Pemuda UMNO DUN Lukut - N30

Pemuda UMNO DUN Lukut - N30 Political Organization

15/07/2026
15/07/2026

Gelombang rakyat Rindu Pemerintahan Barisan Nasional.

Follow , like & Share ye
14/07/2026

Follow , like & Share ye

14/07/2026

DAP paling UNTUNG sebab kartel sudah masuk sistem kerajaan terutama di sistem JPJ.

RM20.32 BILION - JUMLAH KESELURUHAN KEUNTUNGAN 1MDB SETAKAT INIBaru tadi, Ahli Parlimen Stampin daripada DAP bertanya ke...
14/07/2026

RM20.32 BILION - JUMLAH KESELURUHAN KEUNTUNGAN 1MDB SETAKAT INI

Baru tadi, Ahli Parlimen Stampin daripada DAP bertanya kepada Liew Chin Tong, yang juga Timbalan Menteri Kewangan daripada DAP, tentang status terkini 1MDB.

Jawapan Liew Chin Tong: setakat 30 Jun 2026, kerajaan sudah membayar RM42.5 bilion melibatkan prinsipal, faedah, kos operasi, kos guaman dan komitmen lain berkaitan 1MDB.

Masih ada baki yang perlu dibayar sehingga tahun 2039 berjumlah RM8.9 bilion, termasuk prinsipal RM5 bilion dan faedah RM3.9 bilion.

Maksudnya, jumlah keseluruhan tanggungan berkaitan 1MDB ialah RM51.4 bilion.

Dalam masa sama, kerajaan sudah memperoleh semula RM31.3 bilion daripada pelbagai penyelesaian dan pemulangan dana.

Jadi baki yang kerajaan dakwa masih perlu ditanggung sekiranya tiada lagi pemulangan dana ialah RM20.1 bilion.

Baik. RM20.1 bilion.

Tapi kenapa DAP hanya mahu kira hutang, tetapi tidak mahu kira aset dan hasil yang pernah dibina, dijual atau diperoleh melalui 1MDB?

Antaranya:
• Hasil penjualan Edra Energy: RM9.83 bilion
• Kos pembinaan 8 pangkalan keselamatan termasuk Sendayan: sekitar RM3 bilion
• Kos pembinaan terowong bawah tanah untuk mengurangkan kesesakan trafik KL sehingga 30%: sekitar RM3 bilion
• Hasil jualan Bandar Malaysia kepada Petronas: RM12 bilion
• Pulangan daripada projek TRX: RM7.6 bilion
• Aset tanah Pulau Pinang: sekitar RM2 bilion
• Aset tanah Pulau Indah: sekitar RM3 bilion
Jumlah aset dan penjualan: RM40.43 bilion

Jadi, RM40.43b tolak RM20.1b = RM20.33b

BERMAKSUD 1MDB sudah untung RM20.33b

Nampak tak betapa tidak jujurnya DAP?

Hutang 1MDB mereka mahu kira sampai sen terakhir.

Tetapi aset yang dibina, tanah yang dimiliki, projek yang dijual, hasil yang diperoleh 1MDB melalui pinjaman yang sama dan nilai manfaat kepada negara, semua mereka buat-buat lupa.

Lebih pelik, wang daripada akaun amanah 1MDB p**a diambil pada suku pertama 2026 untuk dijadikan hasil kerajaan.

Kalau duit 1MDB boleh masuk kira sebagai hasil kerajaan, kenapa aset dan hasil daripada 1MDB tidak mahu dikira sebagai manfaat kepada negara?

Sebab itu cara terbaik ialah tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen secara bipartisan untuk kira semula secara telus.

Biar semua angka diletakkan atas meja.

Baru rakyat boleh tahu dengan adil sama ada 1MDB benar-benar merugikan negara, atau sebenarnya ada pihak sengaja sembunyikan separuh cerita.

13/07/2026

Kasi Mereka Paham sikit.
Isi minyak macam pengemis p**ak sekarang.

Penjilat dan cucur udang silakan jilat sampai berkilat

Address

Port Dickson
71010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda UMNO DUN Lukut - N30 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share