Kelab Rekreasi Dan Sukan MPPD

Kelab Rekreasi Dan Sukan MPPD Kelab Rekreasi Dan Sukan (KRISS), Majlis Perbandaran Port Dickson

14/09/2025
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW DAN CONGKAK SUKAN MALA NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah men...
16/08/2025

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW DAN CONGKAK SUKAN MALA NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025

Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah menghantar wakil bagi menyertai Kejohanan Sepak Takraw dan Congkak Sukan MALA Tahun 2025 pada 16 Ogos 2025 (Sabtu) bertempat di Kompleks Arena Tampin, Negeri Sembilan

Sebanyak 8 pasukan dengan semangat kesukanan telah menyertai kejohanan ini iaitu dari Bahagian Kerajaan Tempatan, SUKNS, Majlis Bandaraya Seremban, Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Perbandaran Jempol, Majlis Daerah Jelebu, Majlis Daerah Rembau, Majlis Daerah Tampin dan Majlis Daerah Kuala Pilah.

Sekalung taniah dan syabas kepada atlet-atlet MPPD yang telah berjaya meraih gelaran Naib Juara bagi Pertandingan Sepak Takraw manakala bagi Pertandingan Congkak telah mendapat Saguhati Tempat ke Enam.

Kelab KRISS, MPPD mengucapkan taniah kepada atlet-atlet MPPD yang telah bertungkus lumus berusaha bagi mencapai kejayaan ini.

Kelab KRISS, MPPD juga merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi MPPD, barisan AJK Kelab KRISS dan semua pihak yang telah bekerja keras menjayakan kejohanan ini. Semoga semangat kesukanan dan usaha yang ditunjukan oleh atlet-atlet MPPD akan berterusan bagi mencapai kejayaan yang lebih gemilang di masa akan datang.






Tahniah kepada semua kakitangan MPPD yang terlibat!
11/10/2024

Tahniah kepada semua kakitangan MPPD yang terlibat!

11/10/2024

HEBAHAN PENANGGUHAN KEMPEN MINYAK MASAK TERPAKAI (LOCAL AGENDA 2030) MPPD TAHUN 2024

Untuk makluman warga Port Dickson, Kempen Minyak Masak Terpakai (Local Agenda 2030) MPPD Tahun 2024 bertarikh 11 Oktober 2024 (Jumaat) ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kempen minyak masak terpakai ini akan diteruskan pada 18 Oktober 2024 (Jumaat). Terima kasih di atas kerjasama semua pihak dalam menyokong program ini.

Ziarah kasih ke rumah Kumaran a/l Rajendran (kakitangan Jabatan Perbandaran,Kesihatan dan Persekitaran) yang mengalami j...
11/10/2024

Ziarah kasih ke rumah Kumaran a/l Rajendran (kakitangan Jabatan Perbandaran,Kesihatan dan Persekitaran) yang mengalami jangkitan kuman pada kaki pada 29 Ogos 2024.

Pihak Kelab KRISS, MPPD juga telah menyumbangkan seunit kerusi roda untuk kegunaan beliau.

23/09/2024

EKSPEDISI ‘TRAIN TO DABONG’ & MENDAKI GUNUNG BAHA, AYAM & STONG

EKSPEDISI ‘TRAIN TO DABONG’ & MENDAKI GUNUNG BAHA, AYAM & STONGTarikh : 2 Julai 2024 hingga 4 Julai 2024Lokasi : Dabong,...
23/09/2024

EKSPEDISI ‘TRAIN TO DABONG’ & MENDAKI GUNUNG BAHA, AYAM & STONG

Tarikh : 2 Julai 2024 hingga 4 Julai 2024
Lokasi : Dabong, Kelantan
Host : Biro Rekreasi & Kebudayaan

Seramai 25 orang peserta dari kalangan ahli Kelab KRISS MPPD telah menyertai program ini yang bertujuan untuk menghilangkan tekanan kerja dan secara tidak langsung dapat mendekatkan diri dengan alam semula jadi serta memberi pendedahkan aktiviti ikhtiar hidup ketika berada di dalam hutan.

Program Agihan Bubur Lambuk sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak 1445H anjuran Kelab Rekreasi dan Sukan (KRISS) MPPDTarikh :...
04/04/2024

Program Agihan Bubur Lambuk sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak 1445H anjuran Kelab Rekreasi dan Sukan (KRISS) MPPD

Tarikh : 4 April 2024 (Khamis)
Masa : 03.30 petang
Tempat : Mercu Tanda MPPD
Host : Biro Keagamaan

Alhamdulilah, terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua MPPD, Ahli-Ahli Majlis MPPD, Setiausaha MPPD dan pengarah-pengarah jabatan dalaman MPPD yang terlibat bagi menyempurnakan program agihan bubur lambuk sebanyak 1,500 bekas kepada kakitangan Majlis Perbandaran Port Dickson dan orang awam.

Sekitar program rewang penyediaan 1,500 bekas bubur lambuk sempena Program Agihan Bubur Lambuk kepada kakitangan MPPD & ...
04/04/2024

Sekitar program rewang penyediaan 1,500 bekas bubur lambuk sempena Program Agihan Bubur Lambuk kepada kakitangan MPPD & orang awam.

Tarikh : 4 April 2024 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Stor MPPD
Host : Biro Keagamaan

Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program rewang ini.

Address

KM 1, Jalan Pantai Port Dickson
Port Dickson
71000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6066471122

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Rekreasi Dan Sukan MPPD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Rekreasi Dan Sukan MPPD:

Share