Akademi Tentera Darat

Akademi Tentera Darat Pusat Latihan Tentera Darat bagi membentuk kepimpinan ketenteraan yang berkualiti dan berwibawa

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„πŒππ”πŠπ€π€π πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐆𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ„π†π€π–π€πˆ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓PORT DICKSON, 15 Apr 26 – Divisyen Perkembangan Latihan da...
16/04/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„πŒππ”πŠπ€π€π πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐆𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ„π†π€π–π€πˆ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓

PORT DICKSON, 15 Apr 26 – Divisyen Perkembangan Latihan dan Divisyen Pendidikan dan Bahasa telah menganjurkan Majlis Pembukaan Kursus Gabungan bagi Kursus Pegawai Perkembangan Latihan dan Kursus Pembinaan Jurulatih Pegawai Siri 1/2026 bertempat Di Dewan Si Rusa, Akademi Tentera Darat.

Kursus ini berlangsung selama 5 minggu bermula 6 April 2026 hingga 8 Mei 2026 melibatkan 19 penuntut Pegawai Tentera Darat dan seorang Pegawai Penjara daripada Kursus Pegawai Perkembangan Latihan manakala 23 penuntut daripada Kursus Pembinaan Jurulatih Pegawai.

Brig Jen Dato’ Mohd Sauffi bin Hj Omar, Komandan Akademi Tentera Darat telah merasmikan majlis pembukaan kursus tersebut. Dalam ucapannya, Komandan menerangkan kepada semua penuntut berkenaan aspek πΎπ‘›π‘œπ‘€π‘™π‘’π‘‘π‘”π‘’, π‘†π‘˜π‘–π‘™π‘™π‘  dan 𝐴𝑑𝑑𝑖𝑑𝑒𝑑𝑒 yang perlu ada dalam diri setiap penuntut kerana ketiga-tiga aspek ini amat penting dalam meningkatkan kompetensi seseorang pegawai tentera secara menyeluruh.

Selain itu, Komandan ATD menegaskan agar semua penuntut sentiasa berusaha mendapatkan ilmu sebanyak mungkin supaya ilmu yang diperoleh dapat digunakan setelah kembali ke pasukan masing-masing.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Kolej Pegawai Tidak Tauliah, Kol Irwan bin Ibrahim, Ketua Jurulatih ATD, Lt Kol Muhamad Nazrul bin Basar, Jurulatih Kanan Divisyen Perkembangan Latihan, Mej Adi Sumansyah bin Abu Shah, Jurulatih Kanan Divisyen Pendidikan dan Bahasa, Mej Ayub bin Mohd Rhi, Sarjan Mejar Rejimen ATD, PW1 Mohd Sharidan bin Nordin serta barisan jurulatih.


π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπŽπ‘ π€π†π€πŒπ€ π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 (πŠπ€π†π€π“) πŠπ„ πŸ’πŸKomandan Akademi Tentera Darat (ATD), Brig Je...
15/04/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŠπŽπ‘ π€π†π€πŒπ€ π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 (πŠπ€π†π€π“) πŠπ„ πŸ’πŸ

Komandan Akademi Tentera Darat (ATD), Brig Jen Dato' Mohd Sauffi bin Hj Omar serta seluruh warga ATD mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) ke 41 pada 16 April 2026.

Sepanjang penubuhannya, KAGAT memainkan peranan penting sebagai tunjang kerohanian dalam Angkatan Tentera Malaysia, membimbing warga tentera agar sentiasa berpegang kepada nilai agama, berdisiplin dan berintegriti. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas segala pengorbanan dan komitmen warga KAGAT dalam memperkukuh sahsiah serta jati diri anggota.


