Mahkamah Rendah Syariah Port Dickson

Mahkamah Rendah Syariah Port Dickson Mahkamah Rendah Syariah Port Dickson terletak berhampiran Majlis Perbandaran Port Dickson, jabatan veterinar Port Dickson Dan Mahkamah Majistret PD

12/09/2023

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

YBhg Dato'/Prof/Prof.Madya/Dr/Tuan/Puan,

*JEMPUTAN: WEBINAR LITERASI UNDANG-UNDANG “MENYINGKAP TABIR SIHIR DALAM PERCERAIAN"*

Sukacita dimaklumkan Klinik Literasi dan Bantuan Guaman (KLBG), Fakulti Undang-undang, UKM dengan kerjasama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Masjid al- Hasanah Bandar Baru Bangi dan Masjid Sheikh Hj Ahmad Sendayan akan menganjurkan Webinar Literasi bertajuk "Menyingkap Tabir Sihir Dalam Perceraian" seperti butiran berikut:

🗓️ *26 September 2023 (Selasa)*
⏰ *10.00 pagi - 12.00 tengahari*
📱 *_Facebook Live_ KLBG (http://web.facebook.com/KLBGUKM/)*
🖥️ *Aplikasi Zoom dipautan berikut:* https://ukm-edu-my.zoom.us/j/92273698098?pwd=ZUMwRy8rWUp2V1NqdG9TRnJmcVZDZz09

Meeting ID: 922 7369 8098
Passcode: 207173

Penceramah:
*YBHG. YA. DR. ZAINAL ABIDIN BIN KUSMIN*
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah,
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

Moderator:
*DR. SUHAIZAD BIN SAIFUDDIN*
Pensyarah Kanan,
(Ketua Klinik Literasi dan Bantuan Guaman), Fakulti Undang-undang,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Layari Tiktok: www.tiktok.com/
Youtube: https://youtube.com/
FB: http://web.facebook.com/KLBGUKM/

Sekian, terima kasih.

14/02/2023

SIRI CELIK UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH (BAHAGIAN 1)

Setiap Pernikahan Perlu Mendapat Kebenaran Dari Pihak Berkuatkuasa Agama.

Pernikahan merupakan amalan yang amat digalakkan dalam Islam. Walau bagaimanapun, seseorang lelaki atau perempuan yang ingin bernikah perlu membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa agama yang berbidang kuasa terlebih dahulu.

Keperluan ini selaras dengan peruntukan melalui seksyen 16, 17 dan 19 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.

Sekiranya pernikahan berlangsung sebelum kebenaran dari mana-mana pihak berkuasa diperolehi, pihak lelaki dan perempuan tersebut boleh didakwa di bawah seksyen 40(2) Enakmen yang sama berhubung kesalahan pernikahan tanpa izin.

Selain itu, pihak lelaki juga boleh didakwa bersama seksyen 124 Enakmen yang sama sekiranya pernikahan tersebut merupakan poligami tanpa kebenaran.

Lazimnya mereka yang melakukan kesalahan ini melangsungkan pernikahan di luar negara. Pihak-pihak ini seharusnya membuat pengesahan pernikahan tersebut dengan kadar segara di mahkamah yang berbidang kuasa selepas pernikahan itu berlangsung selaras dengan seksyen 19 Enakmen yang sama.

Peruntukan-peruntukan ini bertujuan untuk menjaga maslahah dan kepentingan pihak-pihak supaya tidak timbul masalah dikemudian hari. Selain itu bagi memastikan pernikahan tersebut memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan hukum syarak dan undang-undang yang mana akan memberikan implikasi negatif kepada pernikahan sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dipenuhi.

Justeru, kita marilah kita bersama-sama mematuhi undang-undang sedia ada demi menjamin keharmonian alam perkahwinan dan agar tidak dikenakan tindakan di masa hadapan.

14/02/2023

SIRI CELIK UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH (BAHAGIAN 2)

Poligami Tanpa Kebenaran Adalah Satu Kesalahan Matrimoni.

Seseorang lelaki yang ingin berpoligami perlu membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah yang berbidangkuasa. Keperluan ini selaras dengan peruntukan melalui seksyen 23 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.

Sekiranya pernikahan berlangsung sebelum kebenaran dari mana-mana mahkamah diperolehi, pihak lelaki tersebut boleh didakwa di bawah seksyen 124 Enakmen yang sama berhubung kesalahan poligami tanpa kebenaran.

Manakala pihak perempuan p**a boleh didakwa dengan kesalahan pernikahan tanpa izin atau kebenaran dari pihak berkuasa sebagaimana termaktub di bawah seksyen 40(2) Enakmen yang sama.

Peruntukan-peruntukan ini penting bagi menjaga maslahah dan hak isteri-isteri sedia ada dan isteri yang baru dinikahi supaya tidak timbul masalah dikemudian hari.

Oleh itu, janganlah kita memandang ringan undang-undang yang berkuatkuasa dan perlulah mematuhinya agar tidak dikenakan tindakan undang-undang di masa hadapan.

04/04/2022
10/01/2022
10/01/2022

Address

Daerah PD
Port Dickson
71000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

066477433

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mahkamah Rendah Syariah Port Dickson posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category