKSON, 16 Mac 2026: Pusat Latihan Kor Armor Dir...
16/03/2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—–๐—จ๐—ง๐—œ ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

PORT DICKSON, 16 Mac 2026: Pusat Latihan Kor Armor Diraja (PULAMOR) telah melaksanakan Pemeriksaan Kenderaan bagi anggota PULAMOR yang akan p**ang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Turut hadir semasa pemeriksaan Lt Kol Mohd Andri bin Ab Rahman, Ketua Bahagian Tadbir.

Pemeriksaan dokumen merangkumi aplikasi MyJPJ, MyTentera, Lesen Memandu, Cukai Jalan Kenderaan dan tarikh kenderaan diselenggara. Manakala pemeriksaan fizikal kenderaan p**a diperiksa merangkumi kondisi kenderaan seperti keadaan tayar, lampu isyarat kenderaan, lampu kecemasan, minyak enjin dan brek kereta.

Objektif pemeriksaan kenderaan adalah untuk memastikan kondisi kenderaan anggota berada dalam keadaan baik dan selamat untuk dipandu p**ang ke kampung halaman masing-masing. Selain itu, pemeriksaan juga dilaksanakan bertujuan memastikan kebajikan anggota terjaga agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.




๐— ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—”๐——๐—˜ ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—”๐—ฅ๐— ๐—ข๐—ฅ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” PORT DICKSON, 16 Mac 26: Seramai 16 Pegawai, 120 Anggota LLP termasuk 15 St...
16/03/2026

๐— ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—”๐——๐—˜ ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐—ฅ ๐—”๐—ฅ๐— ๐—ข๐—ฅ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—”

PORT DICKSON, 16 Mac 26: Seramai 16 Pegawai, 120 Anggota LLP termasuk 15 Staf Awam telah terlibat di dalam Muster Parade PULAMOR pada pagi ini, bertempat di Padang Kawad Kem Sebatang Karah.

Muster Parade yang diadakan setiap hari Isnin ini diketuai oleh Timbalan Komandan, Lt Kol Mohd Rosle bin Mat Lela. Manakala Ajutan Perbarisan adalah Kapt Rohaizee bin Rusli dan SMR adalah PW I Khairuddin bin Ishak.

Muster Parade telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan penyampaian Tazkirah oleh Guru Agama Pasukan dan upacara pemakaian pangkat kepada 8 Anggota lain-lain pangkat (LLP). Acara diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar Kesatria dan ucapan daripada Komandan PULAMOR, Lt Kol Che Hassan bin Che Mohamad.

Di dalam ucapan Komandan, beliau mengucapkan syabas kepada semua anggota yang telah dinaikkan pangkat dan menekankan bahawa pangkat datang bersama tanggungjawab.

Acara perbarisan ini bersesuaian dengan objektif perintah ulung Panglima Latihan Tentera Darat yang mana menekankan kepada Kemampanan Organisasi bagi mengukuhkan sumber manusia di dalam sesebuah Pusat Latihan.




Address

Port Dickson

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSAT LATIHAN ARMOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share