Unit Tentera JKR Negeri Sembilan

Unit Tentera JKR Negeri Sembilan Menjalankan kerja penyelenggaraan fasiliti di Kem Tentera Negeri Sembilan meliputi Darat dan Udara Fasiliti yang disenggara oleh JKR UTNS termasuklah:

1.

KHIDMAT JKR UNIT TENTERA NEGERI SEMBILAN

Perkhidmatan UTNS mencakupi skop-skop kerja penyelenggaraan dan pemuliharaan Bangunan Pentadbiran serta Rumah Keluarga di Kem Tentera sekitar Negeri Sembilan meliputi tiga (4) lokasi utama:

(1) Port Dickson
(2) Seremban
(3) Gemas
(4) Sendayan

Dalam melaksanakan tugas tersebut, kawalan dari autonomi sepenuhnya dikenakan daripada JKR Negeri Sembilan dari

aspek perolehan dan pentadbiran umum. Markas Garison, Gemas
2. 21 RAD, Gemas
3. 34 RAD, Gemas
4. PUSASDA, Port Dickson
5. MSSPD, Port Dickson
6. Rej Ke-2 KAD, Port Dickson
7. 1 Angkut, Port Dickson
8. RSAT, Port Dickson
9. PGAT, Port Dickson
10. 508 Wataniah, Seremban
11. 11 Angkut, Seremban
12. RKAT PU Sendayan

24/04/2026
NOTIS SEBUTHARGA MEKANIKALSEBUTHARGA NO : JKR/UTNS/SH02/2026TAJUK SEBUTHARGA : KERJA-KERJA SENGGARAAN BERKALA LIF JENAMA...
24/04/2026

NOTIS SEBUTHARGA MEKANIKAL

SEBUTHARGA NO : JKR/UTNS/SH02/2026

TAJUK SEBUTHARGA : KERJA-KERJA SENGGARAAN BERKALA LIF JENAMA OTIS DI BLOK RUMAH KELUARGA ANGKATAN TENTERA (RKAT) TAHUN 2026/2027, PANGKALAN UDARA SENDAYAN, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

Tarikh Iklan : 24 April 2026 (Jumaat)
Tarikh Taklimat Tapak : 30 April 2026 (Khamis)
Tarikh Mula Jual : 30 April 2026 (Khamis)
Tarikh Akhir Jual : 7 Mei 2026 (Khamis)
Tarikh Tutup : 7 Mei 2026 (Khamis)

Maklumat terperinci adalah seperti di lampiran.


NOTIS SEBUTHARGA AWAMSEBUTHARGA NO : JKR/UTNS/SH01/2026TAJUK SEBUTHARGA : KERJA-KERJA PENGGANTIAN DAN SENGGARAAN 'FIX CA...
24/04/2026

NOTIS SEBUTHARGA AWAM

SEBUTHARGA NO : JKR/UTNS/SH01/2026

TAJUK SEBUTHARGA : KERJA-KERJA PENGGANTIAN DAN SENGGARAAN 'FIX CABINET' SINKI SERTA KERJA LAIN YANG BERKAITAN DI RUMAH KELUARGA ANGKATAN TENTERA, PANGKALAN UDARA SENDAYAN, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

Tarikh Iklan : 24 April 2026 (Jumaat)
Tarikh Taklimat Tapak : 30 April 2026 (Khamis)
Tarikh Mula Jual : 30 April 2026 (Khamis)
Tarikh Akhir Jual : 7 Mei 2026 (Khamis)
Tarikh Tutup : 7 Mei 2026 (Khamis)

Maklumat terperinci adalah seperti di lampiran.


Masih belum terlambat untuk kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Adiratna Wir...
24/04/2026

Masih belum terlambat untuk kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Adiratna Wira bin Adnan atas segala jasa, sumbangan serta kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Unit, JKR Unit Tentera Negeri Sembilan

Segala dedikasi, komitmen dan tunjuk ajar yang diberikan amat bermakna dan akan terus dikenang oleh seluruh warga unit.

Kami mendoakan agar beliau terus maju jaya dan cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.

Pada masa yang sama, kami mengalu-alukan pelantikan Ir. Allim bin Abdullah sebagai Ketua Unit yang baharu berkuat kuasa mulai 1 April 2026.

Semoga dengan kepimpinan beliau, unit ini akan terus maju, cemerlang dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Selamat maju jaya dan selamat menjalankan tugas.

Ikhlas daripada,
Warga kerja
Unit Tentera JKR Negeri Sembilan


17/03/2026

Menjelang Aidilfitri, ada rindu yang terpaksa dipendam demi sebuah amanah.Saksikan Setulus Janji Wira Kuning, sebuah naskhah meruntun jiwa daripada JKR Malay...