π„πŠπ’π„π’π€πˆπ’ π…π€π‹π‚πŽπ π’π“πŽπ‘πŒ (π‚πŽπ”ππ“π„π‘ πˆππ’π”π‘π†π„ππ’πˆ 𝐖𝐀𝐑𝐅𝐀𝐑𝐄) πƒπˆπ•πˆπ’π˜π„π πŠπ€πƒπ„π“ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”Port Dickson, 14 Apr 2...
15/04/2026

π„πŠπ’π„π’π€πˆπ’ π…π€π‹π‚πŽπ π’π“πŽπ‘πŒ (π‚πŽπ”ππ“π„π‘ πˆππ’π”π‘π†π„ππ’πˆ 𝐖𝐀𝐑𝐅𝐀𝐑𝐄) πƒπˆπ•πˆπ’π˜π„π πŠπ€πƒπ„π“ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Port Dickson, 14 Apr 26 – Seramai 373 Pegawai Kadet telah berjaya menamatkan Eksesais _Falcon Storm_ yang berlangsung selama tujuh hari bermula 8 hingga 14 Apr 26 di Kawasan Latihan Bukit Hitam.
Eksesais ini merupakan sebahagian daripada latihan intensif _Counter Insurgency Warfare_ (CIW) yang memberi penekanan terhadap aspek taktikal, ketahanan fizikal serta kepimpinan dalam situasi operasi sebenar.

Latihan ini melibatkan penyertaan 252 Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (PKLI) Siri 40/25, 114 Pegawai Kadet Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA) Siri 14/25 serta 7 Pegawai Kadet Tahun Akhir Perubatan (LKTA Perubatan) Siri 10/25. Sepanjang eksesais, para kadet telah melalui pelbagai fasa latihan mencabar termasuk menduduki pangkalan, operasi rondaan, serangan hendap, pertahanan kawasan serta pengendalian ancaman insurgensi.
Sepanjang pelaksanaan eksesais, para kadet diuji dari segi keupayaan membuat keputusan di bawah tekanan, tahap kerjasama berpasukan serta kecekapan dalam melaksanakan perintah operasi. Latihan ini turut menekankan aspek disiplin, daya tahan mental dan fizikal serta kepimpinan di lapangan.
Selain itu, Pegawai Kadet Perubatan memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan perubatan medan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan dan keselamatan anggota sentiasa terpelihara sepanjang latihan dijalankan.

Kemuncak eksesais ini adalah Demostrasi Serangan Khemah Sementara Musuh dan perbarisan penutup eksesais telah disaksikan dan dirasmikan oleh Ketua Jurulatih Akademi Tentera Darat, Lt Kol Muhamad Nazrul bin Basar.
Kejayaan menamatkan eksesais ini membuktikan tahap kesiapsiagaan serta keupayaan para kadet sebagai bakal pemimpin Angkatan Tentera yang berwibawa, di samping menjadi penanda aras dalam menghadapi cabaran operasi sebenar pada masa hadapan.

Eksesais ini diakhiri dengan sesi penilaian dan maklum balas oleh jurulatih bagi memperkukuh kemahiran serta menambah baik kelemahan yang dikenal pasti sepanjang latihan.



𝐔𝐏𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 ππ„πŒππ”πŠπ€π€π πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓𝐀𝐍 π‰π”π‘π”π‹π€π“πˆπ‡ π‰π€π’πŒπ€ππˆ & π’π”πŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐀𝐒𝐀𝐒 π‰π”π‘π”π‹π€π“πˆπ‡ π‰π€π’πŒπ€ππˆ & π’π”πŠπ€π π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ” πŠπŽπ‹π„π‰ ...
14/04/2026

𝐔𝐏𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 ππ„πŒππ”πŠπ€π€π πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓𝐀𝐍 π‰π”π‘π”π‹π€π“πˆπ‡ π‰π€π’πŒπ€ππˆ & π’π”πŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐀𝐒𝐀𝐒 π‰π”π‘π”π‹π€π“πˆπ‡ π‰π€π’πŒπ€ππˆ & π’π”πŠπ€π π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ” πŠπŽπ‹π„π‰ ππ„π†π€π–π€πˆ π“πˆπƒπ€πŠ π“π€π”π‹πˆπ€π‡ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓

Kem Terendak, 14 Apr 26 – Pengarah Kolej Pegawai Tidak Tauliah Akademi Tentera Darat (ATD - Kolej PTT), YBhg Kolonel Irwan bin Ibrahim telah merasmikan Pembukaan Kursus Lanjutan Jurulatih Jasmani & Sukan dan Kursus Asas Jurulatih Jasmani & Sukan Siri 1/2026 di Gelanggang Terbuka Divisyen Jasmani dan Sukan, Kem Terendak, Melaka.

