20/07/2026
Semakin ramai warga DUN Linggi berkongsi harapan yang sama – mereka mahukan seorang pemimpin yang mudah didekati. Sedia mendengar, dan sentiasa bersama rakyat. Dato' Mohd Faizal Ramli terus turun padang, menyantuni setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang.
Setiap teguran didengari, setiap pandangan dihargai, kerana bagi beliau, suara rakyat adalah amanah yang perlu dipikul. Bersama kita eratkan silaturahim, kukuhkan perpaduan, dan bina DUN Linggi yang lebih maju untuk semua.