PENYERAHAN SUMBANGAN IKHLAS KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAMHari ini telah diadakan penyerahan sumbangan ikhlas kepada isteri...
17/03/2026

PENYERAHAN SUMBANGAN IKHLAS KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM

Hari ini telah diadakan penyerahan sumbangan ikhlas kepada isteri Allahyarham Muhammad Farid bin Abdul Aziz, Penjaga Jentera Elektrik (J1) dari Unit Tentera JKR Negeri Sembilan yang telah kembali ke rahmatullah pada 31 Januari 2026.

Sumbangan ini merupakan hasil kutipan ikhlas warga Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan dan Unit Tentera Negeri sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada keluarga Allahyarham.

Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Al-Fatihah.

Ziarah Kebajikan Warga KerjaWakil Unit Tentera JKR Negeri Sembilan telah menziarahi En. Muhammad Iftitah bin Marjohan, P...
16/03/2026

Ziarah Kebajikan Warga Kerja

Wakil Unit Tentera JKR Negeri Sembilan telah menziarahi En. Muhammad Iftitah bin Marjohan, Pembantu Kemahiran JKR UTNS yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 4 Mac 2026 dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Kunjungan ini sebagai tanda keprihatinan dan sokongan warga jabatan, di samping penyampaian sumbangan kebajikan bagi meringankan sedikit beban yang dihadapi.

Semoga En. Iftitah diberikan kesembuhan yang segera dan dipermudahkan segala urusan.


SESI PENGAUDITAN KHAS PERJAWATAN DAN SUMBER MANUSIAPada 6 Mac 2026 (Jumaat), Unit Tentera JKR Negeri Sembilan telah mene...
06/03/2026

SESI PENGAUDITAN KHAS PERJAWATAN DAN SUMBER MANUSIA

Pada 6 Mac 2026 (Jumaat), Unit Tentera JKR Negeri Sembilan telah menerima kunjungan Pasukan Pengauditan daripada Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB), Jabatan Kerja Raya Malaysia bagi melaksanakan Pengauditan Khas Perjawatan dan Sumber Manusia.

Pengauditan ini bertujuan untuk membuat pemeriksaan, penilaian serta pemantauan terhadap pematuhan prinsip perjawatan, struktur organisasi serta pelaksanaan pengurusan sumber manusia selaras dengan dasar dan garis panduan yang ditetapkan.

Pelaksanaan pengauditan ini juga adalah selaras dengan Surat Edaran Arahan Pelaksanaan Audit Kendiri Perjawatan dan Operasi (AKPO) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Semoga sesi pengauditan ini dapat membantu memperkukuhkan lagi tadbir urus organisasi serta meningkatkan kecekapan pengurusan sumber manusia di Unit Tentera JKR Negeri Sembilan.

Terima kasih kepada pasukan auditor atas kerjasama dan panduan yang diberikan sepanjang sesi pengauditan berlangsung.


BENGKEL PEMURNIAN ASET SECARA FIZIKAL DAN SISTEM, 3 MAC 2026.Pada 3 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Pemurnian Aset S...
06/03/2026

BENGKEL PEMURNIAN ASET SECARA FIZIKAL DAN SISTEM, 3 MAC 2026.

Pada 3 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Pemurnian Aset Secara Fizikal dan Sistem bertempat di Bilik Mesyuarat Unit Tentera JKR Negeri Sembilan.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Pn. Nurhanisa binti Azmi dan Ts. Dhiya Farhana binti Khaidir daripada Cawangan Dasar Pengurusan Korporat (CDPK), JKR Malaysia bagi memberi penerangan dan panduan berkaitan pengurusan serta pemurnian aset secara fizikal dan melalui sistem selaras dengan tatacara pengurusan aset kerajaan.

Semoga bengkel ini dapat meningkatkan kefahaman serta memperkukuhkan pengurusan aset di Unit Tentera JKR Negeri Sembilan agar lebih cekap, sistematik dan teratur.

Terima kasih kepada pihak CDPK JKR Malaysia atas perkongsian ilmu serta kepada semua yang terlibat.


Tahniah dan Syabas!Unit Tentera JKR Negeri Sembilan telah menerima Sijil Pengiktirafan daripada Kementerian Kerja Raya M...
06/03/2026

Tahniah dan Syabas!

Unit Tentera JKR Negeri Sembilan telah menerima Sijil Pengiktirafan daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia atas pencapaian 100% pembayaran bil dalam tempoh tujuh (7) hari bagi tahun 2025.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan warga kerja Unit Tentera JKR Negeri Sembilan dalam memastikan pengurusan kewangan dan proses pembayaran dilaksanakan secara cekap, telus dan berintegriti.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan rakan strategik pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja yang terlibat.


Address

JABATAN KERJA RAYA, UNIT TENTERA NEGERI SEMBILAN, KM8 Jalan PANTAI
Port Dickson
70150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Tentera JKR Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share