Pembukaan Kursus Lanjutan Jurulatih Jasmani & Sukan terdiri daripada 18 penuntut dan Kursus Asas Jurulatih Jasmani & Sukan seramai 62 penuntut terdiri daripada 2 penuntut Pegawai, 60 penuntut LLP, lain-lain agensi iaitu 1 penuntut Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), 1 penuntut Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ), dan 3 penuntut Pranita. Kursus ini bermula pada 6 April dan dijadualkan berakhir pada 17 Julai 2026 (15 minggu).

Kursus ini bertujuan melengkapkan bakal Jurulatih Jasmani dengan pengetahuan dan kemahiran dalam latihan kecergasan, pengurusan serta penganjuran sukan.
Pengarah Kolej PTT menekankan kepentingan sains sukan, keberkesanan latihan dan pencegahan kecederaan, serta menggalakkan penuntut menimba ilmu dan pengalaman, khususnya bagi kursus asas.

Turut hadir adalah Jurulatih Kanan Div Jasmani, Mej Norzulhafizan bin Johari, Jurulatih Pegawai Div Jasmani, Kapt Nur Alif bin Abd Rahim, SMR Kolej PTT, PW I Mohd Khairi Fitri bin Man, PJL Div Jasmani, PW I Muhamad Farid bin Zakaria serta barisan jurulatih.


𝐔𝐏𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 ππ„πŒππ”πŠπ€π€π πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐆𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 πƒπˆπ•πˆπ’π˜π„π ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π πŠπŽπ‹π„π‰ ππ„π†π€π–π€πˆ π“πˆπƒπ€πŠ π“π€π”π‹πˆπ€π‡ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓PORT DICKSON, 14 A...
14/04/2026

𝐔𝐏𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 ππ„πŒππ”πŠπ€π€π πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐆𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 πƒπˆπ•πˆπ’π˜π„π ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π πŠπŽπ‹π„π‰ ππ„π†π€π–π€πˆ π“πˆπƒπ€πŠ π“π€π”π‹πˆπ€π‡ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓

PORT DICKSON, 14 Apr 26: Upacara Pembukaan Kursus Gabungan Divisyen Pengajian Kolej Pegawai Tidak Tauliah (Kolej PTT), Akademi Tentera Darat telah disempurnakan oleh Pengarah Kolej PTT, Kol Irwan bin Ibrahim di Dewan Tertutup Div Kawad dan Pengurusan yang melibatkan tiga kursus iaitu Kursus Kuatermaster Sarjan Rejimen (KMSR) Siri 1/2026, Kursus Penyelia Kanan Kerani Ketenteraan Siri 1/2026 dan Kursus Penyelia Kerani Ketenteraan Siri 2/2026.

Kursus KMSR dibawah kendalian Div Logistik melibatkan seramai 45 orang penuntut dari pelbagai kor Tentera Darat. Objektif kursus ini bertujuan meningkatkan kemampuan dalam mengendalikan serta mengurus stor am, mengurus fasilitas dan mengurus perkhidmatan logistik di pasukan.

Manakala Kursus Penyelia Kanan dan Penyelia Kerani Ketenteraan anjuran Div Kerani dihadiri seramai 104 orang penuntut bertujuan melatih bakal Ketua Kerani dan Sjn Urus Tadbir yang berpengetahuan, kompeten dan efisien dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai kerani di pasukan.

Pengarah dalam ucapannya mengucapkan selamat datang dan menekankan agar semua penuntut menimba segala ilmu yang diperolehi semasa berkursus seterusnya dapat diaplikasikan apabila kembali bertugas di pasukan kelak. Selain itu, beliau juga menekankan kepentingan File System agar perjalanan pengurusan pejabat berjalan dengan lancar, teratur dan sentiasa dalam tahap yang terbaik.

Turut hadir dalam upacara pembukaan kursus ini adalah Pegawai Staf Latih, Mejar Azahari bin Zakaria, Pemangku Jurulatih Kanan Div Logistik, Kapt Nurul Norsyuhada binti Salahuddin, Jurulatih Pegawai Div Kerani, Kapten Wan Raziq Matin bin W. Rusdi, SMR Kolej PTT dan semua barisan Jurulatih.


