18/04/2023
EDARAN BAKUL RAYA KE FRONTLINERS SEKITAR BAGAN PINANG
18 APRIL 2023 (SELASA), PORT DICKSON
Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Tn. Nasir Raman bersama pasukan Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang mengambil inisiatif menyediakan dan mengedar bakul raya ke beberapa agensi kerajaan di sekitar Bagan Pinang.
Antara lokasi yang kami lawati pagi tadi adalah Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Klinik Ibu Mengandung Teluk Kemang, Balai Polis Teluk Kemang, Klinik Kesihatan Bagan Pinang, Majlis Perbandaran Port Dickson, Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson dan FAMA Port Dickson.
Tn. Nasir juga sempat mengedarkan kad raya daripada YAB Dato' Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat petugas-petugas "frontliners" kita yang akan berkhidmat ketika kebanyakan kita bercuti raya.