Pejabat Kesihatan Port Dickson

Pejabat Kesihatan Port Dickson Pejabat Kesihatan Port Dickson
Kami Sedia Membantu
Hapuskan Rantaian Covid-19

Kenali Tanda Kesan JerebuPendedahan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan. Antara tanda yang perlu diberi perhatian ...
31/08/2026

Kenali Tanda Kesan Jerebu

Pendedahan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan. Antara tanda yang perlu diberi perhatian ialah:

πŸ”Ή Mata pedih atau berair
πŸ”Ή Hidung berair dan kerap bersin
πŸ”Ή Tekak terasa gatal
πŸ”Ή Batuk
πŸ”Ή Kulit terasa gatal
πŸ”Ή Sakit kepala atau pening
πŸ”Ή Sukar bernafas atau sesak nafas

Hentikan aktiviti di luar bangunan. Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya gejala berterusan atau bertambah teruk.

Peka terhadap tanda-tanda ini. Lindungi kesihatan diri dan keluarga sepanjang musim jerebu.




Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

1 HARI LAGI! πŸš€πŸŒŽEsok tiba masanya untuk  ! Jom kita bersatu membersihkan kawasan rumah & hapuskan tempat pembiakan nyamuk...
28/08/2026

1 HARI LAGI! πŸš€πŸŒŽ

Esok tiba masanya untuk ! Jom kita bersatu membersihkan kawasan rumah & hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Setiap tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa.

πŸ“… Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)
Luangkan 1 jam untuk persekitaran yang lebih sihat! πŸ’ͺ✨

Ambil gambar & kongsi di media sosial!

πŸ“’ Gunakan hashtag:

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

🌟 PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN iFitER 2026 🌟Program Pengurusan Berat Badan iFitER anjuran Wellness Hub Port Dickson te...
28/08/2026

🌟 PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN iFitER 2026 🌟

Program Pengurusan Berat Badan iFitER anjuran Wellness Hub Port Dickson telah dilaksanakan dari Januari hingga Julai 2026 dengan penyertaan seramai 66 orang peserta.

Tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan usaha dalam menjalani perubahan gaya hidup yang lebih sihat! πŸ’ͺ

πŸ† Pencapaian penurunan berat badan tertinggi:

βœ… Sesi 1: 13.1 kg
βœ… Sesi 2: 10 kg

Pencapaian ini membuktikan bahawa perubahan yang konsisten melalui pemakanan sihat, aktiviti fizikal dan bimbingan berterusan mampu memberikan hasil yang membanggakan.

Syabas kepada semua peserta! Teruskan usaha ke arah berat badan yang sihat dan kehidupan yang lebih berkualiti. πŸ‘βœ¨

Jerebu boleh memberi kesan lebih serius kepada golongan berisiko.Kanak-kanak, warga emas, wanita hamil, pesakit asma ata...
27/08/2026

Jerebu boleh memberi kesan lebih serius kepada golongan berisiko.

Kanak-kanak, warga emas, wanita hamil, pesakit asma atau penyakit paru-paru, pesakit jantung dan individu berpenyakit kronik perlu diberikan perhatian sewajarnya semasa jerebu.

βœ… Hadkan aktiviti di luar bangunan
βœ… Teruskan pengambilan ubat mengikut arahan doktor
βœ… Pantau sebarang perubahan tahap kesihatan

Pastikan mereka berada dalam persekitaran yang selamat. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera sekiranya mengalami kesukaran bernafas atau keadaan kesihatan semakin teruk.




Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

Luangkan hanya 1 jam untuk bersihkan kawasan rumah & hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Setiap tindakan anda boleh menyel...
26/08/2026

Luangkan hanya 1 jam untuk bersihkan kawasan rumah & hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Setiap tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa.

πŸ“Έ Ambil gambar & kongsi di media sosial!

πŸ“’ Gunakan hashtag:

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

21/08/2026
21/08/2026
21/08/2026

Demam berulang? Jangan ambil ringan.

Jika demam disertai sakit kepala yang teruk, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi, loya, muntah, ruam atau gusi berdarah, segera dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran.

Jangan rawat sendiri tanpa nasihat doktor. Pemeriksaan awal boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi denggi.

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.

21/08/2026

Pesanan buat semua pekerja yang mencari rezeki di luar, terus jaga diri semasa jerebu.

➑️ Sentiasa minum air kosong secukupnya
➑️ Kurangkan aktiviti di luar
➑️ Kerap cuci tangan, muka dan mandi
➑️ Pakai pelitup muka jika perlu keluar

Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.

Address

KM. 11, Jalan Pantai
Port Dickson
71050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066621976

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Port Dickson posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share