π–πˆπ’πŒπ€ ππˆππ“π€π‘π€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŒπ€πŠπ€π πŒπ€π‹π€πŒ π‘π„π‰πˆπŒπ„ππ“π€π‹SEREMBAN, 9 Apr 26 - Wisma Bintara Tentera Darat telah me...
14/04/2026

π–πˆπ’πŒπ€ ππˆππ“π€π‘π€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 πŒπ€π‰π‹πˆπ’ πŒπ€πŠπ€π πŒπ€π‹π€πŒ π‘π„π‰πˆπŒπ„ππ“π€π‹

SEREMBAN, 9 Apr 26 - Wisma Bintara Tentera Darat telah menganjurkan Majlis Makan Malam Rejimental di Hotel Royale Chulan, Seremban sempena meraikan Sarjan Mejar Rejimen (SMR yang telah menamatkan perkhidmatan. Majlis ini turut melibatkan Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) di bawah naungan Wisma Bintara Tentera Darat sebagai tanda penghargaan terhadap jasa, pengorbanan dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan. Majlis Makan Malam Rejimental dimulakan dengan ketibaan Penaung Wisma Bintara Tentera Darat, Brig Jen Dato' Mohd Sauffi bin Hj Omar dan isteri, Datin Dayang Satiah binti Awang Siee.

Majlis turut diadakan π·π‘–π‘›π‘›π‘’π‘Ÿ πΆπ‘Žπ‘™π‘™ untuk menjemput tetamu yang hadir dan VIP masuk ke dewan makan. Seterusnya nyanyian lagu Tentera Darat dan Negaraku dikumandangkan oleh jemputan dan ahli yang hadir. Majlis juga diteruskan dengan minum ucap selamat kepada SBP Yang Dipertuan Agong dan majlis makan bermula. Penaung di dalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada ahli jawatankuasa penganjur kerana telah menjayakan majlis dengan cemerlang. Beliau juga merakam ucapan penghargaan kepada SMR dan juga Ahli Wisma Bintara yang telah menamatkan berkhidmatan dimana jasa dan pengorbanan akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Turut hadir di Majlis Makan Malam Rejimental ialah Pegawai Penasihat Wisma Bintara Tentera Darat, Lt Kol Abdul Halim bin Hj Rosli, Pegawai Kira-Kira, Kapt Mery Cheryna anak Franky.


πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π π’ππŒ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 (𝐀𝐓𝐃) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”KEM SIRUSA, 13 Apr 26 - Div...
13/04/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π π’ππŒ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ“ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 (𝐀𝐓𝐃) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

KEM SIRUSA, 13 Apr 26 - Divisyen Pendidikan dan Bahasa melaksanakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bertempat di Rumah BAKAT, Akademi Tentera Darat (ATD). Majlis disempurnakan oleh Komandan ATD, Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Dato' Mohd Sauffi bin Hj Omar, dan isteri, Yang Berbahagia Datin Dayang Satiah binti Awang Siee.

Seramai lima penerima anugerah kecemerlangan terdiri daripada Muhammad Arif Danial bin Mohd Hidayat (9A), Megat Ahmad Hamizan bin Ahmad Halim (7A), Nur Aisyah binti Mohd Asnawi (5A), Muhammad Danish Iskandar bin Noor Azmeer(5A) dan Olivia Batrisya Sharonn anak William Macko (4A).

Dalam ucapan Komandan ATD, mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapai anak-anak dan kepada ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada anak-anak. Penyampaian anugerah ini merupakan inisiatif Komandan ATD dalam mengiktiraf pencapaian yang membanggakan serta memberi motivasi kepada anak-anak warga ATD untuk terus cemerlangan dalam pencapaian akademik.

Majlis turut dihadiri, Pengarah Kolej PTT, Pemangku Pengarah Kolej Pegawai, ahli BAKAT, RSM ATD dan para pegawai.

π„πŠπ’π„π’π€πˆπ’ _π‹π„πŽππ€π‘πƒ π’π“π‘πˆπŠπ„ 𝐈 (π‚πŽππ•π„ππ“πˆπŽππ€π‹ 𝐖𝐀𝐑𝐅𝐀𝐑𝐄)_ πƒπˆπ•πˆπ’π˜π„π πŠπ€πƒπ„π“ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”Port Dickson, 7 April ...
13/04/2026

π„πŠπ’π„π’π€πˆπ’ _π‹π„πŽππ€π‘πƒ π’π“π‘πˆπŠπ„ 𝐈 (π‚πŽππ•π„ππ“πˆπŽππ€π‹ 𝐖𝐀𝐑𝐅𝐀𝐑𝐄)_ πƒπˆπ•πˆπ’π˜π„π πŠπ€πƒπ„π“ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Port Dickson, 7 April 26 - Seramai 252 Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (PKLI) Siri 40/25, 114 Pegawai Kadet Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA) Siri 14/25 dan 7 Pegawai Kadet Tahun Akhir Perubatan (LKTA Perubatan) Siri 10/25 telah melaksanakan Eksesais Peperangan Konvensional pada 2 hingga 7 Apr 26 di sekitar kawasan Kawasan Am Sua Betong.

Eksesais ini merangkumi 4 fasa peperangan iaitu Pertahanan, Pengunduran, Mara dan Serangan.

Latihan ini merupakan Latihan Akhir Medan untuk kursus-kursus berkenaan merujuk kepada silibus yg perlu dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan Pegawai Muda TD yang mahir serta kompeten dalam taktik peperangan konvensional.

Antara objektif latihan ini adalah untuk menilai tahap kepimpinan serta kemampuan para Pegawai Kadet dalam melaksanakan tugasan mereka sebagai Ketua Platun dan juga semua peringkat anggota platun.

Upacara penutup latihan telah dilaksanakan sesudah serangan akhir yang disempurnakan oleh Lt Kol Mohd Khairulnazli bin Rodzi, Pemangku Pengarah Kolej Pegawai merangkap Ketua Divisyen Kadet.



πŠπ”π‘π’π”π’ πŽπ‘πˆπ„ππ“π€π’πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐎𝐏𝐍) π’πˆπ‘πˆ 𝟐/πŸπŸŽπŸπŸ” πŒπ„πŒππ”πŠπ€ π“πˆπ‘π€πˆ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 π‘π€π’πŒπˆππ˜π€PORT DICKSON, 11 Apr 26 - Akademi Tent...
12/04/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ πŽπ‘πˆπ„ππ“π€π’πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐎𝐏𝐍) π’πˆπ‘πˆ 𝟐/πŸπŸŽπŸπŸ” πŒπ„πŒππ”πŠπ€ π“πˆπ‘π€πˆ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 π‘π€π’πŒπˆππ˜π€

PORT DICKSON, 11 Apr 26 - Akademi Tentera Darat (ATD) telah menerima 81 Penuntut Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) INTAN untuk menjalani Kursus Orientasi Pertahanan Negara (OPN) bagi Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN Siri 2/2026 pada 10 Apr 26. Kursus ini dilaksanakan mulai 10 hingga 18 Apr 24 dan Majlis Perasmian Kursus telah disempurnakan oleh Komandan ATD, Brig Jen Dato' Mohd Sauffi bin Hj Omar bertempat di Dewan SiRusa, Kem Segenting, Port Dickson.

Antara objektif latihan adalah memberi pendedahan kepada penuntut INTAN mengenai peranan dan tugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), memperkasakan nilai jati diri dan ketenteraan kepada penuntut kursus serta mengaplikasikan peranan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dalam urusan pertahanan negara. Selain dari itu, objektif utama kursus ini adalah untuk membina kecekalan, ketabahan dan sikap disiplin para penuntut.

Komandan ATD dalam ucapannya mengucapkan selamat datang kepada seluruh Kadet OPN. Beliau juga berharap Kadet OPN dapat menimba ilmu sebanyak yang mungkin untuk dipelajari di ATD supaya dapat mengetahui latihan ketenteraan yang sebenar. Modul yang dipelajari adalah sesuai untuk dipelajari oleh Kadet OPN.

Turut hadir, Ketua Jurulatih ATD, Lt Kol Muhamad Nazrul bin Basar, Wakil dari INTAN Penolong Pengarah Kanan INTAN, Encik Muhammad Syakir bin Abdul Wahab dan barisan Jurulatih ATD.



ππ„πŒπ€πŠπ€πˆπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“ ππ„ππ˜π„π‹πˆπ€ πƒπˆπ•πˆπ’π˜π„π π‰π€π’πŒπ€ππˆ 𝐃𝐀𝐍 π’π”πŠπ€π π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓Komandan Akademi Tentera Darat (ATD), Brigedi...
11/04/2026

ππ„πŒπ€πŠπ€πˆπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“ ππ„ππ˜π„π‹πˆπ€ πƒπˆπ•πˆπ’π˜π„π π‰π€π’πŒπ€ππˆ 𝐃𝐀𝐍 π’π”πŠπ€π π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐓

Komandan Akademi Tentera Darat (ATD), Brigedier Jeneral Dato' Mohd Sauffi bin Hj Omar serta seluruh Warga ATD mengucapkan sekalung tahniah kepada PW I Muhamad Farid bin Zakaria diatas pemakaian pangkat dari Pegawai Waran II kepada Pegawai Waran I pada 21 Mac 2026 pada 10 April 2026.

Tahniah atas kenaikan pangkat yang telah diperoleh. Semoga dengan tanggungjawab baharu ini, anda terus cemerlang dalam menjalankan tugas serta menjadi inspirasi kepada rakan sekerja yang lain. Teruskan usaha dan dedikasi yang tinggi.


ππ„πŒππ”πŠπ€π€π 𝐄𝐗 π“πˆπ†π„π‘ π‚π€πŒππ€πˆπ†π π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ” ππ€π†πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓 πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐒𝐓𝐀𝐅 𝐃𝐀𝐍 π“π€πŠπ“πˆπŠ 𝐆𝐑𝐄𝐃 𝟐 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐄𝐃 πŸ‘GEMAS, 9 Apr 26 - Seramai ...
11/04/2026

ππ„πŒππ”πŠπ€π€π 𝐄𝐗 π“πˆπ†π„π‘ π‚π€πŒππ€πˆπ†π π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ” ππ€π†πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓 πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐒𝐓𝐀𝐅 𝐃𝐀𝐍 π“π€πŠπ“πˆπŠ 𝐆𝐑𝐄𝐃 𝟐 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐑𝐄𝐃 πŸ‘

GEMAS, 9 Apr 26 - Seramai 164 pegawai penuntut Kursus Staf dan Taktik Gred 2 dan Gred 3 Siri 1/2026 telah terlibat dalam Majlis Pembukaan Eksesais TIGER CAMPAIGN Siri 1/2026 yang berlangsung di Auditorium Pusat Simulasi Tempur, Pusat Olah Perang Tentera Darat, Kem Syed Sirajuddin.

Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Ketua Jurulatih Akademi Tentera Darat, Lt Kol Muhamad Nazrul bin Basar, yang turut menyempurnakan upacara pemakaian toha kepada Ketua Elemen, diikuti dengan ucapan perasmian serta Taklimat Konsep Operasi (CONOP Brief) oleh Ketua HICON.

Eksesais ini dilaksanakan berkonsepkan Eksesais Pos Perintah (POSTAH), di mana penuntut dibahagikan kepada beberapa komponen utama iaitu 𝐸π‘₯π‘’π‘Ÿπ‘π‘–π‘ π‘’ πΆπ‘œπ‘›π‘‘π‘Ÿπ‘œπ‘™π‘™π‘’π‘Ÿ, π»π‘–π‘”β„Žπ‘’π‘Ÿ πΆπ‘œπ‘›π‘‘π‘Ÿπ‘œπ‘™π‘™π‘’π‘Ÿ, πΈπ‘£π‘Žπ‘™π‘’π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› π‘‡π‘’π‘Žπ‘š π‘‘π‘Žπ‘› πΏπ‘œπ‘€π‘’π‘Ÿ πΆπ‘œπ‘›π‘‘π‘Ÿπ‘œπ‘™π‘™π‘’π‘Ÿ, dengan sokongan daripada π‘†π‘–π‘šπ‘’π‘™π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› πΆπ‘œπ‘›π‘‘π‘Ÿπ‘œπ‘™π‘™π‘’π‘Ÿ (SIMCON) Pusat Olah Perang Tentera Darat.

Eksesais ini berperanan sebagai platform utama untuk menguji pelan operasi yang dibangunkan melalui Intelligence Preparation of the π‘‚π‘π‘’π‘Ÿπ‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘›π‘Žπ‘™ πΈπ‘›π‘£π‘–π‘Ÿπ‘œπ‘›π‘šπ‘’π‘›π‘‘ (IPOE) dan π‘€π‘–π‘™π‘–π‘‘π‘Žπ‘Ÿπ‘¦ π΄π‘π‘π‘Ÿπ‘’π‘π‘–π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› π‘ƒπ‘Ÿπ‘œπ‘π‘’π‘ π‘  (MAP) dan diaplikasikan dalam Sistem BattleTek IV. Pelaksanaan π‘…π‘’β„Žπ‘’π‘Žπ‘Ÿπ‘ π‘Žπ‘™ π‘œπ‘“ πΆπ‘œπ‘›π‘π‘’π‘π‘‘ (ROC) dilaksanakan pada waktu malam sebelum disimulasikan dalam sistem, bagi menilai tahap pengetahuan dan kemahiran penuntut dalam aturgerak ofensif dan defensif, termasuk kefahaman terhadap Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) serta sokongan logistik.

Keunikan eksesais kali ini adalah pengujian aturgerak melibatkan dua formasi iaitu Briged Mekanize dan Motorised, yang diadaptasi selaras dengan konsep Angkatan Masa Hadapan. Pendekatan ini bertujuan membentuk pemikiran kritikal dalam kalangan penuntut, khususnya dalam memahami integrasi serta penggunaan pelbagai aset semasa, sekali gus menyediakan pegawai yang lebih kompeten dan adaptif bagi menghadapi keperluan operasi masa hadapan.

Majlis ini turut dihadiri oleh Mej Norazlizam bin Misnon, wakil dari Pusat Olah Perang Tentera Darat serta Juruarah Kanan daripada kedua-dua kursus iaitu Mej Mohd Zainul Ariffin bin Zainal Abidin dan Mej Mohd Azrulnizam bin Azizan.


πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„πŒππ”πŠπ€π€π πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 π“π‡π€πˆπ‹π€ππƒ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”PORT DICKSON, 7 Mac 26  - Pembukaan Kursus Asas Bahasa Thai Siri...
07/04/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„πŒππ”πŠπ€π€π πŠπ”π‘π’π”π’ 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 π“π‡π€πˆπ‹π€ππƒ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”

PORT DICKSON, 7 Mac 26 - Pembukaan Kursus Asas Bahasa Thai Siri 1/26 telah disempurnakan oleh Ketua Jurulatih Akademi Tentera Darat (ATD), Lt Kol Muhamad Nazrul bin Basar di Pusat Bahasa Akademi Tentera Darat pada hari ini. Kursus Asas Bahasa Thai Siri 1/26 ini melibatkan penyertaan seramai 2 pegawai dan 14 anggota pelbagai kor dari Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Dalam ucapan pembukaan, beliau menegaskan kepada para peserta agar mengambil peluang yang ada untuk mempelajari Bahasa Thai sebaiknya kerana dengan kemahiran berbahasa asing para peserta dapat memanfaatkannya di dalam perkhidmatan.

Beliau juga turut menekankan empat perkara sebagai pesanan dan ingatan kepada para peserta. Pertama, para peserta hendaklah menepati masa dalam setiap perkara, kedua, jangan ada dalam kalangan peserta yang menipu dan meniru semasa peperiksaan. Ketiga, hendaklah menjauhi diri dari penyalahgunaan dadah dan keempat patuhi disiplin sebagai seorang tentera. Selain itu, kesungguhan setiap penuntut dalam menimba ilmu adalah kunci kepada kejayaan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Mej Ayub bin Mohd Rhi, Jurulatih Kanan Divisyen Pendidikan, Kapt Nursyarmila binti Sulaiman, Jurulatih Pegawai dan barisan jurulatih Divisyen Pendidikan dan Bahasa.


Address

Akademi Tentera Darat, Kem Segenting, PORT DICKSON Darul Khusus
Port Dickson
71050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Tentera Darat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Akademi Tentera Darat:

Share